Monday, May 31, 2010

Bicara iman

BISMILLAH WAL HAMDULILLAH..

Hati : Wahai lisan yang indah kejadiannya tidak bertulang, mengapakah engkau diam?

Lisan : Diamku bukanlah bermakna aku redha.

Hati : Maksudmu?
Lisan :

Aku tidak sekuatmu wahai hati. Walaupun keadaanmu sering berbolak-balik tapi mujahadahmu tinggi. Kau tetap membenci maksiat dan dosa yang berlegar diruang sahabat mata kita. Kau juga terasa sakit dengan perlakuan jijik yang dilakukan tangan walau sekerasnya kau menentang. Kau sepantasnya membasuh titik-titik hitam yang bertamu pada dirimu lantaran kelakuan pemilikmu yang tidak lari dari melakukan kesalahan. Aku sedih bila sering melihatmu terlantar sakit tenat. Lama. Dirimu dipenuhi kudis-kudis maksiat. Makin hari makin teruk. Aku tidak mahu melihatmu mati sebelum tiba masanya. Aku mahu kau sihat menjadi hati sejahtera supaya kau bisa membimbing sahabat anggota kita yang lain. Aku masih ingat potongan sabda nabi yang kau pegang kemas :
”Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah), jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati.”
Bukhari dan Muslim
Aku rindu menatap mutiara jernih kepunyaan sepasang mata setiap kali kau berbisik nama Allah. Aku rindu melihat dahi yang begitu asyik mencium tempat sujudnya jika kau mahukan ketenangan berjumpa Pencipta kita. Bila kau kembali sihat, tidak jemu-jemu sapuan penawar zikrullah di sapu pada kudis maksiat itu. Tapi aku tahu, kau terkilan kerana bekas-bekas kudis maksiat masih ada. Kau risau penyakit itu kembali kan? Aku tahu memang sukar untuk kau mengelak dari cinta-cinta palsu yang mengasyikkan. Kerap kau tersasar. Tapi mungkin kerana iman, membuat kau cepat tersedar dan memperbaharui arah tujuanmu. Teruslah membimbing kami wahai hati. Teruslah menjadi raja kami untuk membentuk kerajaan syakhsiah yang tinggi kemuliaannya. Jangan biarkan nafsu yang kerap lesu itu merampas takhtamu.
Hati : Oh lisan yang bijak menutur kata. Mengapa tidak kau gunakan kehebatanmu ini untuk menundukkan lebih banyak hati? Aku hanya mampu memberi arahan pada satu jasad, sedangkan kau punyai otot-otot yang kuat dan mampu menarik banyak hati untuk bertaut menuju Cinta Yang Satu. Wahai lidah, bukan kumahu menuding jari kepadamu. Cuma aku hanya mahu kau sedar keunikan dan kehebatanmu. Dirimu boleh jadi setajam pedang yg mampu membunuh lawan iaitu musuh kita bersama. Malah kau juga mampu menjadi sedingin bayu hikmah untuk menyedarkan stiap telinga yang mendengar. Ajaklah hati-hati kontang itu menikmati aliran ma'aruf dan halanglah hati-hati legam itu terus menjejejak kemungkaran yang gelap. Ingatkah sepotong ayat Allah yang pernah meniti syahdu di lisanmu :
كنتم خير أمةٍ أخرجت للناس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر‏
(‏‏(‏آل عمران‏:‏ 110
Kadang-kadang aku cemburu bila teringatkan sabda Rasul junjungan umat Islam:
Barangsiapa diantaramu melihat suatu kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika ia tidak mampu, ubahkah dengan lisannya, dan jika tidak mampu, ubahlah dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman. (HR Muslim dan Ashabus Sunan).

Mengubah kemungkaran dengan hati adalah selemah-lemah iman. Tapi cemburuku bukanlah buta sehingga tak dapat membezakan haq dan batil. Setiap dari kita perlu bekerjasama. Kau perlu bersuara dengan berani wahai lisan. Bukan hanya basah dengan zikrullah bekalan buat dirimu tapi dakwah kepada saudara seagama dan seaqidah kita juga mesti disampaikan. Aku akan membantumu menyediakan hujjah dan dalil agar setiap butiran permata yang kau luahkan mampu membawa hati-hati kearah kebenaran hakiki. Aku akan sedaya-upaya menjernihkan hati ini supaya mudah ilmu-ilmu Allah masuk dan lekat kekal selamanya. Supaya ilmu Allah yang luas itu dapat dikongsi sebaiknya.


Lisan :

Ya! Aku akan cuba seperti yang kau sarankan. Ini kewajipan. Lidah ini tak seharusnya terus terkunci jika maksiat berlaku didepan mata. Kesemua anggota juga perlu bersama mengamalkan apa yang bakal aku perkatakan. Barulah seruan amar ma'ruf dan nahi mungkar dapat diamalkan secara menyeluruh. Baiklah. Ada tugas yang perlu kulakukan. Kali ini aku takkan beralasan lagi.


Hati : Semoga kau bisa membuat banyak hati-hati tunduk kepada Yang Maha Esa.

Lisan : Harap kau sudi berkongsi segala yang pernah kau pelajari.


Sunday, May 16, 2010

Pisahkan agama dan kehidupan??

Bismillah wal Hamdulillah..

Alhamdulillah setelah lama tidak merajinkan diri menulis diruangan ini, akhirnya semangat itu datang juga hari nie..

Hari nie nak cakap pasal pe? Sepanjang peninggalanku, terlalu banyak perkara yg berlaku, teramat banyak perkara yg menjengah fikiran ini. Pelbagai isu yg dimain-mainkan samada oleh media cetak, media elektronik termasuklah dalam facebook, friendster dll.

Tapi semua tue berbalik pada diri kita yg menerimanya. Terima dengan hati terbuka, bukan hanya menyalahkan pihak tertentu. Ada yg mengatakan isu-isu yang dimainkan hanya untuk kepentingan 'politik'. Terpulanglah pada individu tersebut.

Bila berbicara mengenai politik atau isu yang menjadi perbalahan dua pihak antara kerajaan dan pembangkang, ada pula suara yang mengeluarkan "awak tue cukup umur dah ke nak masuk bab politik nie?" Mengapa ye politik ini disempitkan maknanya oleh segelintir masyarakat. Contah, isu judi yang di'halal'kan oleh pihak tertentu. Bukan kita bantah sebab yang meluluskan tue berlainan fikrah perjuangannya dengan kita, tapi ia berkaiatan dengan soal agama. Adakah salah kita bersama menunjukkan bantahan terhadap mereka yang bermain-main dengan hukum yang ditetapkan Allah. Atau mengkin kita sekadar melihat dan menutup telinga sebab 'takutlah nanti kena tangkap', 'alahh..kita nie bebudak je lagi' atau 'ishh..tue masalah diorang la, bukan kena mengena dengan kita'.. Andai nanti diturunkan bala, Nauzubillah, adakah kita akan selamat. Sebab 'konon'nya kita takde kena-mengena. Jika dipersoalkan diakhirat apakah usaha kita untuk menyelamatkan saudara-saudara Islam yang pemikirannya, perbuatannya, akhlaknya diperintah oleh mereka yang jahil. Adakah kita mahu menjawab 'aku hanya membutakan mata dan memekakkan telinga tetapi aku tetap berpegang dengan agamamu'' atau 'aku cuba sedaya upaya memberi kefahaman dan menyebarkan kebenaran kepada mereka yang berada disekelilingku'. Fikir-fikirkanlah. Allah tak melihat hasil pada usaha seseorang tapi Allah lihat usaha yang dilakukan.


rasulullah dah berpesan..siapa yg berpegang pada al-qur'an dan sunnah-nya TIDAK AKAN SESAT


Masa jalan-kalan tengok komen kat facebook, terjumpa status seseorang mengenai rasuah. Ada sorang pengkomen memberi pendapat (nie copy paste):


pada pndapat aku rasuah wajar d halalkan untuk menggalakkan pertumbuhan pembangunan dalam sesebuah negara..misal contoh,kita lihat daripada sudut ekonomi..kerajaan yg menerajui sesebuah negara terpaksa membuat pelaburan d pasaran gelap contohnya dgn mnjual snjata api,dadah,memperdagangkan manusia utk pelacuran dan sebagainya lagii..ini smua ... mendekatkan individu kpada rasuah..aku percaya even mlysia nie pun mesti ada sumber duit dari jalan gelap yg d gunakan atas nama tujuan pembangunan negara.. Presiden Filipina Gloria Macapagal Arroyo menerajui kabinet Filipina selama dua penggal..spanjang tmpoh itu,Filipina duduk ranking paling tnggi d kalangan negara ASEAN dalam msalah rasuah...Arroyo mengamalkan corak pntadbiran dgn menerima rasuah dan meluaskan cara ini d kalangan pnjawat awam ngara filipina..dia masih memerintah filipina smpai skarang...tue pndapat aku r...

Rasa nak nangis baca komen tuh. Inikah pandangan seorang remaja Islam? Begitukah hujjah yg perlu diikuti. Dimanakah hujjah dari warisan yg nabi tinggalkan iaitu al-Qur'an dan Sunnah baginda.

"Dan janganlah kamu makan hartabenda kamu di antara kamu de
ngan batil dan kamu ajukan perkara itu kepada penguasa (hakim) dengan maksud supaya kamu makan sebahagian dari harta orang lain dengan dosa, sedangkan kamu mengetahui." (al-Baqarah: 188)

"Allah melaknati pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam hukum." (HR al-Tarmizi, Ahmad & Ibnu Hibban)

"Termasuk memakan harta orang lain dengan cara yang batil ialah menerima rasuah/suap. Iaitu wang yang diberikan kepada penguasa atau pegawai, suapaya penguasa atau pegawai tersebut menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya, atau hukum yang merugikan lawannya menurut kemahuannya, atau suapaya didahulukan urusannya atau ditunda kerana ada suatu kepentingan dan sebagainya."
(Lihat al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof al-Qardhawi)

Wajarkah jika dilaknat Allah demi pembangunan negara. ohh. Inilah dunia~

Jalan-jalan lagi jumpa status yang beberapa pengkomennya(komen sesama sendiri) seolah-olah sedang marah kepada seorang hamba Allah yg mengatakan SESAT kat kwan/mereka sendiri yg pakai seluar pendek (kurang dari lutut). Jadi saya hanya copy n paste jawapan/kesimpulan dari seorang pengkomen bertanggungjawab:

Islam itu dah menetapkan dengan jelas bahawa aurat bagi setiap lelaki adalah dari pusat sehingga ke lutut jadi apa lagi yang perlu dipersoalkan lagi...adakah kita sebagai seorang yang mengaku beriman mahu menolaknya...bersyukurkah kita???

Firman Allah SWT surah 'al-Ahzab ayat 36' :
"Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan ... perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara - (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya ia telah SESATdengan KESESATAN yang jelas nyata."

contoh len dalam kitab 'SULLAM TAUFIQ' menjelaskan tentang org memakai seluar pendek...skali tidak fasik..sekiranya memakai melebihi 3 kali di hadapan org y tidak sepatutnye lihat akn menjadi FASIK..sekiranye dah fasik tidak boleh menjd wali nikah,saksi nikah,saksi hudud,saksi berjual beli dan sebagainye...


p/s (rasuah) : Mengapa perlu contoh dari selain al-Qur'an dan Sunnah Nabi? Bagusnya kita boleh bagi pandangan sesuka-hati. wahh. Hebatnya baru dapat nikmat berfikir, ikut sedap je nak luahkan.

p/s (seluar pendek): Dah taw hukum yang jelas,terang lagi nyata tapi masih buat. Bila ditegur marah, carut, maki. Si penegur pula kena. Mungkin caranya menegur tak patut, tapi sampai bila nak lakukan kesalahan yang sama sedangkan mereka itu jelasnya sudah taw hukum. Tukarlah cara berfikir. Jangan bila ditegur baru nak melenting dan sibuk nak menangkan diri sendiri. Sudah-sudahlah tue berbalah benda yang jelas halal dan haramnya.




p/s: (bnyaknye p/s huu). Bila ilmu agama dipisahkan dari kehidupan, inilah yang berlaku. Dah tak rasa takuuuut dgn azab Allah. Dah tak rasa maniiisnya syuraga Allah. Yang penting hidup se'enjoy' mungkin. Hidup jangan nak ikut budaya yang tah apa2. Hukum Islam tue indah dan sesuai dengan kehidupan sepanjang zaman. Jangan diperlekeh, jangan dipersenda dan jangan pandang rendah. Sesungguhnya untuk menyampaikan kebenaran itu sukar. Tapi seperti pepatah arab. Berkata benarlah walau kadangkala ianya pahit. Pepatah melayu pula: berani kerana benar!!

Ya Allah jauhkan kami dari azab-Mu~

Hamba ini masih kurang ilmunya. Minta teguran dan tunjuk ajar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails