Monday, January 4, 2010

tawakkal dan tidak mudah putus asa

dari abi yahya shuhaib ibnu sinan,beliau mendengar Rosulullah bersabda: ((sungguh pelik perkara yang terdapat pada orng mukmin. dimana semua perkara itu adalah baik bagi mereka. dan perkara itu tidak terdapat kepada org lain selain org yg beriman. apabila mereka memperoleh kebaikan, lantas mereka bersyukur, maka itu lebih baik bagi mereka. apabila mereka memperoleh kemudharatan, lantas mereka bersabar, maka itu lebih baik bagi mereka)).. musnad:Muslim. . menurut hadith ini, amat lah beruntung kite sebagai org islam.. kerana setiap apa yg menimpa kita, adalah satu hikmah kepada kita. ini adalah pengaplikasian sifat tawakal kepada Allah swt.. bukti : perbezaan org mukmin dan org kafir.. orng kafir mudah putus asa, akibatnye mereka selalu untuk melarikan diri dari masalah dengan cara yng paling mudah iaitu membunuh diri.. berbanding dengan org mukmin, org mukmin akan sentiase bersabar dengan dugaan dan sentiase berharap akan pertolongan Allah.. kerana mereka yakin setiap ape yg berlaku pasti ader hikmah disebaliknya. . sedangkan Allah tidak akan sekali-kali menganinyaya hamba-Nya... begitulah ape yang Allah firmankan dalam surah al-baqarah ayat 286.."Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. .." dan Allah juga berjanji sudah ader formula penyelesaian bagi setiap masalah, melalui firmannya dalam surah al-insyirah ayat 5-6 "maka sesungguhnyab bersama kesulitan ader kemudahan. sesubgguhnya, bersama kesulitan ader kemudahan". sebanyak 2 kali Allah menegaskan ayat ini dalam surah al-insyirah. . ada lagi sepotong hadith, dari abu hurairah, beliau mendengar rosulullah bersadba:"sesiape yang dijanjikan oleh Allah kesenangan, pasti memperoleh kesusahan". kesimpulannya, ada ruang alasan bagi kte untuk berputus harapan dari rahmat Allah.. begitulah juga dalam usaha kearah dakwah.. perlukah kite putus asa untuk melakukan nye.. sedangkan Rosulullah yang memegang title "nabi & rosul" juga menghadapi perbagai kesulitan yng lebih sulit dari ape yg kte hadapi pada hari ini.. ini menunjukkan, title sebagai seorang rosul, tidak menjanjikan kesenangan dn kemewahan. tetapi darjat nye di sisi Allah tidak ternilai.. begitulah, org yang mengikuti kerja rosulullah sebagai pendakwah.. sesungguh nya jalan yang dipilih bukan jalan yng penuh dengan harum kasturi, tetapi jalan yang dipilih adalah jalan yang penuh berduri..

gQ : renung2kanlah diri kte..bersabarkah kita dengan ujian yang menimpakah? sedangakan amat jarang bersyukur dengan kurniaan nikmat-Nya. sebanyak manakah penyerahan diri kepada Allah selain dari makhluk-Nya. setiap yang berlaku ada hikmah yang diselit sama ada kita sedari atau tidak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails