Saturday, December 25, 2010

Suami isteri lihat anak peluk kekasih

Bismillah wal Hamdulillah.





KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.
Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.


Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.


Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.




“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya.


Sumber: Harian Metro

---------------------------------------------------



Setiap hari kita disajikan dengan berita-berita memualkan. Terkadang nak termuntah tatap berita-berita keruntuhan akhlak yang menjadi-jadi di Malaysia.


Dulu fokusnya hanyalah remaja. Sekarang kanak-kanak sudah mula mahu menjebakkan diri dalam kancah yang sama. Memeriahkan lagi suasana maksiat di Malaysia! Anda sedar tak? Di Malaysia.


Jadi, kenapa dengan Malaysia? Malaysia negara kita. Negara Islam. Jika bukan kita yang bertindak, siapa lagi? Warga Bosnia? Lubnan? Korea?


Wajarkah dengan berkata "Ah, biarlah. Nanti aku nak pindah tinggal di Negara lain". Wajarkah melarikan diri dari tanggungjawab. Membiarkan wabak maksiat ini memakan diri saudara-mara seislam kita. Allahu Rabbi.


Apa kaitan berita dengan gambar?


Sebab zina, mereka buang anak. Sebab menghampirkan diri kepada zina(couple sebelum nikah) mereka melakukan zina.

Menghampiri zina --> Zina --> Buang anak 

Mudah kan?

Ibu-ibu tersebut buang anak kerana tak mampu kewangankah? Tidak! Mereka buang sebab takut. Takut tembelang mereka berzina pecah. Tahu pun salah. Tapi kenapa masih lakukan juga?


Sebab takut hanya pada manusia. Takut hanya pada makhluk. Dimana taqwa? Dimana perginya takutkan Tuhan, Allahu Rabbi.

Tak rasa berdosakah membuat kemungkaran di atas bumi-Nya? 


Inilah risikonya bila Islam hanya dilaungkan tetapi tak diamalkan. Inilah risikonya bila kejayaan dunia diutamakan tetapi kejayaan akhirat diendahkan. 

Anda semua dah maklum. Terlalu banyak benda sama diucapkan. Selagi nafas mampu dihembus, selagi itu masih terbuka pintu taubat. Allahu 'Afuwwun Kareem. Dia Maha Pengampun.

Mari sama-sama kita jadikan Islam itu 'CARA HIDUP' yang digunapakai 24 jam sehari. Jadikan Islam itu meresap dalam jiwa bukan setakat pada nama. 


P/S: Pelik jugak bila hanya lelaki didakwa atas tuduhan rogol. Seronoklah perempuan bawah umur!


p/s 2: Pelik jugak bila ada mak bapak yang tak kisah anak bercouple, siap restu lagi. Tapi bila dah terlanjur, taw pulak nak marah!


Pelik2~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails