Tuesday, June 29, 2010

Ulama' Muda dan UMNO

Bismillah wal Hamdulillah.


lama rasanya tak update blog dan tak berblogwalking. Mood tidak begitu stabil dan banyak benda lain mahu dipikirkan.

Semenjak bercuti dari berblog, saya mengikuti dan tertarik dengan satu isu yang melibatkan Ulama'/Ustaz Muda dan UMNO. Pheww~

Mulanya rakyat dikejutkan (cehh ayat lebih) dengan pemberitahuan yang mana Dr.Asri atau lebih dikenali dengan Dr.MAZA dan 100 ulama; akan menyertai UMNO seperti diwar-warkan oleh Incik Shahidan (tak kenal? search sendiri ye.. Tak nak main suap-suap je..ehee).. 

Kecoh! Terutama di alam maya mengenai nie. Ramai jugak yang tak percaya kerana Dr.Asri baru saja menghadiri Muktamar PAS dan hubungannya yang agak erat dengan beberapa pimpinan PAS. Adakah secepat ini beliau membuat keputusan yang menimbulkan kepelikan.

Akhirnya, beliau membuat kenyataan di blog rasmi beliau;

"Sehingga saat ini saya belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik. Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.

Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan di adakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini.

Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas."

rujukan : SINI 
Apa sebenarnya yang UMNO cuba lakukan nie??


Pada Hari Jumaat, 25 JUN 2010 diberitakan (tengok kat berita) seramai 40 orang ulama' Muda telah menyerahkan borang menyertai UMNO yang diserahkan kepada Pak Jib (siap bercium-cium tangan lagi tue). Mereka adalah lepasan Universiti luar negara dan berpendidikan sarjana dan lain-lain. Ada juga pensyarah atau bekerja di IPT. GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia) juga meminta pensyarah yang terlibat berpolitik dikenakan AUKU (tapi kita tengoklah macam mana)..

Antara ulama' tersebut, Anak bekas Mufti Perlis, Fathul Bari Mat Jahya (kalau sertai UMNO mungkin boleh dapat tauliah berceramah kat mana-mana).

Semalam saya dapat maklumat yang agak mencuit-hati (pada saya la, orang lain ikut la nak rasa apa). Infonya, 4 orang ulama' nafi menyertai UMNO..kihkih..

klik la gambo kalau tak nampak


Lepas tue, tadi lagi seorang menafikan penyertaannya ke dalam UMNO.

Aktivis Sunnah Wal Jamaah, Abdul Wahab Abdullah semalam, menafikan dirinya menjadi sebahagian daripada 40 ulama muda yang menyertai UMNO seperti yang dihebahkan media sebelum ini.

Dalam satu sidang media di sini semalam, Abdul Wahab berkata, tidak pernah mengisi sebarang borang untuk menyertai parti itu dan semuanya hanya tipu muslihat yang dimainkan oleh pihak tertentu dalam UMNO yang dilihat cuba mencari publisiti untuk kepentingan politik mereka.

Menurutnya, tujuan sebenar beliau hadir ke majlis itu adalah mewakili Persatuan Al-Islah Perlis untuk berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membersihkan nama persatuan mereka yang turut dikaitkan dengan isu Jemaah Islamiah (JI) dan keganasan.

“Saya tidak tahu mengenai penyerahan borang menyertai UMNO itu, kerana saya pergi untuk tujuan lain iaitu bagi mendapatkan imej baik dalam Persatuan Islah, bukan untuk menyertai UMNO. Tetapi agenda itu disusun untuk tujuan lain.

“Perkara itu seperti cuba memerangkap golongan ulama untuk menyertai parti itu,” katanya dalam sidang media menafikan penyertaan beliau dalam UMNO, di Balai Islam sekolah Al-Madrasah Ad-Dinniah Al-Islamiyah (Madi), Jejawi, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Dewan Pemuda Pas Perlis, Yaakub Abu Seman; Pegawai Perhubungan Awam Pas, Khairi Hassan dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Perlis, Khoo Yang Chong.

 
 Itulah yang dapat saya rentetkan pada kali nie.. Jadi saya sangat bersimpati dengan UMNO.. Mereka ingat Ulama' dah iktiraf perlembagaan mereka yang jelas dan nyata bersifat BANGSA dan BUKAN AGAMA.. Rupanya mereka cuma memperbodohkan rakyat.. Ulama' pun mahu ditipu?? Lepas nie, bapa ramai yang akan menafikan penyertaan mereka kedalam UMNO yang hanyalah helah semata-mata.. Tapi bagi Ulama' yang memang menyertai UMNO denga tujuan membersihkan dan mengIslah Umno, kita doakan la yang terbaik. Tetapi, sejarah dah pun membuktikan seperti yang terjadi pada DS Anwar Ibrahim, ISA... Tunggu dan lihatlah..

Saya harap teliti dulu apa yang saya beri, rujuk semula sumber-sumber yang dah di link kan.. Segala kesilapan atau ketidakpuasan hati, boleh habaq mai ke saya..we are One Ummah!!

Untuk maklumat lebih dan tersusun, saya syorkan blog incik pria nie..hehe

Thursday, June 24, 2010

Contest Blog Ustaz Love

Bismillah wal Hamdulillah.

Pagi-pagi nie rasa nak join contest la pulak.. Ehehe~ 
Klik banner bagi sesape yang nak join..


1. Ada 2 kategori.. lelaki dan wanita. Sila nyatakan jantina (hehe). Terbuka kepada follower blog Ustaz Love atau bukan follower.

2. Buat satu entry tentang contest ini di blog anda. Kemudian letakkan banner di atas dalam entry tersebut dan link kan ke entry contest ini.

3. Kemudian.. nyatakan secara ringkas... "Saya sukakan blog Ustaz Love kerana..." (tak melebihi 20 perkataan) di dalam entry anda.

4. Kemudian komen di entry ini dan letakkan link ke entry yg anda telah buat.

5.Tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 Jun 2010.

6. Keputusan akan diadili berdasarkan slogan terbaik.

7. Selamat ber'contest'
 
 
Nie slogan saya ya Ustazi al-karim..:)
 
Saya sukakan blog Ustaz Love kerana cara penulisan yang santai amat menarik mata untuk terus membaca dan ke'cool'an yang diperhatikan dalam komunikasinya bersama blogger lain. Sekian.

(tiada unsur mengampu..hehe)
 
Teringin nak join? Jangan memalu kambeng.. klik Ustaz Love.
p/s: hadiahnya best...(kalau dapat)..

Wednesday, June 23, 2010

Nenek Edar Dadah Depan Tandas

Bismillah wak Hamdulilah.

Tertarik dan terkejut bila tengok berita mengenai nenek yang berumur 34 tahun mengedar dadah jenis heroin. nenek tersebut seorang ibu tunggal dan mempunyai beberapa orang anak dan cucu (dah nenek mesti la ada cucu).

Nenek itu, Harini Che Soh ditangkap ketika mengedar dadah jenis heroin seberat 83 gram pada 17 Jun lepas jam 6 pagi di depan tandas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, Terengganu.

Dia yang berasal dari Rantau Panjang, Kelantan dituduh mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mengikut Seksyen 39B (2) akta yang sama.


Sumber : -Bernama-

nenek nie camno plak aii...(sekadar hiasan..ngee..)

Nenek2 dan atuk2 kat luar tue sudah-sudah la merosakkan anak bangsa sendiri. Allah bagi umur panjang supaya sempat bertaubat dan meminta keampunan bukan menambah dosa lagi dengan buat perkara-perkara tak elok.

Orang duk buat pameran, ceramah, motivasi untuk belia-belia dan remaja agar menjauhi dadah. tup-tup warga emas yang mengedarnya. Nampaknya kena tukar slogan "Belia, dewasa dan tua benci DADAH!" Hee~


P/s: Baru nie artis ditangkap hisap dadah.. Aishh.. Dadah tak kira siapaa ^0^

Monday, June 21, 2010

Pemakanan Kita Pun Yahudi Kontrol

Bismillah wal Hamdulillah.

Tadi baca satu artikel yang diperolehi oleh seorang sahabat yang diattach pada email. 86 pages semuanya tapi baru berapa belas baca. Memang banyak yang membuatkan diri nie tersentak dengar rahsia-rahsia(bukan lagi rahsia dah) yang kita tak tahu tentang agenda Yahudi Laknatullah nie. Geram sangat rasanya. Seolah-olah umat Islam yang ada sekarang nie terlalu bodoh dan mudah diperbodohkan.

Antaranya dia menyamakan 1000 ulama' dengan seorang Jesuit Priest.

Tak tahu Jesuit?
">>Jesuit adalah satu aliran keagamaan di dalam Gereja Roman Katolik ataupun disebut Gereja Rom. Aliran ni pada zahirnya menjalankan misi keagamaan atas nama Jesus dan Kristian tapi sebenarnya mempunyai agenda tertentu yang amat jahat lagi licik lbih lagi Jesuit adalah antara pembantu yang paling penting dan besar peranannya kepada Iblis Laknatullah dan rakan kongsinya Dajjal Laknatullah. Ini kerana Jesuit adalah antara elemen penting dalam membangunkan plan besar New World Order yang termasuk di dalamnya Freemasonry dan Zionis Antarabangsa.

Cuma entry kali nie saya nak kongsi mengenai antara barangan makanan yang telah diubah fakta oleh mereka. Agar kita ikut apa yang mereka ajar, bukan apa yang termaktub dalam al-Qur'an dan al-Hadith.


"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."


Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.


1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini. (haiyaa..Kurang ajar betul lah puak-puak nie..)

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi dit tangan mereka. (Kena minum kopi lepas nie..)

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol. (ha, yang nie baru tengok kat berita.. Kena tipu hidup-hidup. Lepas nie abi boleh makan kambeng banyak2 tanpa risau..hee)


4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. (Nasib baik tak minat makan benda nih. Jauhkanlah ye.. Demi kesihatan juga..)


5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). (Para Melayu kita juga yang ketagih minum. Ada yang rasa minum coke tue hebat.haihh. Maggi tue memang dah lama taw tak elok, masih ramai yang makan. Nak jimat duit? Memang jimat la sebab tak sempat tua..)

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas. (Waaa.. sangat suka minum soya. Geramnya.. Memang penipu,pembunuh betul!! bye2 soya..huk3)

Secara kesimpulannya para kafir agen dajal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita jua.

Firman Allah:

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.

(Al-Baqarah, 168)

Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.

(Al-Maidah, 88)


Oleh itu, makanlah (wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-mata.

(an-Nahlu, 114)


Jadi, berbaliklah pada ajaran Islam. Jangan mudah terikut semata-mata dengan pembelajaran dalam buku teks atau buku-buka yang sumbernya tidak dapat dipastikan. Ya Allah lindungilah kami dari fitnah dunia dan fitnah al-masih Dajjal laknatullah.

Kementerian Mungkin Mansuh UPSR dan PMR

Bismillah wal Hamdulillah. Kementerian Pelajaran membayangkan kemungkinan akan memansuhkan Ujian Pecapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di masa hadapan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau melihat ada kewajaran untuk berbuat demikian

kerana aspek pembelajaran ketika ini dilihat lebih berorientasikan kepada peperiksaan sehingga tujuan utama untuk memberikan pendidikan holistik tidak dapat dilakukan sepenuhnya.

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu sahaja peperiksaan awam, seperti (contohnya) di peringkat SPM sahaja," katanya.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran memberitahu demikian ditemui selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Pagoh di Muar hari ini, lapor Bernama.

Menurutnya, periksaan UPSR dan PMR mungkin akan diteruskan, tetapi sebagai penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah sahaja, dan bukannya sebagai peperiksaan awam.

Katanya pihak kementerian tidak akan gopoh dalam membuat keputusan dan sentiasa mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak mengenainya.

Muhyiddin berkata secara peribadi beliau berpendapat hanya perlu ada satu peperiksaan awam sahaja bagi menilai pencapaian pelajar iaitu di peringkat akhir persekolahan atau sebelum memasuki institusi pengajian tinggi kerana di dalam soal kerjaya pun hanya SPM sahaja yang digunakan.

Namun menurutnya UPSR dan PMR diperlukan untuk membuat penempatan pelajar ke sekolah berasrama penuh atau sekolah aliran tertentu.

Beliau berkata dengan hanya satu sahaja peperiksaan awam, guru dan pelajar boleh menumpukan usaha ke arah menggilap kreativiti, sifat interaktif dan aktiviti ko-kurikulum lain, serta sukan.

Kepada satu soalan, Muhyiddin berkata keadaan di mana jumlah pelajar perempuan cemerlang di dalam pelajaran meningkat bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi di seluruh dunia.

"Kira-kira 70 hingga 80 peratus pelajar yang memasuki universiti adalah perempuan dan trend ini berlaku bukan hanya di Malaysia tetapi di seluruh
dunia," katanya.

Sumber: MalaysiaKini


Ada baiknya pemansuhan UPSR dan PMR. Tapi seperti yang disebut kat atas, mansuhkan sebagai peperiksaan awam. Di peringkat sekolah masih diwujudkan. Dan pendapat peribadi saya, bukankah lebih elok SPM diawalkan memandangkan budak-budak dan remaja sekarang boleh dikatakan cepat belajar dan bijak. (emm,yeke?). Yela kan. Cuba tengok ada yang umur 9 tahun dah boleh melahirkan bayi. Sekolah rendah dah pandai merempit. Sekolah menengah dah sibuk bercinta nak kahwin. Dengan pemikiran mereka yang cepat berkembang, tiada salahnya jika pembelajaran mereka juga diubah selaras dengan pemikiran mereka.

Cuba tengok perenggan akhir artikel diatas. Kebanyakan IPT kekurangan pelajar lelaki. Ke mana perginya? Bukan di Malaysia je malah di dunia pperempuan yang ramai masuk universiti. Tapi sebenarnya lelaki lagi bijak (Nie pernah dengar tapi tak pasti la).

Sunday, June 20, 2010

Surat Anak as-Syahid Cengiz Songur


Bismillah wal Hamdulillah.

Rasa sayu membaca surat si anak buat ayahnya seorang pejuang. Disamping terasa tiupan semangat yang lembut tetapi bertenaga menyelinap didasar hati. Buat anak-anak pejuang, berbanggalah jika ayahmu terkorban demi mengembalikan kebebasan buat saudara-saudara islam yang lain. Ya Allah, Kami pasti dan yakin dengan janji-Mu. Sampaikanlah doa-doa kami buat mereka.

"Ayah perlu pergi ke sana (Gaza) supaya terbit senyuman di wajah anak-anak yatim (di sana)"


Cengiz Songur dari Konya telah bergabung dengan armada Kebebasan. Ketika ia mengumumkan kepada keluarganya bahawa dia akan pergi ke Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan, salah seorang daripada enam orang anaknya perempuan meletakkan surat ke dalam saku jaket.

Cengiz Songur tidak menyedari kehadiran surat itu sehingga ia menaiki atas kapal ke Gaza.Surat itu bermula dengan kata-kata: "Aku mempunyai beribu-ribu perkataan untuk memberi tahumu, tetapi sekarang semuanya tersangkut di tenggorokku. Aku takut, ayah. Aku merasa takut kerana aku melihat kesedihan di mata kakakku dan ekspresi bimbang di wajah ibuku. Ayah, jangan merasa takut. Pergilah ke sana, Ayah. Pergi ke sana untuk menerbitkan senyuman di wajah anak-anak yatim itu, pergi ke sana dengan iringan doa dari ibu. Pergi ke sana walaupun anda tidak akan dapat kembali. Hal ini indah untuk menjadi anakmu, saya sangat bangga padamu ayah. "

Mavi Marmara berangkat, lelaki tu berusia 47 tahun ayah kepada 7 anak. Ia menunjukkan surat itu dengan gembira dan bangga kepada sesama sukarelawan. Pada 31 Mei, 2010 ia menemui syahid dalam penyerbuan ke atas Mavi Marmara. Dia membawa surat itu di saku ketika angkatan laut Israel menyerang.

Setelah syahidnya Cengiz Ozgur di tangan tentera Israel, anak-anaknya menulis surat perpisahan yang lain untuk mengekspresikan perasaan mereka:

"Israel, anda perlu takut. Anda harus takut sekali. Kali ini burung * Ababil berenang jalan melalui laut. Kali ini, burung Ababil tidak membawa batu di kaki mereka, tetapi manik-manik marmar di tangan mereka. Israel, awas kau. Ya Tuhanku, yang menghantar burung-burung Ababil untuk menghancurkan gajah besar dengan batu kecil di hayat mereka, sekarang menghantar ababil dengan manik-manik marmar untuk menghentikan tindakan kejammu. Israel, awas kau. Orang-orang beriman akan memburu mu.

Ayah, di mana kau sekarang? Apa yang kau lakukan? Jangan hiraukan air mataku. Aku sedar, aku menangis keanak-anakan. Ayah, aku berdiri kuat. Menonton anda. Aku kadang-kadang menunjukkan gambar mu dengan putriku, dia masih berfikir kau pergi untuk memancing. Ketika dia melihat gambar, dia bertanya tentang tentera Israel, dia fikir mereka berada di sana untuk memancing bersama, ia menyangka senjata besar mereka itu adalah peralatan memancingnya. Saya tidak dapat menyatakan kepadanya bahawa mereka adalah 'pembunuh’ kerana Ayah sentiasa mengajarkan saya untuk menjadi penyayang. Ayah mengajar saya untuk memiliki belas kasihan, merasai kesusahan orang lain dan mencintai orang lain. Aku hanya bisa menyatakan kepadanya bahawa "mereka adalah orang-orang yang tidak mahu datukmu menangkap ikan'. Ayah sesungguhnya engkau bukan pergi menangkap ikan tapi untuk kebebasan (Gaza) melalui laut. Kebebasan akan digenggam oleh tangan anak-anak di Palestin. Kebebasan kehendak bumbu terbaik yang pernah disajikan kepada mereka. Saya yakin sekarang bahawa ayah bebas. Kita bebas.Gaza bebas! "

Cengiz Songur adalah salah seorang dari 9 syahid atas kapal-kapal bantuan kemanusiaan menuju Gaza. Semoga Tuhan memberkati dia dan semoga dia berehat dalam damai.

* Burung Ababil adalah sejenis burung besar yang dinyatakan dalam Al-Quran yang dihantar oleh Allah untuk menjatuhkan batu-bata tanah liat merah pada pasukan tentera bergajah raja Yaman untuk menyerang kota Mekah sebelum Nabi Muhammad dilahirkan.

Sumber Asal: Dad, you should go there, to put smile on an orphan’s face

Saturday, June 19, 2010

Penghidap HIV positif seronok menyebarkan virus HIV

Bismillah wal Hamdulilah.

Entry kali nie saya jumpa masa luangkan masa bersama cik facebook. Tak taw la samada info nie dah lama atau baru. Tak kisah la. Bagi yang belum pernah baca, sila baca dan berhati-hati lepas nie. Yang pernah baca pun, tak salah baca lagi. Mutolaah. Beware!

Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati. Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih.

1. Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2. Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih.Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.
3. Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi “Welcome to the real world, you are now HIV positive’ . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawaii jadi berhati-hati.

4. Di Georgia & Florida , ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman, jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling, mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.

5. Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos. Order di tempat lain.

Ini adalah nyawa anda. Sila ‘forward’ maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja!

Dr Muhd Hishamuddin bin Abdul Halim
Professor & Head
Chemical Pathology Department
School of Medical Sciences
Universiti Sains Malaysia
Kubang Kerian



p/s: Jauhilah dadah, jauhilah apa-apa yang boleh menjebakkan diri kepada najis dadah. berhati-hatilah dengan jarum penyuntik dadah. BELIA BENCI DADAH. Jangan libatkan orang lain bila diri dah merana akibat dadah. Bertaubatlah atas dosa-dosa yang telah dilakukan, jangan menambah lagi dosa yang bertimbun. Nastaghfirullahal'azim. Ampunkan dosa-dosa kami Ya Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails