بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركته
Salam Ukhwah..Salam Mahabbah..Salam Istiqomah..
Alhamdulillah. setinggi kesyukuran buat Pencipta alam ini, Allah swt. Dengan Rahmat dan Kasih Sayang-Nya, kita masih mampu mencelikkan mata, menarik dan menghembus nafas dengan mudah, berjalan tanpa perlu ditatih dan masih kuat untuk beribadah. Lihat diluar sana, betapa ramai manusia yang kurang upaya melakukan perkara-perkara normal. Berusaha keras untuk hidup. Begitu payah walau untuk bernafas. sedih. Amat sedih bila memikirkan nasib saudara seislam kita yang menderita. Tapi cukupkah sekadar luahan sedih? Tanpa usaha untuk membela nasib mereka? Terutama nasib AGAMA kita!! Semakin hari ISLAM dipandang hina, ISLAM dianggap pengganas. Sedangkan ISLAM agama selamat,aman dan toleransi. Hari ini hari mereka, mana tahu esok lusa hari kita!!
Sama-sama kita luangkan sedikit masa untuk menghayati pengorbanan sahabat-sahabat semuslim kita. Titipkan doa agar mereka selamat, kuat dan terus bertahan. Zalim. mereka dizalimi kerana Syahadah. Kita disini bebas bersuara dan mengaku keIslaman kita. Mereka dibunuh, dibedil kerana mempertahankan Islam. kita dengan bangga berjalan ke sana sini dengan fesyen yang kononnya mengikut 'Syariat Islam'. Bertudung semata-mata menutup rambut. Bermain bola kononnya untuk kesihatan tapi berseluar pendek. Dimana sensitiviti kita terhadap ajaran Islam? Adakah masih jahil? JAHIL? lebih mudahnya 'bodoh'. Masih tak tahu apa yang halal, haram, syubhah. Sampai bila nak jadi jahil? atau dah tahu tapi masih melakukan juga larangan Allah, masih 'tak kuat' melakukan suruhan Allah.
Sampai bila kita akan terus begini? Melalui hari-hari tanpa kesedaran dihati. Memijak bumi Allah tetapi masih tak sedar diri hanya seorang hamba. Hamba Tuhan yang Esa, Allah Robbul Jalil. Mungkin kerana kerap menerima hidangan 'red carpet', mula rasa diri lebih mulia. Ingatlah! siapalah kita berbanding yang Maha Kuasa. Apalah sangat jawatan dan kuasa kita. Senang-lenang hidup di dunia dengan pangkat, kelak kita yang sengsara di Akhirat disoal bertubi-tubi tentang tanggungjawab kita.
Sekadar luahan dari hamba yang hina,
yang punya banyak kekurangan,
ambillah yang berguna, tegurlah yang tidak sempurna,
semoga Rahmat Allah terus sampai kepada kita semua,
Amin Ya Rabb.
No comments:
Post a Comment