السلام عليكم و رحمة الله و بركته
Alhamdulillah. Segala Puji bagi Allah yang menghidupkan dan mematikan.
Baru usai membaca Yasin. sebentar tadi dapat berita salah seorang makcik guard kami telah kembali ke rahmatullah. Dalam 2 jam yang lepas. dari desas desus dan khabar2 yang di bawa angin, beliau kemalangan dilanggar lari oleh sebuah lori di traffic light Giant Nilai. Lebih mengayat hati, dikhabarkan juga kepalanya pecah dilanggar. Astaghfirullah. Mati itu pelbagai cara, bila-bila masa, dimana sahaja. Tidak akan lambat atau cepat walau seminit. apa pun, sama-sama doakan agar ruhnya sentiasa bersama dengan para muttaqin wal mukminin. Banyak sangat jasa yang di sumbangkan demi kemaslahatan kami. walau secara zahirnya tidaklah terlalu kelihatan, tetapi pada zahirnya hanya Allah yang tahu. Setiap titis peluh yang mengalir. Tiap lelah kesana-kemari. Tiap kedipan mata yang menahan kantuk kerana berjaga malam. sungguh banyak pengorbanannya. Hanya Allah yang mampu membalasnya.
p/s: sedih teringat sahabat yang meninggal awal tahun nie di round board Nilai. Kepala retak terhantuk divider. umur 20 tahun. juga, nenek dan atuk yang meninggal tahun nie. Al-fatihah buat mereka semua. Semoga mereka gembira dengan perjalanan seterusnya. Amiin.
No comments:
Post a Comment