Thursday, April 29, 2010

UJIAN LAGIII..yeehaa

Bismillah wal Hamdulillah..

Setelah beberapa post copy and paste terhias di blog ini, barulah terasa rindu untuk kembali menekan-nekan papan kekunci laptop.

Hmm..terlalu banyak perkara bermain di benakku saat ini. Tapi untuk kumuntahkannya satu-persatu terasa payah. Beberapa hari ini terasa seperti aku hidup dalam kekeliruan. Buat tue tak kena, buat nie tak kena.

sekarang nie mood ; 'a.g.a.k c.u.a.k' wooohoo~

Esok ader test kereta..Ya Allah beri ketenangan dalam hati ini..

Kui..Kui..Kui..

Nanti la tulis pulak. Memang nak sangat menulis tapi idea tanak keluar.

p/s: Sape-sape yg terbaca ruangan nie. Doakan hamba yang banyak dosa nie. Biarlah test sekali jer..Amiin~


inilah matlamatku esok...:)) Permudahkan Ya Allah..Lapangkan hati penguji..Amiin~



Maaf sy cilok..nggee..




Wednesday, April 28, 2010

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi''


Kisah menarik tentang Poligami : "Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"


Bismillah walhamdulillah..wassolatuwassalam ‘ala rasulillah…

Kisah ini bukan kisah cinta biasa..kisah ini tentang seorang isteri dgn cinta yg luar biasa dan kesabaran yg luar biasa.

INILAH KISAH ISTERI SOLEHAH PADA ERA MODEN, ERA AKHIR ZAMAN..
BACALAH, MOGA MENJADI QUDWAH BUAT ANDA YG INGIN MENJADI SOLEHAH~~~(^^,)

***********************************************************************************

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi,"

Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah. TV sedangmenayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang. Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum.Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang.Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah.

Rutin hariannya,mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya Kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin.Pengabisannya dia kembali kepada suaminya. Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah.

Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dialemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qisperlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat diabersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak.

Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abg. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya.

Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran.

Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaanisterinya.

Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnyaperang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyumandaripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abg," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.

"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?""Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.

"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abg dah lama hidup dengannya. Abg faham,"Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya.Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi.

Genap seminggu jugaperistiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca AlQuran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistinamemudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan.Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya.Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu.

Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunciuntuk bertanya hal calon madu Aliyah.Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya."Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abg jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlujadikan diri Qis sehebatnya utk bersama Abg,"Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.


~~Kepada:Asraf Mukmin,Suami yang tersayang...~~

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani,Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.Abg yang dikasihi,Genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina.
Terima kasih kerana Abg membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaianAliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abg.Aliyah tak sanggup Abg diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abg sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abg nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abg...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abg. Aliyah tahu selera Abg hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abg sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abg muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anakkita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak- anak kita. Aliyah sayangkan Abg...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah,nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abg yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abg nanti untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abg...

Abg yang disayangi,Cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abg mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abg mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abg yang dicintai,Di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekepingtiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abg di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abg ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di sawarak. Menunggu Abg... Aliyah sayangkan Abg... Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abg, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah...Aliyah sayangkan Abg.Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni.Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abg, roti canai.. air tangan Aliyah.


~~Salam sayang,Aliyah Najihah binti Mohd Hazery~~



Tangannya pantas membuka pintu biliknya.

Di situ berdiri Aliyah Najihah bersama-sama hidangan sarapanpagi kegemarannya. Dia tersenyum!

Benar, tiada isteri sehebat Aliyah isterinya!!! !!


~~~THE END~~~

nice right? i really love this story..my qudwah..your Qudwah..

*********************************************************************************
MORAL OF THE STORY : Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Cinta pada kecantikan tidak akan kekal selamanya.. You would only appreciate things when you lost it..Penulis asal tidak diketahui ...

Tuesday, April 27, 2010

Mencintai Dan Mengamalkan Sifat Malu

Bismillah wal Hamdulillah

http://cahayamukmin.blogspot.com/search/label/Cinta

Orang yang mempunyai sifat malu dikatakan sebagai orang yang menci
ntai Allah. Kerana orang yang malu melakukan maksiat bererti dia malu kepada Allah. Bila dia malu kepada Allah bererti dia mencintai Allah. Perlu kita ketahui bahawa malu itu ada dua macam: Pertama, malu yang tumbuh sebagai pembawaan dan tabiat yang tidak melalui proses pembentukan. Ini merupakan satu dari bentuk-bentuk akhlak yang paling mulia yang dikurniakan Allah kepada hamba-hamba dan yang sengaja Ia ciptakan untuk hamba-hamba-Nya itu. Kerana itulah Rasulullah bersabda: "Malu itu tidak akan terwujud kecuali untuk kebaikan." Malu dapat mencegah diri dari perbuatan keji dan hina, mendorong untuk berbuat sesuai dengan ukuran-ukuran akhlak mulia. Dengan itu malu termasuk karakter keimanan. Diriwayatkan dari Umar radhiAllahu `anhu yang berkata: "Barangsiapa yang malu maka ia akan menutupi diri, dan barangsiapa yang menutupi diri maka ia telah menjaga diri, dan barangsiapa menjaga diri maka ia mendapatkan perlindungan." Sedangkan Al-Jarrah bin Abdullah al-Hukmy -- salah seorang pasukan berkuda dari Syam -- mengatakan: "Aku meninggalkan dosa-dosa itu empat puluh tahun kerana malu, baru kemudian muncul sikap warak kepada diriku." Selain dia juga ada mengatakan: "Aku melihat kemaksiatan itu sebagai keburukan, maka aku pun meninggalkannya kerana pertimbangan harga diri, dan kerananya terhindarlah nilai agama yang ada." Kedua, yang melalui proses pembentukan kerana pengaruh bermakrifat kepada Allah. Maksud dari bermakrifat kepada Allah di sini adalah mengetahui keagungan-Nya, kedekatan-Nya kepada hamba-hamba-Nya, daya jangkauan-Nya atas mereka, dan daya penglihatan-Nya terhadap apa yang tidak tertembus pandangan mata dan yang tersembunyi rapi di dalam dada. Inilah karakter keimanan yang tertinggi itu. Bahkan inilah darjat ihsan yang paling tinggi. Malu juga boleh terlahir dari bagaimana cara seseorang itu melihat nikmat-nikmat-Nya dan bagaimana pula ia lalai untuk mensyukuri-Nya. Jika sahaja sikap malu ini terbuang maka setelah itu tidak ada lagi yang dapat merintangi keinginan dirinya untuk berbuat kejelekan dan kehinaan, yang pada akhirnya ia seakan-akan menjelma menjadi orang yang tanpa memiliki iman. Malu tidak boleh disamakan dengan ketidakmampuan hati, yang jelas-jelas akan melahirkan sikap meremehkan hak-hak Allah mahupun hak-hak hamba-Nya. Sikap ini bukan malu yang dimaksud dalam pembahasan ini, namun ianya lebih merupakan sebuah kelemahan, cacat dan kehinaan.


Mencari ketenangan dan kebahagiaan


Bismillah wal Hamdulillah


http://pernikahanbarakah.blogspot.com

Sesetengah orang berpendapat bahawa di dalam kehidupan ini duit itulah yang paling utama. Sehingga terdengarlah suatu istilah yang menyebut “ ada duit semua jadi”. Akan tetapi ramai diantara kita yang lebih waras mengatakan bahawa ketenangan dan kebahagiaan itulah yang lebih utama. Sebab duit itu adalah cara untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan.


Tak hairanlah kenapa ramai yang sanggup berbelanja beribu-ribu semata-mata untuk melancong ke merata dunia. Untuk apa? Untuk mendapatkan suasana yang permai dan selesa yang mendatangkan ketenangan dan kebahagiaan.



Saya terbaca di dalam sebuah buku lain1 mengatakan bahawa, kesedapan ruh itu lebih utama dan lebih tinggi berbanding kesedapan fizikal. Contoh, seorang meminum air sirap yg sejuk selepas makan dan seorang yang meminum air sirap yg sejuk setelah baru menghabiskan marathon di tengah panas terik. Siapa yang lebih merasakan kenikmatan air sirap tersebut?.walaupun lidah tetap mendapat zat sirap yang sama, kandungan gula yang sama dan kesejukan yang sama, akan tetapi keadaan ruh yang berlainan yang merubah segalanya. Contoh lain, mengapa seorang yang mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang berperasaan gembira, merasakan cukup bahagia, kepuasan yang tak terkata hasil dari apa yang diperolehinya? Sedangkan tubuh badannya tak mendapat apa-apa. Semuanya adalah disebabkan kesedapan dari ruh. Orang yang putus cinta, orang yang baru bangkrup, orang yang mendapat pujian, orang yang dimarahi dan lain-lain lagi, mereka ini merasakan kesedapan ataupun kesakitan ruhani. Lantas pada anda apakah yang lebih tinggi nilainya?, kesedapan ruhani atau fizikal?.


Tinggal sekarang, apakah makna kesedapan ruhani itu sebenarnya?, apakah kesedapan ruhani itu pada memuaskan hawa nafsu?. Kalau kesedapan ruhani itu pada memuaskan hawa nafsu tentulah seorang raja yang ada segala-galanya daripada perempuan, harta, makanan, rumah besar, dan sebagainya tidak akan bosan.


Mari kita renung suatu cerita. Ada seorang kaya yang berjiran dengan seorang yang miskin. Setiap hari si kaya ini makan makanan yang mewah dan sedap. Di hadapannya akan dihidangkan berbagai-bagai lauk pauk yang cukup menyelerakan. Sedangkan si miskin ini langsung tidak mampu untuk membeli sebarang lauk pauk. Setiap hari dia hanya akan memakan nasi kosong. Akan tetapi hari demi hari berlalu, si kaya ini kelihatan makin kurus, sedangkan si miskin tadi bertambah berisi dan sihat. Bertanya si kaya tadi kepada si miskin, “apakah rahsiamu wahai jiranku?, kamu kelihatan gembira dan sihat, sedangkan kamu miskin.”. Jawab si miskin tadi “Aku tidak mampu membeli lauk-pauk seperti kamu, lalu setiap hari, aku cuma makan nasi kosong sahaja. Akan tetapi aku akan bau masakan yang dimasak dari rumah kamu sebelum aku menyuapkan nasi ke mulutku. Lalu dengan bau itu aku akan bertambah berselera untuk makan”.


Tak disangka-sangka, si kaya tadi pergi bertemu dengan seorang hakim atas tujuan menyaman si miskin tersebut atas tuduhan mencuri bau makanan yang dimasak oleh pembantu rumahnya setiap hari. Mulanya sang hakim berpihak kepada si miskin kerana bau itu bukanlah suatu yang boleh dihalang atau dijadikan hak peribadi. Akan tetapi apabila melihatkan kepada faktor si miskin tadi bertambah sihat dan si kaya bertambah kurus sang hakim pun mengambil keputusan bahawa si miskin tadi telah mendapat manfaat daripada harta milik si kaya tadi. Lalu si miskin pun di denda sebanyak 100 dinar yang perlu dibawa dan diserahkan di mahkamah pada esok hari.


Si miskin dengan sedihnya menuju ke rumahnya dengan langkah yang tidak bermaya. Keluar sahaja dari mahkamah, hakim tadi bersegera mendapatkan si miskin itu. Hakim lantas memberi pinjam wang 100 dinar kepada si miskin dengan pesanan agar si miskin membawa wang itu ke mahkamah pada esok hari.


Keesokan harinya, si miskin pun menyerahkan wang 100 dinar kepada si kaya. Tiba-tiba hakim mencelah, “jap, jap, sekarang, kamu si polan (si miskin) kamu hendaklah menjatuhkan wang 100 dinar itu satu persatu ke lantai.”. Si miskin pun menurut arahan hakim tanpa banyak soal. Setelah wang 100 dinar itu semuanya habis dijatuhkan, sang hakim berkata kepada si kaya, “Maka bunyi duit itulah bayaran yang telah kamu terima daripada nilai bau yang dicuri oleh si miskin”, sambil mengarahkan si miskin untuk mengutip kembali duit-duit yang dijatuhkannya sebentar tadi.


Dari kisah ini dapat kita ambil beberapa pelajaran, bukanlah kaya atau miskin seseorang itu menjadi tanda ketenangan atau kebahagiaan yang dia miliki. Dan bukanlah duit itu dapat menjadikan kita lebih tenang ataupun lebih bahagia. Kerana bersama kesenangan, kesedapan, kenikmatan itu Allah SWT telah pasangkan dengan perasaan bosan. Sebab itulah salah satu kriteria syurga nanti adalah tidak akan bosan selama-lamanya.


Hidup di dunia yang tenang dan bahagia itu perlulah dipasangkan dengan perasaan bersyukur atas apa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita, melaksanakan perintahnya, berbuat baik sesama manusia, berusaha sedaya upaya melakukan amal kebajikan tak kira bila dan di mana pun kita berada.


Apabila seorang meniatkan perkahwinannya itu untuk cuma mendapatkan nikmat hubungan suami isteri dan merasakan kerehatan sahaja, maka dia akan mendapati bahawa perkahwinan itu bukanlah seindah dan semudah itu. Perkahwinan itu datang bersama dengan tanggungjawab dan tugas menjaga isteri, saling bertoleransi, saling berkorban demi seorang yang lain, bersabar atas kelemahan dan kekurangan pasangan, saling melindungi antara satu sama lain dan berbagai-bagai lagi tugas dan tanggungjawab yang akan terpikul di atas bahu sang suami mahupun isteri.


Akan tetapi apabila niat kita untuk memasuki satu fasa baru dalam hidup, mendewasakan diri, menghadapi dugaan dan cubaan bersama-sama isteri tercinta, saling kuat-menguatkan satu sama lain, menjaga daripada maksiat kepada Allah SWT dan berkeyakinan bahawa kehidupan di dunia ini hanya sementara dan akhirat itulah yang kekal selama-lamanya, maka insya’Allah badai sekuat mana pun yang melanda akan dihadapi tanpa mengurangkan perasaan cinta sejati yang menjadi tali pengikat antara kedua suami isteri. Sekaligus setiap ujian itu akan menambahkan lagi rasa ketenangan dan kebahagiaan di dalam rumah tangga.

1 Islam yang semestinya difahami – Syeikh Ali at-Thantawi

Betulkan Niat Untuk Berkahwin


Bismillah wal Hamdulillah

http://bhalaqah.blogspot.com


1. Niat memiliki peranan yang amat penting di dalam segala kegiatan dan amalan agama kerana nilaian Allah Ta'ala terhadap semua amal perbuatan itu bergantung pada niatnya.

2. Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Bayyinah, ayat 5 yang bermaksud :
" Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid, dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, dan yang demikian itulah agama yang benar ".

3. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

" Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan sesungguhnya bagi tiap-tiap seseorang itu apa yang diniatkan ".
4. Maka niat yang baik itu adalah dianggap sebagai satu amal soleh dan memperolehi pahala serta ganjaran daripada Allah s.w.t.

5. Sesiapa yang berniat dengan niat yang baik, maka dia akan mendapat pahala dan ganjaran yang baik, manakala sesiapa yang berniat buruk maka dia akan diberi balasan dosa dan balasan yang setimpal dengan dosanya.

6. Kaum muslimin mengakui niat itu sebagai rukun dan syarat dalam semua amalan dan bukan hanya diucapkan atau dilafazkan oleh lidah sahaja .



Niat Untuk Berkahwin

Suatu ketika dahulu, seorang lelaki di Mekah telah meminang seorang wanita di Madinah yang bernama Ummu Qais. Wanita itu enggan berkahwin dengan lelaki tersebut kerana mereka tinggal berjauhan. Menurut sebuah keterangan, wanita itu telah berkata, “Bagaimana engkau hendak berkahwin denganku kerana engkau tinggal di Mekah dan aku tinggal di Madinah. Sekiranya engkau mahu berkahwin dengan aku, marilah berpindah ke Madinah.”[1] Semasa peristiwa hijrah masih berlaku, lelaki itu berpindah bersama-sama para sahabat ke Madinah, tetapi dengan niat yang berbeza.

Mengetahui perihal tersebut, Rasulullah telah menegur secara terang-terangan niat lelaki itu. Menurut Umar Al-Khattab, beliau telah mendengar Rasulullah bersabda, “Setiap amalan dimulakan dengan niat dan bagi setiap orang apa yang telah diniatkannya. Sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan sesiapa hijrahnya karena dunia yang akan diperolehi atau wanita yang akan dinikahi maka hijrahnya sesuai dengan apa yang dia niatkan.”[2]

Walaupun terdapat perbezaan perjalanan hijrah sahabat Rasulullah dengan perjalanan mencari si dia, namun setiap perjalanan perlu dimulakan dengan niat yang betul. Di dalam perihal berkahwin, niat seseorang sepatutnya adalah mengharapkan keredhaan Allah. Bukan untuk “bercouple” atau untuk mempunyai seorang teman istimewa. Bukan kerana ingin bersuka-suka atau ingin menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Bukan juga kerana putus cinta atau sedang dilanda kekecewaan. Bukan pula kerana mendapat desakkan dan tekanan daripada sahabat handai dan kaum keluarga.

Allah berfirman di dalam surah An-Nur ayat 32, “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan.” Ia merupakan satu saranan kepada semua umat Islam supaya berkahwin, walaupun tidak berkemampuan.

Pada surah yang sama, di ayat 33 Allah kemudian menegaskan, “Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya”. Allah telah menyuruh hambaNya yang berniat untuk berkahwin agar menjaga kehormatan sekiranya tidak berkemampuan dan bersabar sehingga dikurniakan kekayaan daripadaNya.

Lazimnya seseorang yang berniat untuk berumahtangga kerana Allah akan menerima dengan hati terbuka siapa sahaja yang mendatang. Asalkan yang mendatang itu menepati ciri-ciri yang disarankan oleh agama dan setelah beliau telah melakukan istikharah dengan betul. Alam percintaan dan berkasih sayang hanya wujud selepas ikatan sah terjalin.

Sebaliknya jika niat perkahwinan adalah semata-mata memenuhi tuntutan duniawi, sudah tentu pelbagai faktor seperti alam percintaan, rupa paras, kerjaya, gaya, fesyen, wang ringgit, hobi waktu lapang, perasaan hati dan sebagainya akan menjadi persoalan. Semua persoalan perlukan jawapan. Semua jawapan perlukan penilaian. Semua penilaian mungkin akan memakan masa yang panjang dan kadang-kala menimbulkan persoalan baru.

Wallahu’alam.



Apabila manusia lebih BINATANG dari binatang!

Bismillah wal Hamdulillah



FOIE GRAS bermaksud hati berlemak (Fat liver) adalah menu makanan yang mewah berasal dari Perancis.

Hidangan mewah ini berasal dari hati angsa yang diperoleh dari angsa yang di “paksa” makan secara berlebihan setiap harinya agar hatinya berubah menjadi hati berlemak akibat menderita penyakit “hati berlemak” (fatty liver).

Manusia menjadi KEJAM dan TIDAK BERPERIKEMANUSIAAN demi untuk memenuhi hawa nafsu mereka.
KEJAM!

Itulah perkataan yang sesuai ditujukan kepada golongan manusia ini.



Semua perlakuan kejam oleh sekelompok manusia ini hanya untuk memperoleh hati angsa yang indah berwarna putih dan lebih besar dari yang normal. Gambar sebelah kiri adalah hati angsa berwarna putih yang besarnya di atas normal akibat angsa diberi makan secara berlebihan secara paksa, sedangkan gambar sebelah kanan (warna coklat) adalah hati angsa yang normal.


Betapa malangnya nasib makhluk Allah ini….



Sangkar yang dibuat memaksa angsa tak dapat memusingkan badannya maupun melangkah. Kakinya menjadi bengkak kerana setiap hari mereka terpaksa berdiri. Angsa-angsa ini tidak ada kesempatan untuk tidur karena lehernya berulang kali dipegang untuk di “paksa” makan.




Angsa-angsa ini dipaksa makan sebanyak-banyaknya. ...walaupun mereka menolak.



Mereka yang masih bertahan hidup, menderita penyakit radang usus sehingga mudah terjadi pendarahan yang keluar bersama kotorannya. Tidak hanya penderitaan mulut luka, tenggorokkan luka, perut kesakitan, kaki bengkak, tidak tidur, tak dapat bergerak, mereka juga tak dapat hidup bebas untuk melihat langit atau sungai.


Mereka dipaksa makan sampai mati atau mereka mati karena tak sanggup menahan penderitaan ini. Lihatlah mulut mereka penuh dengan makanan ….


p/s: Ya Allah kejamnya manusia..
:(

Tuesday, April 20, 2010

I admire him as a

Bismillah wal Hamdulillah.. Dah lama sebenarnya nak post mengenai nie.. Tapi kekangan waktu membataskan dan memerlukan suasana yang damai untuk menulis mengenai perkara ini.



Ya. Saya mula merasai yang saya admire jiddan dengannya. Kenapa baru?
Sudah lama rasanya saya mengenalinya. Tapi setakat mana saya mengenalinya saya sendiri masih tertanya-tanya. Kadang terasa diri ini tidak menghargai dirinya walaupun banyak usahanya untuk membantuku dan membahagiakan diriku. Zalimnya diri nie.


Dulu kurasai kehadirannya tapi kasih sayangnya tidak diperlihatkan. Hubungan kami berkisar kepada perkara-perkara penting sahaja. Aku menghubunginya hanya bila ku rasa perlu dan begitu sebaliknya.


Sekarang aku mulai rapat dengannya. Banyak perkara kami kongsikan. Aku senang hati bertanya itu dan ini kepadanya. Dulu, nak cakap perkara yang penting pon masih berkira-kira. Minat dan matlamat perjuangan yang merapatkan kami. Dia juga sering bercerita dan menerangkan perkara yang aku keliru dan tak tahu.


Dia amat mengambil berat mengenai diri juga keluargaku semestinya. Itulah yang baru kusedari. Walaupun kadang-kadang kelihatan dia endah tak endah dengan apa yang sedang atau akan menimpaku, ternyata aku salah. Seperti satu peristiwa. Mungkin kecil bagi sebahagian orang tapi besar bagiku. Esoknya aku bakal menghadapi 'driving test' dan dengan penuh debaran hanya aku yang tahu. Esoknya sesampai di tempat belajar, diberitahu bahawa aku tak boleh buat test hari nie sebab lesen L tak cukup 30 hari. Sedih dan frust la jugak. Dah tue kena pulak tunggu orang lain buat test baru boleh balik. Dalam duduk merenung nasib, mesej masuk


"camne test ok x" simple je msgnya.


pengirim-habibi (begitulah nama yang kuukir di handset).


Entah kenapa dalam kesunyian yang melanda diri ketika itu, hatiku terasa sebak. Mungkinkah hal sekecil ini sangat difikirkan olehnya. Bukankah ada hal yang lebih penting yang perlu dia lakukan. Terharu juga.


Kalau hendak diceritakan tentang jasa dan kebaikannya padaku teramatlah banyak. Tak terkata. Biarlah Allah yang menghitung dan membalasnya. Dalam tidakku sedar, aku menjadikan dirinya sebagai penguat semangat dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang serba mencabar.


ABI...


MY FATHER..


AYAHKU..


Kesabaranmu menghadapi kerenah kami anak-anakmu terutama diriku tidak dapat kami membayarnya.


Ketabahanmu untuk memberi yang terbaik pada masyarakat menjadikan aku lebih kuat berazam untuk merasai keperitan perjuanganmu.


Kelembutanmu dalam beberapa perkara mengagumkan aku kerana kukenalimu dengan ketegasan.


Kecekalanmu menghadapi detik-detik duka dan sakit menjadikan aku lebih matang dan dewasa untuk memikirkan masa depan.


Kesungguhanmu untuk membantu sesiapa dengan kemampuanmu yang kadangkala tidaklah semewah mana membuatku jadi iri hati.




He is my hero, my teacher, my qudwah, my motivator~

Tidak terungkap dengan kata-kata segala penat lelahmu. Yang bermain didepan mataku. Tapi mengapa sekarang baru aku sedari. Aku bersyukur kerana saat ini aku masih boleh berbakti kepadanya. Aku mahu merealitikan apa yang tidak dapat dia kecapi. Gara-gara perlu melakukan tanggungjawab yang lebih penting. Dia mengabaikan impiannya. Aku bersyukur kerana Allah menciptakan aku dari darah dan dagingnya. Semoga darah yang mengalir dalam badanku ini menjadikan aku hebat. Bukan hebat dipandangan manusia tapi hebat dipandangan Allah.



Jika aku tidak mampu merasai perjuangan yang dia tempuhi. Aku sanggup mendengar cerita-cerita dan harapan darinya. Supaya aku terus bersemangat dan kuat sepertinya. Doakan semoga aku dan adik-adikku menjadi anak yang soleh dan solehah yang akan membahagiakan dirinya juga suri dihatinya di dunia dan diakhirat.




Pesanan penaja:
Puas sikit rasa dapat post pasal nie. Sebab tak larat pendam begitu lama. Bukan nak memuji atau promot. Sekadar luahan hati kepada seorang yang bergelar ayah merangkap pengemudi kapal keluarga kami. Yang meluah, hati ini. Yang menaip, jari ini. Yang menilai, orang yang baca nie. So apa pon pandangan anda, saya anggap ia subjektif.

LoVe HiM sO mUcH~

Monday, April 19, 2010

Saya bukan Ahli politik

imamraya.jpg

“Aih, di sini pun cakap politik juga”, keluh seorang pembaca.

“Ingatkan berkecuali. Rupa-rupanya sama sahaja si Abu Saif ni!”, rungut pembaca yang satu lagi pula.

“Saya tak suka cakap-cakap politik ni. Boleh tak elakkan politik di sini?”, minta seorang lagi pengunjung.

Panas juga. Tak pernah-pernah Abu Saif menulis tentang politik, tiba-tiba semenjak kebelakangan ini, lain pula nadanya. Saifulislam.Com sudah mula berpolitik?

Saya bukan ahli politik. Tidak terfikir di minda saya untuk menjadi seorang ahli politik. Ahli politik dalam erti kata berkempen politik, berceramah di pentas politik, atau mungkin juga bertanding sebagai ADUN atau Ahli Parlimen, menggantikan Lim Kit Siang yang sudah sekian lama mewakili orang kampung saya.

Saya bukan ahli politik.

Tetapi ini tidak bermakna saya buta politik, atau berkecuali dari berfikir tentang politik, apatah lagi menganggap politik bukan urusan saya dan bukan urusan agama. Saya bukanlah peminat Khomeini, tetapi ada kata-katanya yang patut diberi perhatian. Beliau pernah menyebut, “orang yang memisahkan politik dari agama, dia itu tidak faham apa itu agama, dan apa itu politik”.

Jahil terhadap kedua-duanya.

Apabila saya berbual atau menulis tentang politik, saya maksudkan ia sebagai disiplin mengatur kehidupan manusia. Tentang peraturan hablun minannaas yang merupakan separuh kedua agama kita. Mahu tidak mahu, kita tetap merupakan sebahagian dari politik. Sama ada kita berperanan mencorakkan politik, atau kita sendiri menjadi mangsa percaturan politik akibat buta politik. Atau sengaja memejamkan mata terhadapnya.

Soal keterlibatan seseorang dengan perlakuan politik, itu soal kedua. Apatah lagi jika anda seorang pelajar. Biar pun undang-undang negara telah mewartakan anda pada usia begitu sebagai seorang yang layak mengundi, anda ada peraturan-peraturan universiti yang tidak boleh dikesampingkan begitu sahaja. Maka soal keterlibatan pelajar dengan politik, saya serahkan kepada anda untuk membuat percaturan mengenainya.

Tetapi tidak terlibat dengan politik, tidak bermakna kita tidak boleh belajar, mengambil tahu dan membuat pendirian mengenainya. Buangkan jauh-jauh nama parti politik yang kalian tidak suka, isu-isu yang mereka bawa tetap tidak boleh kita pisahkan dari kehidupan.

Jika isu tol, kenaikan harga minyak, kepincangan sosial, pembelajaran sains dan matematik di dalam Bahasa Inggeris dan korupsi serta kronisma dan nepotisma… kita kaitkan dengan parti politik tertentu, jika parti politik itu mati sekali pun, isu-isu berkenaan tetap merupakan masalah kita, masyarakat kita. Parti politik adalah kenderaan dan wadah untuk memperkata dan memperjuangkan isu-isu tersebut, tetapi tanpa parti politik sekali pun, isu berkenaan tetap wujud di depan mata.

Maka Islam mempersoalkan peranan kita terhadapnya. Ada istilah amar makruf, ada istilah nahi munkar. Bagaimanakah anda melaksanakan dua tanggungjawab ini, terhadap isu-isu yang saya sebutkan tadi.

Jika kita alah dengan parti politik, ia bukan alasan untuk kita buat tidak peduli kepada masalah yang membelenggu kehidupan kita dan masyarakat. Biar pun hadith , “barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam maka dia itu bukan dari kalangan mereka” itu dihukum sebagai hadith yang sangat lemah oleh al-Albani, apakah ini juga bermaksud saranan Islam agar seorang Muslim menjaga kebajikan saudara Muslimnya yang lain juga lemah?

Pernahkah Nabi SAW sambil lewa terhadap apa yang berlaku kepada sahabat, juga komuniti non-Muslim di sekitarnya? Apakah ada orang yang tertindas, ditekan dan dizalimi, dan Nabi SAW tidak peduli kepada nasib mereka?

Renung sahaja amaran Allah SWT:

almaun.JPG
“Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama? Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim, dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin. maka kecelakaan besar bagi ahli sembahyang (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya. (juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri terhadap amalannya), dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya)” (Al-Ma’oon 107 : 1-7)

Pendusta agama yang diperincikan oleh Allah karakter mereka adalah golongan yang tidak melaksanakan tanggungjawab sosial, sebelum Allah menyebut kecacatan ibadahnya. Di peringkat massa, kebajikan anak yatim, membela kaum fakir miskin, adalah persoalan-persoalan yang membabitkan banyak aspek. Bagi kita sebagai rakyat, ia boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara. NGO dan badan-badan kebajikan boleh berperanan dalam membantu hal ini.

Tetapi bagi sebuah negara, ia bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan rakyatnya terjaga. Polisi-polisi harus memberikan keadilan dan kesejahteraan hidup kepada masyarakat. Semua ini bersangkutan dengan politik kerana politik itulah medan urusan ini ditadbir dan dijaga.

Apakah kita bisa membiarkan diri menjadi pendusta agama dengan tidak mempedulikan tanggungjawab ini?

SAIFULISLAM.COM DAN PENDIRIAN POLITIK

Soal Abu Saif memilih parti mana, itu perkara yang berasingan. Tetapi wacana saya di sini menyeru kepada kita semua agar cintakan kebenaran dan keadilan. Sebagaimana kita suka menyuburkan kebenaran di pelbagai peringkat kehidupan, saya juga mahu kita peka kepada lawan kebenaran itu. Kebatilan tidak boleh disembunyikan. Ia mesti diperkatakan.

politik1.jpg

Allah mengutuskan setiap nabi dan rasul kepada umat, bukan hanya untuk mengajak manusia kepada mengabdikan diri kepada-Nya, tetapi juga menjauhkan manusia dari saingan Allah. Al-Quran mengistilahkan saingan ini sebagai taghut, iaitu pelampau yang melampaui batas-batas Allah. Ia mungkin manusia, mungkin sistem. Lantas tanggungjawab amar makruf dan nahi munkar, menuntut kita untuk bukan sahaja cintakan kebaikan, tetapi juga mengambil bahagian dalam bertindak mengatasi kebatilan.

Tidak semestinya dengan membabitkan diri sebagai aktivis politik. Tetapi mustahil kita boleh berperanan jika kita buta politik atau jahil mengenainya.

MENYALAH TAFSIRKAN SAIFULISLAM.COM

Saya mendapat feedback daripada pembaca, bahawa ada golongan yang menjadikan artikel-artikel saya sebagai hujah mereka untuk menolak agenda BERSIH yang menuntut pilihanraya yang adil dan telus. Kata mereka, “lihat, Ustaz Hasrizal sendiri mengajak kita kepada perdamaian”.

Ya, saya mengajak kepada kedamaian. Tetapi bukan secara berkompromi dengan kebatilan. Saya sering berusaha mengajak semua daie yang cintakan Islam untuk bersatu, tetapi bukan atas nama kesatuan itu, perkara batil kita diamkan.

yazalim.JPG

Bila kalian mendapati keadaan di mana umatku takut untuk berkata kepada orang zalim, “Wahai zalim”, maka kamu telah diucapkan selamat tinggal daripada mereka (HR. Ahmad)

Oleh yang demikian, tidak pernah dalam mana-mana artikel saya, ada cadangan agar kita memansuhkan politik dari pengetahuan dan perhatian kita. Apa yang sering saya kongsikan bersama pembaca, ialah agar kita menekuninya sebagai sebahagian daripada definisi diri kita menjadi hamba dan khalifah kepada-Nya.

Malah di peringkat pertubuhan-pertubuhan Islam, mereka boleh mengambil pendekatan untuk tidak terlibat dengan politik atas pertimbangan-pertimbangan tertentu. Tetapi ia sepatutnya dilakukan hanya untuk pengkhususan bidang dan strategi, dan bukannya menolak politik secara prinsip.

Maka, janganlah sekali-kali mereka yang berjuang di dalam NGO, menabur idea bahawa “perjuangan kami lebih baik dari perjuangan kamu sebab kami NGO yang selamat, sedangkan kamu parti politik yang mencampakkan diri ke kebinasaan!”. Ini bukan bahasa da’ie yang tulus dalam perjuangannya.

ULTRA SALAFI YANG MENGHAIRANKAN

Ketika BERSIH berjaya mengumpulkan rakyat dari pelbagai agama, bangsa dan parti politik, atas suatu titik persamaan iaitu mahukan keadilan dan transparesi dalam pemerintahan dan pilihanraya, kita dikejutkan dengan idea-idea kelompok ultra Salafi yang tidak henti-henti melaungkan seruan, “haram menegur pemerintah secara terbuka”.

Haram menegur pemerintah melalui ceramah dan tulisan terbuka.

Kemuncaknya adalah haram menegur pemerintah melalui demonstrasi di jalan raya.

Semua ini diklasifikasikan sebagai maksiat kepada Allah.

Saya faham, memang terdapat banyak hadith Nabi SAW dan peringatan dari atsar Sahabah tentang tuntutan menyabarkan diri atas kezaliman pemerintah. Tetapi hadith-hadith tersebut diungkapkan dalam konteks satu amalan politik yang ada karakter tertentu. Malah larangan menegur pemerintah secara terbuka juga tidak mutlak.

Konteks politik yang saya maksudkan itu ialah, selama 1000 tahun pemerintahan Islam, kita tidak mempunyai legasi constitution yang memperincikan bidang kuasa dan kaedah check and balance di dalam sebuah kerajaan. Channel menegur pemerintah lazimnya dalam format yang straight to the point dan kita bisa faham bagaimana teguran secara terbuka dan langsung mempunyai risiko yang tinggi untuk mencetuskan keresahan dan ketidak stabilan sosial. Maka, mengekalkan ketenteraman awam, lebih penting dari usaha meluruskan pemerintah dalam kesalahan-kesalahan peribadinya yang tertentu.

Hari ini, saluran menegur sudah diperincikan oleh perlembagaan. Bidang tugas dan ruang lingkup menyatakan pandangan juga sudah diperincikan oleh peraturan negara. Selagi mana komitmen terhadap peraturan ini dipatuhi, selagi itu kestabilan masyarakat terus terjamin. Kerajaan memberi peruntukan kebebasan bersuara, manakala rakyat pula memanfaatkannya secara berhemah dan bertatasusila.

Demonstrasi juga bukanlah suatu yang patut diselalukan, tetapi ia ada justifikasi selagi mana komitmen mereka yang terlibat boleh dikawal.

Jika Islam mengajar tenteranya agar sempat peka kepada larangan mematah pokok, menyerang orang tua, perempuan dan kanak-kanak serta mereka yang berlindung di rumah ibadat, maka tidak mustahil untuk demonstrasi dilakukan dengan etika-etika tertentu. BERSIH baru-baru ini sekali lagi mengulang cerita, bahawa yang melanggar komitmen kepada keamanan ialah pihak berkuasa, bukannya massa.

Tidak Mutlak

Tetapi larangan menegur dan tuntutan sabar terhadap kesalahan pemerintah itu juga tidak mutlak. Ia dibatasi dengan ingatan Baginda SAW bahawa “selagi mana pemerintah itu memastikan solat ditegakkan”, “selagi mana pemerintah itu tidak melakukan kekufuran yang bawwah – nyata tanpa boleh dipertikaikan lagi -”, juga “selagi mana pemerintah itu tidak melakukan maksiat yang bawwah“.

Kecelikan kita semua terhadap isu-isu semasa amat penting dalam membuat penilaian, apakah unsur maksiat bawwah atau kufur bawwah itu ada di dalam masyarakat kita? Manusia yang jahil politik, atau sengaja memejamkan mata dari masalah-masalah masyarakat, tidak mungkin dapat menilainya dengan betul.

Bagi golongan yang tidak merestui korupsi pemerintah, mereka mengambil pendekatan menegur di dalam parlimen dan dewan rakyat, menyebutnya di dalam ceramah dan penulisan, dan dalam keadaan-keadaan tertentu mereka terpaksa berdemonstrasi. Apabila kaedah yang mereka pakai begitu terbuka dan jelas, maka mudah untuk kita membuat penilaian. Jika salah, boleh diperbetulkan.

Tetapi bagi yang mengharamkan perbuatan menegur pemerintah secara terbuka, kita perlu tahu apakah method yang mereka pakai untuk menegur pemerintah. Saya yakin, apa sahaja mazhab dan manhaj kita, kemungkaran tetap kemungkaran dan ia perlu dicegah dan dibasmi. Hal ini wajib menjadi suatu kesepakatan di antara kita.

Akan tetapi, bagi golongan ultra Salafi ini, apakah cara mereka melaksanakan nahi munkar tersebut? Apakah mereka menulis surat dan email kepada menteri-menteri kita? Apakah mereka buat temu janji untuk bertemu bagi sesi menegur? Apakah mereka jemput menteri ke rumah untuk mendengar nasihat mereka? Atau mereka bertandang ke rumah menteri untuk memberitahu mereka bahawa rasuah, ISA, bebanan tol, kepincangan sistem kehakiman, kronisma dan nepotisma, penipuan tender dan sebagainya ini, adalah suatu kemungkaran?

Ini yang perlu diperjelaskan.

Dalam mengemukakan pendapat yang berkaitan dengan ibadah, kesan bermanhaj secara literal tidaklah besar impaknya kerana ia terhad kepada amalan peribadi. Tetapi untuk memperkatakan tentang muamalah dan siasah, pendapat kita mesti valid untuk dijadikan polisi. Maka apakah polisi golongan ultra Salafi dalam menjalankan tanggungjawab mereka mencegah kemungkaran?

Selain SS Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, yang boleh menggunakan kapasitinya sebagai mufti untuk meluruskan ibadah, muamalah dan siasah Perlis, menjadi penasihat kepada Menteri Besar dan Exco Kerajaan Negeri Perlis, bagaimana pula dengan individu ultra Salafi yang lain? Apa method mereka? Mufti dengan tugas mufti, mereka yang bukan mufti juga adalah tanggungjawab masing-masing dalam hal ini.

Jika persoalan ini gagal dijawab, maka ia akan menjurus kepada gerakan Sunnah untuk sekali lagi diperguna dan diperalatkan oleh politik dan politikus. Sudah banyak kali gerakan Sunnah berjaya mencapai kuasa perlaksanaan, tetapi sering berakhir sebagai mangsa politik pemerintah. Bak kata pepatah Melayu, “habis manis sepah dibuang”. Seperti kes yang menimpa Mehmet Birgili yang pernah saya bentangkan di seminar di UIA beberapa tahun yang lalu. (Klik di sini untuk muat turun kertas kerja tersebut).

Inilah yang saya maksudkan tadi, bahawa dalam kehidupan realiti, sama ada kita mengawal politik, atau politik akan mengikat dan mengawal kita. Untuk terlepas dari politik, jauh sekali.

Persoalan ini penting, kerana golongan ultra Salafi dan pihak pemerintah sendiri, senada dalam memberi teguran kepada orang ramai.

SS MUFTI PERLIS DAN BERSIH

Di dalam temubual oleh Radio 24 Bernama pada Berita 8 malam 12 November baru-baru ini, SS Mufti Perlis memberi ingatan kepada BERSIH supaya memikirkan bahawa ketika kepentingan peribadi, golongan atau parti tertentu mahu dicapai, kesan tindakan mereka sebenarnya menimpa semua orang. Beliau juga mahu BERSIH melihat nasib negara-negara Muslim lain yang tidak menikmati keamanan dan kebebasan bersuara seperti yang ada di Malaysia. Selain itu, beliau mengingatkan BERSIH agar tidak lupa kepada adab-adab semasa berada di Masjid, dan adab itu perlu dibawa juga ke luar masjid.

Soalnya, sekalian mereka yang terlibat di dalam BERSIH memang komited kepada keamanan. Buktinya, kesemua mereka bersurai secara aman dan teratur selepas memorandum berjaya diserahkan kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Sedangkan siapakah yang menembak orang ramai dengan water canon dan air berasid? Siapakah yang mengunci masjid malah pernah dalam demonstrasi sebelum ini, mereka masuk ke masjid dengan memakai but? Tidakkah semua itu dilakukan oleh FRU sebagai jentera pemerintah.

Bukankah teguran sepatutnya ditujukan kepada pihak berkuasa, sebelum ia dilontar kepada massa?

Mengapa pembangkang juga yang akhirnya bersalah?

CELIK POLITIK

Kerana sedar dengan realiti politik, saya pernah menyebut sebelum ini bahawa, jika Dr. Asri dilantik sebagai Mufti selepas Pilihanraya Umum, maka saya pasti segera mengucapkan tahniah. Tetapi jika perlantikan dibuat sebelum Pilihanraya Umum, maka saya terpaksa tunggu dan lihat.

Masih belum terlambat untuk kita saling berlaku adil. Bahawa kemungkaran tetap kemungkaran, ia mesti diperbetulkan sama ada ia dilakukan oleh ahli bid’ah di tengah masyarakat, atau pun pemerintah yang berkuasa di negeri dan negara.

Jika dirujuk kepada sejarah, British tidak pernah menganggap penentangan kaum Hindu sebelum Ghandi sebagai suatu ancaman kepada kuasa kuasa kolonialisasi mereka. Ini berpunca daripada kepercayaan kaum Hindu bahawa mereka telah ditakdirkan dihidupkan di dunia ini pada kasta tersebut dengan nasib semasa yang menimpa. Justeru mereka mengambil langkah pasrah, dengan harapan boleh lahir semula di alam kedua nanti dengan kasta dan nasib yang lebih baik.

Malah agama Kristian juga begitu. Politik ditinggalkan kerana negara idaman hanyalah Kingdom of Heaven di alam sana.

Apakah ultra Salafi mahu menyemai sikap inferior yang sama seperti ini?

BELAJAR TIDAK SEMESTINYA TERLIBAT

Oleh itu, saya ingin mengajak kita semua, pelajar dan pekerja, Salaf dan Khalaf, ahli PAS mahu pun JIM, ABIM dan Tabligh, agar sama-sama peka dengan politik. Memperkatakan tentang politik, jangan sempitkan kepada isu partisan semata. Ia terlalu luas dan murni sebagai satu cabang kehidupan dan disiplin pengetahuan.

Apa erti saya menganut Islam?

Salah satunya ialah, peduli terhadap nasib umat Islam, pada makruf dan pada mungkarnya.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

Mengajar Anak Berpolitik

“Okay, kita nak pergi bercuti ke Pulau Pangkor, siapa yang nak jadi ketua?” saya bertanya kepada anak-anak.

“Abi!!!” mereka sebulat suara memilih saya.

“Baik, kalau Abi jadi ketua, semua orang kena dengar cakap Abi. Kalau Abi suruh tidur, semua kena tidur. Kalau Abi ajak balik bilik dan berhenti main air, semua kena ikut balik bilik, boleh?” saya menjelaskan makna ketua kepada pengikut.

“Boleh!” jawab Saiful Islam dan Naurah.

Sentiasa boleh. Tetapi bila sampai masanya, macam-macam pula ragam mereka.

“Kalau Abi tak ada, nak dengar cakap siapa?” saya bertanya lagi.

“Umi!” kata Naurah.

“Bagus. Dengar cakap Umi macam dengar cakap Abi, okay?” saya menambah.

“Okay,” mereka menjawab.

SUNNAH

p3190086

Ajak anak-anak bermesyuarat

Teringat saya kepada hadith Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:

“Apabila tiga orang bermusafir bersama, hendaklah dilantik salah seorang daripada mereka menjadi ketua” [riwayat Abu Dawud, daripada Abu Said al-Khudri radhiyallaahu 'anhu]

Begitulah cara Islam mengajar dan mendidik penganutnya hidup bertertib lagi sistematik. Soal keluar bermusafir itu mungkin sekadar rutin biasa yang diulang-ulang dari semasa ke semasa. Tetapi di dalam rutin itulah diselitkan unsur ketertiban hidup lantas salah seorang harus mengambil tanggungjawab menjadi ketua.

Ketua dalam erti kita mengambil tanggungjawab terhadap kebajikan dua rakannya.

Ketua yang membantu membuat keputusan-keputusan biar sekecil mana pun persoalannya.

Ketertiban ini diterapkan bermula daripada solat berjemaah hinggalah kepada bermusafir secara berjemaah. Kehidupan di dalam solat dan di luar solat, Muslim diajar agar duduk di dalam tatacara kehidupan yang terpimpin. Ada yang memimpin, ada yang dipimpin.

Latar belakang kehidupan yang sebegini, menjadi penjelasan yang paling terang lagi rasional mengapa para sahabat radhiyallaahu ‘anhum tidak bertangguh berkumpul di Tsaqifah Bani Sa’idah untuk mencari pemimpin menggantikan kekosongan posisi itu yang berlaku akibat kewafatan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, biar pun jasab baginda masih belum lagi dikebumikan.

Tidak harus Muslim hidup tanpa pemimpin dan kepimpinan.

Semua ini adalah asas kepada apa yang kemudiannya dinamakan sebagai POLITIK.

Politik yang didefinisikan dengan sebagai Hiraasah al-Deen wa Siyaasah al-Dunya bihi (memelihara agama dan mengurus tadbirkan dunia dengan agama itu) di dalam kitab al-Ahkaam al-Sulthaniyyah adalah peraturan Allah kepada tamadun manusia. Kehidupan berperaturan, terpelihara di antara peranan dan hak masing-masing, adalah kehidupan yang mengangkat darjat manusia sebagai makhluk penghulu yang tinggi.

Inilah asas politik.

Mendidik manusia hidup berperaturan.

Mencegah manusia daripada kehidupan anarki.

KEGANJILAN ISLAM AKHIR ZAMAN

Namun, sama seperti dakwah, kalimah politik itu juga terjebak ke dalam pelbagai persepsi yang membingungkan. Dalam suasana kucar kacirnya isu semasa yang tidak pernah berhenti itu, sering sahaja kita terkeliru di antara politik, kepartian dan sentimen kepuakan. Perubahan kecenderungan pengundi yang beralih daripada Parti A ke Parti B bukanlah isu utama, biar pun ia menjadi sasaran terbesar massa. Apa yang lebih penting ialah sejauh mana masyarakat memahami politik dan seterusnya terus berstamina menyertai tanggungjawab Hiraasah al-Deen wa Siyaasah al-Dunya bihi dan bukannya bertindak memencilkan diri daripada politik.

Apatah lagi di kalangan Muslim.

Muslim yang urusan pengebumian jasad Nabi mereka jatuh nombor dua selepas keutamaan diberikan kepada soal kepimpinan dan ketertiban hidup yang menjadi Sunnah itu.

Akan tetapi, tatkala disebut tentang solat, semua orang mendengarnya tanpa rasa terganggu.

Apabila dibicarakan tentang zakat, aman sahaja manusia berfikir mengenainya.

Tetapi jika politik disebut, semua menjadi panik.

Ibu bapa boleh tenang sahaja melihat anaknya mendungukan diri di hadapan PSP dengan koleksi A keputusan peperiksaan di keliling pinggangnya, tetapi dengan segera tersampuk dengan igauan besar jika anaknya tiba-tiba berbicara soal politik. Lembab dengan ideologi AKU TIDAK PEDULISMA dianggap cerdik, berbicara dalam bahasa kepedulian tentang persoalan Hiraasah al-Deen wa Siyaasah al-Dunya bihi dianggap sebagai kebodohan yang mengundang padah.

POLITIK SEBAHAGIAN DIRI

Politik itu seni.

Ia memerlukan kualiti pemikiran dan kebijaksanaan kepimpinan untuk menggarapnya.

Soal mahu menjadi AHLI POLITIK atau tidak adalah soal kedua. Tetapi manusia tidak boleh memencilkan diri daripada politik. Benar sekali kata Michael B. Coleman, ahli politik daripada Parti Demokrat Amerika Syarikat, “You may not be interested in politics, but politics are interested in you“.

Muslim tidak mampu untuk tidak peduli kepada politik. Politik itu adalah seni mengatur kehidupan manusia, dan ia adalah salah satu juzuk terpenting dalam agamanya, Islam. Memencilkan diri daripada politik bermaksud meninggalkan cabang besar amar makruf dan nahi mungkar. Tidak mungkin tanggungjawab ini terbiar, melainkan pasti ada dosa dan fitnah yang mengiringinya.

Muslim boleh mengambil sikap non partisan sebagai satu bentuk pendirian politiknya. Mereka melaksanakan urus tadbir kehidupan manusia melalui badan-badan NGO atau pertubuhan kebajikan, mengikut kebolehan dan peluang masing-masing. Tetapi Muslim tidak boleh mengambil sikap tidak mengambil peduli kepada politik hanya kerana tidak mahu peduli kepada parti.

Justeru, membiaknya spesis Muslim yang alergik dengan politik adalah wabak yang mengundang kehancuran.

Dalam sopan mereka menjadi oportunis, dalam diam mereka menjadi kaum yang manipulatif. Semuanya gara-gara mahu aman tetapi tidak mahu menyumbang kepada keamanan. Mahu keselamatan tetapi tidak mahu melakukan apa-apa untuk memperbaiki keadaan. Lantang mengkritik polisi-polisi yang menjadi beban, tetapi terlalu malas untuk bertindak lebih daripada sekadar mengkritik. Mereka menikmati keamanan hasil penat lelah orang lain, mereka menikmati keselamatan hasil jerih payah orang lain.

SEKADAR DI PINGGIRAN

Iman manusia seperti ini adalah iman di pinggiran.

22_11

“Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan Dunia dan Akhirat. Itulah kerugian yang terang nyata” [al-Hajj 22: 11]

Politik dan dakwah bergerak seiringan.

Keperluan kedua cabang kehidupan ini menyebabkan Nuh ‘alayhi al-Salaam dan sekalian Nabi dan Rasul mengambil jalan yang sama. Dalam dakwah mereka kepada keluarga dan komuniti terdekat, mereka juga tidak pernah meninggalkan urusan menasihati, menegur malah berkonfrontasi dengan golongan al-Mala’.

Tiada makna dakwah disempitkan pada sekadar menjaga urusan keluarga yang duduk di bawah circle of influence kita, jika urusan golongan penguasa (al-Mala’) yang duduk di bawah circle of the influencing people itu dibiarkan sewenang-wenangnya.

Justeru, usaha melahirkan generasi yang peka dan celik politik itu penting.

Semasa anak-anak di bangku pengajian universiti, mereka harus belajar untuk faham tentang politik. Keterlibatan mereka di dalam persatuan-persatuan, bercakap dan bertindak terhadap kebajikan masyarakat kampus, kepedulian mereka terhadap apa yang berlaku di sekeliling diri, semua itu mesti didedah, dilatih dan seterusnya ditempa masuk ke dalam jiwa mereka.

Mereka perlu kepada kemahiran berpolitik untuk mentadbir syarikat mereka bekerja nanti.

Mereka perlu kepada kemahiran berpolitik untuk menguruskan jabatan tempat mereka berkerjaya nanti.

Mereka perlu kepada kemahiran berpolitik untuk mentadbir keluarga tempat mereka berkehidupan nanti.

Politik diperlukan di semua peringkat hidup. Dan oleh kerana manfaat politik akhirnya sampai kepada sebuah keluarga, maka keluarga jugalah seharusnya menjadi tempat anak-anak diperkenalkan dengan politik, iaitu hidup berperaturan, mengenal tanggungjawab juga peranan, berlatih membuat keputusan dan hidup berpegang kepada nilai keprihatinan.

SEKUNDER KEPARTIAN

Soal kepartian, itu tidak lagi menjadi kekeliruan atau kebingungan dalam membuat pilihan, andai politik sudah dikenali dari akar, menjalar ke batang dan pucuknya di julang.

Idea politik sebagai ibadah, politik sebagai amanah, politik sebagai tanggungjawab, politik sebagai amar makruf dan nahi mungkar, pasti sahaja wadah politik yang dipilih adalah wadah politik yang beribadah, amanah, bertanggungjawab dan jauh dari koruspi dan orientasi kepentingan peribadi.

Didik sahaja anak-anak cintakan keadilan.

Didik sahaja anak-anak bencikan kezaliman.

Didik sahaja anak-anak berlumba-lumba memelihara amanah.

Didik sahaja anak-anak bekerjasama menentang kianat.

Didik sahaja anak-anak dengan kebebasan memberikan pandangan dan bersuara.

Didik sahaja anak-anak dengan keberanian menyuarakan pendapat tanpa tergadai budi pekerti semasa setuju atau sebaliknya.

Itu teras berpolitik di gelanggang massa suatu hari nanti.

p3190096

Gadis ini sangat ‘outspoken’ menegur politik di rumahnya

“Abi cakap Abi nak buat cucur pisang,” kata Naurah marahkan saya.

“Pisang dah busuk sangatlah Naurah. Tak sesuai nak dibuat makan!” saya cuba memberikan penjelasan.

“Kalau pisang dah busuk, kenapa Abi janji nak buat cucur pisang? Tak payahlah janji-janji. Tak tepati janji berdosa,” Naurah ‘menegur’ amir al-mu’minin di rumahnya.

Saya hanya mampu mengangguk. Akur bahawa semasa saya memberitahunya yang pisang buruk di atas para itu tidak boleh dimakan mentah, ia sebenarnya juga sudah tidak boleh dibuat cucur. Tetapi saya menyebutnya dengan harapan anak-anak berhenti mendesak.

“Abi minta maaf,” saya menghulurkan tangan meminta kemaafan.

“Lain kali jangan buat lagi ya!” kata Naurah.

“Baik puan,” saya mengangguk.

Di dalam rumah kami semua orang bebas menegur dan semua orang harus belajar menerima teguran. Ibu bapa menegur anak-anak, mereka juga berhak menegur ibu bapa. Itulah etika politik dan kepimpinan rumah Abu Saif, dalam subjek ‘mendidik anak berpolitik’.

Apa yang penting ialah kesedaran tentang politik itu juga memberi ibrah, andaikata pisang sudah busuk, janganlah berjanji untuk menghidangkan apa-apa yang manis dan baik untuk disantap. Moga politik Malaysia tidak terus dilamun impian menjamah cucur manis dari pisang yang sudah buruk setandan itu.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

Membebel pagi-pagi edisi sambungan

11.30am

Dengan penuh semangat keluar rumah. Kunci pagar, kunci pintu sebab takde orang kat umah. Duduk membuaikan diri sambil menanti lagi. Best betul pakcik depan umah membingitkan suasana hati ku yang sunyi ini dengan membuka lagu kuat-kuat. Lagu tahun bila pon tak tau la. Beliau nak tambah umah ke renovate umah ke tak tau la. Misteri betul pakcik nih. Saja je buat-buat tengok beliau buat keja, kot2 dia pandang boleh senyum. huhu.. Nak eratkan silaturrahim je ek. Tapi beliau bukan saja tak pandang, toleh pon tak. huu. Takpola..

beep..

'mesej dari sapekah?'
'dari si dia kah?' huhu

"sy hntr studen 12.45 smpai"


aisshh. Sekali lagi penantianku direnggut.
Sejam lebih lagi.
Langkah diatur dengan perasaan yang macam nak gelak sbb dah kali kedua masuk rumah balik. aduh.

Pengajaran:
pertama, Ada hikmah pakcik depan umah tue tak mesra alam sangat. Kalau tak mesti beliau tanya "aii dik, dari tadi keluar masuk tunggu sape? Pelik..pelik"

kedua, dapat la membebel lagi dalam nih..hehe~


قال الله في كتابه العزيز

لَا يُكَلِّفُ الله إِلَّا وُسْعَهَا

Allah tidak akan membebankan hambanya dengan apa yang tidak dia mampu (lebih kurang gini maksud ayatnya. Blh check surah al-Baqorah, dalam al-Ma'thurat pon ader)


Setiap apa yang Allah uji atas diri kita adalah yang terbaik buat kita. Kita mampu menghadapinya kerana Allah takkan bebankan apa yang kita tak mampu pikul. Walaupun kejadian tadi tak la membebankan tapi seolah-olah terlintas difikiran 'kenapa perkara ini terjadi? Bukan sekali tapi dua kali'. Teringat kata-kata Allah diatas. Siapa kita untuk mempersoalkan taqdir yang Allah dah rancang. Terimalah dengan hati terbuka. Jangan muramkan pagi anda dengan melayan emosi dan perasaan sendiri.

Membebel pagi-pagi

Bismillah wal hamdulillah..


Isnin, 19 April 2010

7.30am

Kuar umah sambil menanti cikgu Azam utk ke MDA. Rasa macam pelik kenapa beliau tak mesej semalam utk confirmkan trip hari ni. hrmm..

"Salam. Jd kan hri ni?"
..
..
Sent.

Hantar la mesej dari menunggu membabi buta.waahh..cam ganas je ayat.

beep..

"Jadi tapi kul 11.30am"


Mesej diterima.

Phew..lorh..saya begitu bersemangat..

Pengajaran: Jangan hanya menanti orang bagitau dan ingatkan. Tanya dulu kan senang. Rasa2 kalau tak tanya, bape jam saya duk tercongok kat luar. Saya salahkan diri sendiri~

beberapa minit selepas berita tersebut,

Umi cakap: Pegi la try bawak pajero tue.

Sambil memandang kenderaan berkenaan dan memerhati kawasan keliling. PAJERO? huishh.. Nak bawak ke mana? Cuaks sebenaqnya.

saya cakap: Ummi temankanlah..hehe..(sengih2 memujuk)

Woahh.. Ikut hati mmg tamau. Terbayang 'selisih dgn kereta lain' (jalan kampung sempit okey), 'selisih dgn lori'..huwaa..lagi la.. Tapi kena jugak try kalau tak sampai bila tanak.

Apa yang terbayang memang menjadi realiti. Selisih dgn kereta. Dari jauh saya dah cakap ''alamak". Ummi kat sebelah dgn steady ala2 pemandu profesional gitu bersuara "takpe2 pelan2 himpit ke tepi sikit".. fuhh.. Lepas..

Selisih dgn lori besar..waa.. "woo lori..!" sape lagi yang cakap camtu kalau bukan cik driver. Ummi dgn bahagianya menjawab "ummi dulu pon nampak lori jatuh semangat" haha..sambil gelak.. ceh.. Lepas.. Lega..

Bawak 2 round. (VroOmm2). Siap singgah beli nasi lemak.. huhu.. emm, okey la jugak. takot je lebih.

Pengajaran: Jangan takut utk cuba sesuatu yang baru. Bila dah ada pengalaman, lagi yakin utk mencuba kali kedua. Wahh.. nak drive lagi.. hee~

Okeyh.. Mahu pergi training lagi. Papai. Assalamualaikum..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails