Tuesday, November 16, 2010

Eidul Adha al-Mubarak

Bismillah wal Hamdulillah.



Dengan rendah hati, saya mengucapkan Salam Eidul Adha buat sahabat-sahabat sama ada kenal atau tidak. Sapa yang singgah, automatik saya anggap sahabat ye.

Sambutlah dengan penuh penghayatan dan kesyukuran.

Kullu 'amin wa antum jami'an bi khair.

Makan daging nanti hati2.. Jangan sampai patah gigi.. 

Salam ukhuwwah pencetus mujahadah!!

Sunday, November 14, 2010

TG Nik Aziz, DS Anwar dan DS Azizah tersenarai dalam 500 individu paling berpengaruh dunia

Bismillah wal Hamdulillah..

Hari nie nak share maklumat yang diperolehi semasa berjalan-jalan di laman sesawang.. Hee~

KUALA LUMPUR : Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat tersenarai dalam 500 Individu Muslim Paling Berpengaruh Dunia untuk tahun 2010.



Buku ' The Most Influential Muslims 2010' Edisi ketiga itu diterbitkan oleh The Royal Islamic Strategic Studies Centre.

Dalam laporan itu Anwar disifatkan sebagai seorang ahli politik yang dikenali di peringkat global dengan pendirian Islam serta sangat berpengaruh kalangan generasi muda.

"Empat buah negeri di bawah kerajaan Malaysia berada di penguasaan Anwar. Jika Anwar memimpin dalam pilihanraya yang adil, Anwar akan memenangi pilihanraya umum 2013 ini.


" his excellency dr anwar Ibrahim is a Malaysian politician of global stature. He is the former deputy prime minister of Malaysia, former finance minister and is currently the leader of the Malaysian opposition coalition.He is well-known for his liberal Islamic stance on politics, and is incredibly influential as a leader and role model for young people. Ibrahim's coalition now controls four of 13 state governments. If led by Anwar, it would have a fair chance of winning the next national election in 2013."


Sementara itu, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut disenaraikan untuk tahun 2010.


"Dr Wan Azizah Wan Ismail is the president of Parti Keadilan Rakyat (People's Justice Party). She was Leader of the Opposition Party until she stepped down for Anwar Ibrahim.


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat juga antara yang tersenarai dalam 500 individu Paling Berpengaruh 2010.

Menurut buku itu, Nik Aziz disifatkan sebagai pemimpin yang sudah memerintah Kelantan 20 tahun yang mempunyai sokongan ahli PAS hampir 1 juta ahli.

"Nik Aziz telah memerintah negeri Kelantan kira-kira 20 tahun dan beliau memegang kuasa yang sangat penting dalam tempoh berkenaan di mana sokongan ahli PAS hampir satu juta ahli"



"Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat is a Malaysian politician, an Islamic scholar and has been the chief minister of the State of Kelantan for the past 20 years. He holds the position of Mursyidul Am-the religious guide-within the Pan-Malaysian Islamic Party (PAS). As the religious guide of the Pan-Malaysian Islamic Party, Nik Mat is the spiritual leader of Malaysian Islamic politics and holds very important sway over the tenor of politics in the nation. Nik Mat's fundamentalist party has close to one million members and enjoys strong support from the northern rural and conservative states such as Kelantan and Terengganu."


The Most Influential Muslim 2010 dibahagikan kepada 15 kategori ,antaranya kategori ulama, politik, cendekiawan, pemuda, media, sains, teknologi, perubatan, undang-undang, seni dan radikal.

Penyenaraian ini bukti kepimpinan politik dan peranan besar yang disumbangkan tokoh tersebut mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Sumber: http://www.ar-rifke.com/2010/11/senarai-500-individu-islam-paling.html#ixzz15F8OTZ80



Nanti saya akan update link untuk download buku tersebut.. ^_^

Sunday, November 7, 2010

Lembut Sentuhan-Mu

Bismillah wal Hamdulillah.


Di heningnya malam,
Kedengaran guguran hujan dari langit Ilahi,
Menyentuh tanah yang kekeringan,
Sayup-sayup gemersik,
Terasa kuat angin berhembus,
Menyejukkan segenap jasad,
Tenangnya,
Sejenak terfikir keagungan-Nya,
Allahu Rabbi.


Hatiku terusik,
Dengan fenomena alam ini,
Hujan yang berderai,
Membasahi flora yang kehausan,
Betapa,
Kontangnya hati dari simbahan tazkirah!
Oh,
Terasa jauh dari nikmat Iman,
Allahu Rabbi.


Urusan dunia,
Terkadang melalaikan,
Membuat kita leka sejenak tentang akhirat,
Kita lupa sedang berjalan di bumi Tuhan!
Kita lupa sedang menikmati kurniaan Tuhan!
Allahu Rabbi.


Subhanallah,
Benar sungguh kalam-Mu dalam kitab suci,


Segala kejadian di mukabumi,
*Padanya bukti-bukti kekuasaan-MU,
Hanya disedari dengan berfikir,
Mengapa masih ragu-ragu,
Kenapa masih berlengah,
Allahu Rabbi.

Diri yang kerdil ini,
Memohon ditetapkan hati,
Untuk terus dekat dengan-Mu,
Jika aku tersasar jauh,
Tariklah dengan hikmah-Mu,
Jangan Ya Allah,
Jangan Kau biarkan aku,
Sesak dalam kelazatan sementara,
Kerana dambaanku,
Hanya syurga yang kekal buat selamanya,
Kurniakan aku redha-Mu,
Allahu Rabbi.







*“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi Ulil Albab (orang yang berakal)”. (Ali-Imran: 190)


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari, tidak juga bulan; dan sujudlah kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah." (Fussilat: 37)




1.09am, Ahad,
7 nov 2010/30 dzulka'edah 1431,
Baiti Jannati,
Puchong, Selangor.

Friday, November 5, 2010

Jom sedut dgn vakuum habuk yang menguasai blog ;p

Bismillah wal Hamdulillah.


Akhirnya cipta rekod sebulan lebih tak update blog. Urusan-urusan yang banyak membuatkan saya terlupa sebentar dengan keadaan blog yang nampak sudah banyak sawang labah-labah. Hehehe. 


Bila jenguk blog, ada yang berkunjung. Ada yang post shoutbox. Ada yang tanya bila nak update. Jadi, jemari malas dibawa ke keyboard supaya menaip.


Nak kata takda langsung masa nak update, tipulah. Tapi masa yang amat terhad. Nak pikir apa yang nak diupdate, banyak tapi nak keluarkan jadi entry tue yang payah. Okey, sudahlah beralasan ye Hafizah. 


Hari ni dah masuk hari ke tiga ummi dan abi tiada dirumah. Pemergian mereka untuk menyahut seruan mengerjakan ibadah Haji di Baitullah. Seronoknya jika dapat menjejakkan kaki ke sana. Semoga diberi kesempatan oleh Allah untuk menziarahi rumah-Nya yang Mulia. Amin.


Sejak itu juga, aku berada dirumah bersama adik-adik tersayang. Walaupun masih dalam fatrah exam dan masih berbaki 3 papers, hati dan diri ini masih mahu bersama mereka menggantikan ummi abi selama peninggalan mereka.


Terasa jugaklah susah berdikari. Even, setiap hari just ulang benda sama.Tapi sebagai elder sister, jadi tanggungjawab untuk pastikan semuanya terkawal dan ikut flow. Selain tue, nak melayan kereneh adik-adik yang masih kecil. Yang perlu perhatian dan kasih sayang lebih. Adik-adik besar yang tak kurang banyak jugak ragamnya. Huhu.


Yang bagusnya, banyak persoalan yang pernah bermain difikiran terjawab. Contohnya, kenapa mak marah betul bila adik main air atau main dalam bilik air. Dulu hanya fikir, ala budak-budak memang suka main benda yang jarang dapat. Sekarang baru rasa sendiri. Kalau budak kecik main air, baju basah pastue nak kena tukar baju lain. Padahal baju tue baru sejam tadi pakai. Kalau tak tukar kang jadi penyakit ke apa ke kita tak taw.


sebahagian je nie~


Dulu masa ummi masak, saya tolong kutip dan basuh barang yang digunakan. Bekas yang guna isi ikan, penapis santan yang tinggal hampas, kulit-kulit bawang dalam singki, kulit telur kat tepi periuk. Bila dah rasa sendiri, patutlah tak sempat nak buat secara teratur. Yela nak masak untuk keluarga bukan boleh santai-santai. Nak masak bukan satu jenis lauk. Nak kena ada yang berkuah, sayur. Untuk seimbangkan. Patutlah.


Dulu bila adik mula batuk-batuk, ummi cukup risau. Kalau pukul 12 malam, masa tue jugak kalau boleh nak pegi beli ubat. Bagi saya, alaa baru batuk sikit. Minum air banyak esok lusa baiklah. Tapi bila dah rasa, baru taw kenapa risau sangat. Budak-budak dengan orang besar/dewasa ni lain. Kalau melarat kan susah. Kalau kita sakit boleh mengadu. Tapi budak-budak? Mau dia menangis 3 hari 3 malam kita pun dah tak tahu nak buat apa.


Macam-macam lagilah. Tapi semua ni hanya kita yang rasa. Nak cerita secara details pun tak tahu. Nie pun hanya cebisan tugas-tugas yang mak kita lakukan. Bila difikirkan, dah bertahun-tahun ibu-ibu buat tanpa pernah ada rasa nak berhenti dari melakukan tanggungjawab nie. Besarnya jasa seorang ibu. Saya yang baru beberapa hari nie terfikir jugak, macam mana nanti datang rasa penat dan jemu buat perkara-perkara nie. Tunggang terbaliklah rumah. 


Tue belum lagi tanggungjawab cari nafkah untuk keluarga. Yang kebanyakannya dilakukan oleh para bapa. Tapi saya tak rasa sangat sebab pasal duit, adik lelaki yang uruskan. Saya hanya order je apa nak. Hehe. Tapi kena fikir jugakla kan. Nak beli pape pun kena sesuai dengan budget.


Ok la, tue je yang nak dikongsi buat masa nie. Banyak lagi mencurah-curah tapi ada perkara lain kena selesaikan. InsyaAllah blog nie akan diaktifkan semula. Semoga dipermudahkan.


Bagi yang masih exam, buat yang terbaik demi Islam. Perbaiki semula niat kita agar tak terpesong ke arah lain. 


Jangan lupa doakan untuk mangsa-mangsa bencana ribut, banjir, taufan dan lain-lain. Semoga kita dijauhkan dari bala yang dahsyat. Itu semua teguran dari Allah untuk kita.


Satu lagi, buat pejuang Islam. Teruskan usaha untuk mencapai kemenangan hakiki. jika kalah, bukan selamanya akan kalah. Allah belum datangkan kemenangan. Ingatlah dan yakin dengan janji Allah. Kemenangan bersama orang-orang yang benar. Allahuakbar!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails