Sunday, March 21, 2010

Aku cinta kamu


Bismillah wal Hamdulillah..


Post ini adalah kesinambungan dari kisah sebelum nie.


"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya;

ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun;

(dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu;

dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)".

- Surah Luqman ayat 14.


Tima kasih pd member remaja masjid yg berkongsi kisah yg bermanfaat ini. Amat terkesan pd jiwa ini. Kepada empunya cerita, minta maaf paste cite saudara/i kat blog nie.Mungkin kisah nie dah lama atau ada yang dah pernah baca atau mungkin dah basi bg sesengah pelawat. Yang penting isinya masih segar dan masih berguna sehingga ke hari ini dan hari seterusnya.


Saban hari kita disajikan kisah anak derhaka. Bunuh, buang, dera, tinggal mak ayah. Kita marah, geram dan mengutuk manusia tak kenang budi tersebut. Tapi kebiasaan manusia sering tak nampak silap sendiri (termasuk diri yg menaip nie). Kita tak rasa dengan mengungkapkan "alaa, malas la mak. Jap lagi la" telah dikira derhaka. Ungkapan "ibu nie membebel je" sudah menjadi benda biasa yang kerap berulang-ulang di hati. Terkadang 'menghempas pintu' selepas ditegur ayah dirasakan perlu untuk menunjukkan tanda protes. Kita tak sedar sikap kita hampir sama dengan mereka yang sanggup membunuh mak ayah sendiri. Status kita juga mungkin sama dengan mereka yang 'derhaka'.



وقال تعالى :

فلا تقل لهما اُف ولا تنهرهما وقل لهما قولاً كريماً

الإسراء : 23



Sekali hati ibu tergores, adakah lagi peluang menjejak syurga idaman mukminin? Hanya dengan ucapan maaf dan linangan air mata di pagi syawal dapatkah merawat luka 11 bulan lepas dan bisakah memadam api neraka Allah kelak? Aku menulis bukan kerana SEDIH melihat mereka2 yang masih belum sedar dgn kelalaian tapi RISAU kerana aku adalah salah seorang dari mereka.


الجنة تحت أقدام الأمهات


Syurga di bawah tapak kaki ibu


Hadith diatas sangat masyhur dan sudah pun dihafaz dan diketahui ramai. Tapi berapa sangat bilangan mereka yang benar-benar berusaha menuju kearah syurga itu. Mampukah kita merasai nikmat syurga yang dijanjikan atau baunya pun tidak dapat kita hidu. NAUZUBILLAH. Renunglah. Penghormatan, layanan mesra dan perbuatan baik kepada ibu bapa bukan kerana hanya ingin terlepas dari siksa dunia. Sememangnya anak yang derhaka free Allah azab di dunia lagi. Tapi redha dari mereka yang ingin kita rebut. Kerana Redha Allah terletak pada Redha ibu bapa. Jangan salahkan orang lain andai zuriat yang diharapkan menjadi penyejuk mata, hanya tahu menconteng arang dimuka kita. Gara-gara layanan buruk terhadap ibu bapa sendiri, Allah sediakan balasan di dunia lagi. Tidak gunalah penyesalan sesudah itu. Hiduplah dalam kesengsaraan, kekecewaan dan cemuhan.


Berbaktilah ketika mereka masih ada. Hapuskanlah luka-luka dan parut-parut kerana kelalaian kita di hati ibubapa sementara mereka dan kita masih mampu bernafas. Andai takdir mereka pergi dahulu dan tak kembali lagi untuk mengampunkan dosa-dosa kita, doakanlah kesejahteraan mereka di alam baru. Semoga kita menjadi permata keluarga yang SOLEH dan SOLEHAH. Bangkitlah susun perjalananmu ke arah itu. Jangan berlengah. Kematian sudah makin hampir. Andai ibubapa kita meninggalkan kita dan dunia, biar mereka pergi dengan redha buat kita. Andai kita pergi dahulu, semoga airmata yang mengalir beriringan dengan redha dari mereka.


uhibbukuma jiddan jiddan
i love my mummy n daddy so much !!



post ini berwarna pink dan hijau khusus untuk ummi dan abi. ummi suke pink. abi suka hijua ( same wif me lah~)

sambungan je~ menghiburkan hati yg lara

Gambar2 malam makan sate kajang Haji Samuri dan pegi Putrajaya. Gambar-gambar yang bakal dipaparkan ini ada kena-mengena dengan yg hidup..:)



zati : yummy3~



Zati : kakak, knape kuah kacang ini rase cedap?
photographer : sbb tadi kakak yg tuang..ekeke
waiter : oiit! org penat2 masak kat belakang, dia lak dapat nama.



itulah tasek yang tenang~
tapi jangan disangka tiada buaya..hehe



kat dataran.
zati : haila..



adik-adik siapakah ini?
tolong mengaku dan bertanggungjawab~




terasa diri ini kerdil. Salah siapa? Salah photographer.




Nie je tempat terang bole amek gambar~
Jadila..



kekoyaan dan kepoyoan melanda pengunjung tasek~


Hadirin dan hadirat yg rasa tanak tengok gambar-gambar pilu ini sila tutup mata dan mulut ye...Sebelum saya tutupkan..timakasih~

Muntahlah kat tangan Amid nie :(

Bismillah wal Hamdulillah...

cerita yang amat mengayat hati dan memberi pengajaran yg amatttt mendalam bg seorang ANAK!!! hayateee~
17 tahun dulu.

PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

"Kenapa kau nak berhenti sekolah?"

soal saya.

Amid menundukkan kepala dan membisu.

Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.

"Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.

Amid nak jaga emak sampai akhir hayat,"

jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.

"isshhh. betul ke budak ni?

Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis,"

hati saya berkata kata.

"Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?"

pujuk saya lagi.

Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.

"Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak.

Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak,"

katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.

"Betul ke ni?"

soal saya masih tidak percaya.

"Betul,"

balas Amid pula tanpa ragu ragu.

"Suka hati adiklah,"

kata saya selepas lama termenung.

Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.

Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun.

Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.

Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.

Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu.

Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.

Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.

Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak.

Katanya,

biarlah dia tinggal bersama emak.

"Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak?

Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak?

Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat.

Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?"

"Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing.

Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL.

Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah,"

kata Amid kepada saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah.

Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur.

Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.

Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak.

Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu.

Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut.

Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak.

Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar.

Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.

"Kenapa mak?

Mak nak buang air ke?

Lapar? Mak nak minum?"

Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.

Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena.

Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi,

ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.

Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat.

Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.

Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya.

Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.

Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang.

Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.

Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri.

Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya.

Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah.

Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari.

Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.

Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah

untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.

Katanya pada saya,

buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.

Khamis 7 Oktober 2004

AJAL dan maut di tangan Tuhan.

Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya.

Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda.
Amid meninggal dipanah petir.

Ceritanya begini.

Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.

Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.
Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.

Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.

Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.
Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.

Tiba-Tiba.

prangggggg. tuuuuummmmt!

Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.

Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.

Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu.

Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.

Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata,

"Ya Allah. anak aku!"

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun.

Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.

Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid.

Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.

Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.

Sampai di sana...

"Ya Allah, adik akuuuuuu!!!"

jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.

Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali,

tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku.

Cerita Mek kepada saya.

ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia.

Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.

Cerita Mek,

mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.

Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada.

cerita Mek kepada kami lagi.

Pagi Jumaat 8 Oktober 2004

PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu.

Saya terma suk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.

Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin.

Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.

Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin.

Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin.

tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.

Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak.

Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau.
Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.

Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat.

Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta.

Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.

Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum.

Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya.

Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.

Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.
Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang.

Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya,

tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah,

pasti saya akan teringatkan sikap Amid. Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir lebih dua tahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak. Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.

P/S penghuni blog : nak ulas cket kat post lepas nie~





Friday, March 19, 2010

Berembun pula di Putrajaya~

Bismillah wal Hamdulillah...

Sekian lama tidak menjengah. Tidak berkesempatan menarikan jemari di atas papan kekunci laptop. Jari ini lebih diperuntukkan utk keypad handphone bg mereply message2 yang masuk. huhuh. Setelah beberapa ayat ditaip, mata memandang luar rumah. Mencari idea. *idea2 mari ke sini memenuhi ruang minda*

Malam tadi singgah bersantai di dataran Putrajaya, berhadapan masjid Putrajaya. Selepas menyantap sate Kajang haji Samuri. nyummy. Sangat ramai manusia malam tue. Malam jumaat keliwon. Nape ea? ntahla.. Sampai je adik suruh bawak main kat playground 'kapal'. Jom2. Bawak je la. Dah puas tengok mereka belari sana sini, adik Sanah ajak pegi tepi tasek. Memandangkan ada yang bole jaga budak2 kecik tue main, dgn berbesar hati kami pon pergi meredah kegelapan malam. Adik Amen pon ikut skali rupanya. Sempat berbisik kat adik " sebenarnya tak suka la pegi tasik nie, lagi2 malam camnie, mesti ada yg 'dating2' ". Sampai je berhampiran tasik, sudah dijangka mata akan dijamu pasangan2 dalam gelap. " tue suami isteri kot " Sanah berkata sekilas. " hurmm..ye la kot " kami berHusnuzzon. Aku berbisik lagi " alamak, kad pencegah maksiat tertinggal kat umah la. Kalu tak, boleh TERJAH diorang. hehe " kami gelak kecil. Hati rasa tidak sedap tapi keterujaan melihat keindahan dan ketenangan tasik terus membawa kaki mampir ke tasik tersebut.

أم خلقوا من غيرشئ أم هم الخلقون

(Surah Al-Thur: 35)

“Apakah mereka ciptakan tanpa pencipta, atau apakah mereka menciptakan diri mereka sendiri?"

Indahnya. Ikan-ikan berenang girang di air seolah-olah menyambut gembira kehadiran kami. Memandang langit yang hitam pekat, hanya beberapa butir bintang kelihatan berkelipan. Subhanallah. Begitu indah ciptaan Allah yang mampu mendamaikan hati, tapi ramai yang tidak menyedarinya. Keindahan gelap malam yang Allah kurniakan disalah guna. kerana gelapnya malam, usaha pecah pintu rumah selamat dilakukan. Kerana gelapnya malam, si perempuan menunggu pelanggan di kaki2 jalan,di lorong2 sempit dengan bayaran yang sgt mudah ; setin air minuman dan kondom!! Kerana sunyinya malam, berduyun2 motor beserta pemandunya cuba melawan fitrah memecahkan kesepian malam dengan aktiviti tidak berfaedah pd kacamata penulis yg dipinjamkan Allah ini. ASTAGHFIRULLAH. Allah. Allah.

Jangan Kau palingkan hatiku Ya Allah dari Agama-Mu,
Biarpun banyak persinggahan yg perlu aku lalui dan hadapi,
Permudahkan dan ringankan kakiku utk terus melangkah menuju Redha-Mu,
Andai aku berhenti melangkah krn lalai dgn ujian keseronokan dunia,
Tegurlah daku dgn Rahmat-Mu,
Aku insan yg sering lupa.

sambungan...Tiba-tiba kelihatan budak2 kecik datang menghampiri kami. Adik2 yang main kat kapal tadi datang. Suasana hening bertukar sedikit riuh. Tapi aku sukakan keriuhan ini. Suara adik2 tercinta menghiburkan hati yg gersang ini. Dah puas duk kat tasek kami pegi pulak kat dataran. Ramai manusia. Ada yang berkeluarga. Ada dengan kawan-kawan. Tak lupa yang bersama pasangan. Jalan-jalan tengok orang berbasikal, yang bergambar dgn aksi2 yg melucukan pastu tengok adik2 main sejenis permainan moden semestinya (berlampu+buleh terbang *tak tau apa namanya*)..huhu..

Sesudah penat+puas+haus, kami pun pulang. Tapi masih ramai lagi yang memenuhi ruang dataran.

:: emm,tak dapat nak upload gambar :( ::

Sunday, March 7, 2010

5 jam = 10 jam pebenda tue?

Bismillah walhamdulillah...

terasa ringan jemari kotor ini menaip. Tiadalah apa sangat yang ingin dikongsikan pada ruangan kali nie. Hari nie sehari suntuk hanya memenatkan diri duduk dirumah.tapi takpe ada yg menemani.huu.. Semalam pulak pegi kursus utk ujian memandu. 5 jam tue. kul 10 sampai kul 5(rehat 1 jam). Tapi kul 8.30pm dh pegi. Awal sungguh. Kepala sakit sangat sebab tahan ngantuk masa dengar ngomolan cikgu yg berceramah. hehe.. maaf cekgu Din. Tapi cekgu mmg lawak la. Sambil2 tahan ngantuk kena pulak tahan gelak. aduss. Best betul tengok sorang akak bkn melayu tue(rasenya bukan melayu sbb muka cam org puteh+slang melayu+speaking), dia punya gelak memang tak tertahan diri ini mendengarnya.hak3. Rasanya kalu boleh kuat,mesti lagi kuat dia ketawa. Cayala akak,menghidupkan 'suaasana seepi'(ala2 lagu 'bila larut malam')..

Meh den ceghito skit masa kat driving school tue. Pagi tue kelam-kabut bangun. Dengan baju tak iron lagi,sarapan tak lagi.(mcm xde kantin kat sane). Jimat sikit duit kan. Sambil2 breakfast tue,intai2 kot cekgu yg nak dtg amek tue datang. Cekgu tue kawan abi,punye la dgn sedap hatinya ingat perempuan sekali datang lelaki ghopenye. Encik Azam. Ikut je la kan takkan tiba2 tak nak pegi. Jauh pulak tempat blaja memandu tue. Banyak la yg kami bualkan sepanjang dlm keta
(bual la sgt..mcm sesi soal jwb jer rase..huhuh). Sesampainya tempat tue, tak ramai manusia yang ada,kebetulan hujan lak tue. Bila masuk pejabat dia nak daftar rasa cam ada kelainan sikit. Pe ea? Tunggu......perenggan seterusnye. Wee~

Nak kena bagitau dulu la,dulu penah dah dapat 'L' tapi tangguh2 sampai burn. So kena wat baru, td wat kat tempat lain la. Iaitu yg semalam penulis pegi tue la, Metro Driving Academy,Puchong. Baru boleh citer, masuk kat office tue rasa best sbb cantik je tengok. Tak macam kat tempat sebelum nie. pastue pekerja dia semua melayu,tue yg mengagumkan dahla manis2 muka dgn senyuman. pas2 ada yg berkopiah bersongkok. Yang perempuan bertudung walaupun ada yg tak ikut syariat. Cuma apa yang penulis ingin cakap nie,2 suasana yg cukup berbeza. Kalu tempat sebelum nie, dimonopoli oleh cina,siap kat dinding dia ada frame besor gambar pakcik cina mana tah. Jadi,rasa bersemangat nak belajar dan lulus dgn cemerlang pastinya.

Disebabkan awal sangat datang, kena la tunggu lebih kurang sejam untuk masuk ke dewan. Nak makan, dah breakfast tadi. Jadi keputusan sebulat suara(padahal sorang jer) diambil untuk duduk di surau je. Masuk tue jumpa sorang cik nie. Bertegur sapa lah kami. Muda je nampak cam student, rupanya keja dah umur 28tahun. Bukan cik Liza tau, Puan Liza. Baru kahwin lebih kurang setahun. Sembang punya sembang. Peramah akak nie. Banyak benda aku belaja dari dia terutama pasal 'lelaki'. huhu.. Nak citer tapi kerajinan tue belum menjelma. len kali ek. lebih kurang 20minit pastue, sorang lagi makcik masuk. Nak kata makcik pon tak kot. katanya umur hampir 40 tahun. Apapun tak ingat nama akak tue. Kak Ina kot.suke hati je reka.huhu.. Akak nie pon ramah gak. Hari nie dia masuk bengkel so dia kata takut sikit la. Dia cite masa amek ujian berkomputer dia nangis sebab tak boleh bukak komputer tue.hik3. akak..akak.. Alhamdulillah dia lulus, berkat nangis tue.

Lepas tue kami berpisah membawa diri dan hati masing2. ceewah~ Masuk dewan. wow! Chantek dewan nie. Subhanallah..ingat, semua tue dari Allah. Bermulalah ceritera aku dgn cikgu Din tak lupa pelajar2 lain. Dia tak perkenalkan pun diri dia tapi aku dengar masa ada pegawai panggil dia. hebat betul telinga kurniaan Allah nie. Umurnya mengikut perkiraanku dalam 33 tahun. Dah kahwin ke belum..ahah..tidak pula daku mengetahuainya.. 5 jam mengadap muka cikgu Din, akhirnya tamat jua kursus yg kali kedua aku hadiri. Baguskan. Org pegi sekali, aku pegi 2 kali. 10 jam tue.

Balik En. Azam hantar, kali nie ada isteri dgn anak dia. Takda la kekok sgt. Borak2 isteri dia pun kos IRK tapi mase main campus kat PJ lg. Ikut Taman Mas. Aku jadi penunjuk jalan tak bertauliah dengan sesedap rasa ikut je gerak hati ini. Nasib tak sesat kira teror gak la walaupun tak pernah nak amek tau pasal jalan2 nie. ops~. Astaghfirullah. Riya' ke..

Sampai sini la dulu. Adeh tadi cakap takda apa sangat tapi terpanjang lak. Bukan nak sangat org baca, sekadar ingin mencoretkan agar tidak hanya tersimpan sementara di hati. Bila kulit gatal kena la garu, kalu jari gatal kena la menaip.huhuh. Buat falsafah sendiri. Nak cite pulak malam tue pegi forum maulidurrasul anjuran Lembaga Zakat Selangor. Tapi post lain pulak la ye.
Terima kasih sudi meluangkan masa. Jazakallahu khairan kathiran.

Friday, March 5, 2010

Berembun di PKNS Shah Alam

Bismillah walhamdulillah..

Malam rabu yang lalu kalau tak silap (maklumla duk umah je hari pun sampai tak perasan) penulis bersama ummi dan adik ke PKNS Shah Alam. Bukanlah hajat nak shopping pun saje jenjalan. Kebetulan abi ada meeting dekat2 situ. Lepas puas jalan2 (jalan2 pon kuar duit,pelik! huhu~) pegi pulak makan. Pukul 9 lebih kedai-kedai dah mula tutup,ruang2 mula sunyi dari manusia. Sempat penulis berkejar ke kedai buku marwilis sekadar untuk melihat-lihat. Masih bukak lagi,Alhamdulillah. Lepas satu,satu buku dibelek. Rambang mata. aduss. Hajat tak nak beli tapi fikir2 duit ada la kalau nak beli sebuah buku. setelah hampir setengah jam memuaskan mata dengan membelek buku,akhirnya nekad beli satu buku nie 'belajar dari para wali' tulisan Wan Ji Wan Husin. Bahaya betul kalu masuk kedai buku,jarang la kalau keluar duit tak berkurang. hehe.. Tapi bila memikirkan manfaatnya untuk seumur hidup,tak pernah timbul rasa menyesal. setelah itu, penulis pergi mendapatkan ummi yg sedang menunggu dgn adik2. Seram sebab laluan dah mula gelap,lampu2 banyak dah dipadamkan. Tinggal lampu mcD je masih menyala. Tapi pelik dalam gelap tue ada jugak org yang duduk. Berduaan lelaki dan perempuan. Gelak2 ketawa. Amboi,seronoknya. 'dah kahwin ke belum?' Bukan hendak bersangka buruk, tapi kalau dah kahwin, balik je la umah, bergurau senda kat umah. Aishh..

Hampir sejam tunggu abi tak sampai-sampai. Pemandangan yg tak ingin dilihat muncul berganti-ganti. Sakit mato den nie ha. Hati d
en laie sakit!! Malas nak layan, buku yg dibeli td ditatap walaupun tak dapat fokus btul2 pd pembacaan. Meh nak citer sikit pemandangan "indah" yg penulis nampak. Bukan nak mengata tp sekadar luahan. Mula2 sekumpulan lelaki buat bising sambil2 kacau org lalu-lalang. Gaya pelik2 konon 'ada style' la. pigi da! Sabor je la. Pastue,berkurang sikit-sikit. Pastue, lalu pasangan2 sepasang demi sepasang. Mata makin sakit, nak kena guna 'permata hijrah' nie. huhu.. promot jap. Kemudian, ada satu pasangan nie kemain seronok bergurau siap lari2. Elok lalu depan hamba yg sedang sakit mata nie. Tanpa disangka-sangka, mata yg sakit nie sempat renung tajam pasangan tue. Kebetulan yg perempuan tue pun nampak, sengih2. Yg laki tue tak perasan plak. Geram betul. Pakaian pompuan tue lagi seksa dari cina. Dari percakapan diorg confirm mereka melayu. Islam ke tak? Wallahua'lam. tak sempat nak tanya. Beberapa minit lepas tue, abi pun sampai. woahh~ Lega sikit. Dalam fikir sempat lagi pikir perkara tadi. Lemahnya iman aku. Lemahnya!

Daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.
[Hadith riwayat Imam Muslim]

sekadar hiasan~

pengaruh artis dan filem!!

Manusia yg gila~haha

Bismillah walhamdulillah...

ambo kelih2 berito..macam2 berita yg tak enak menerjah telinga..

yg pertama,budak 8 bulan mati dipijak. Astaghfirullahal'adzim. Lupa dah sape punya kaki yg begitu ringan pijak budak sekecik tue. Ada pasangan yg tunggu bertahun-tahun nak dapat zuriat tapi ada jugak makhluk yg dikurniakan aqal sanggup membunuh hanya kerana nafsu. tak silap yg membunuh tue bukan ayah kpd bayi tersebut. manusia makin melampau.

Yg kedua, seorg lelaki cina dibunuh gara-gara kesilapan dijalanraya. manusia dah tak boleh nak bersabar sikit pun. Kenapa sampai perlu membunuh? Bukankah banyak cara yg terbaik untuk menyelesaikan masalah.

Da 3rd one, nie berita yg 'kunun'nya membanggakan Malaysia. Le Tour D'Langkawi. Sorang rakyat Malaysia dpt 'terbaik Asia'. Namanya..aish3..luper lagi..banyak nau makan semut. Tak nafi memang kita patut berbangga dgn sukan di Malaysia yg makin hari makin meningkat. Pepatah arab pun ada sebut 'العقل السليم في الجسم السليم' 'akal yg cerdas pd badan yg sihat'. Tapi sedih bila tengok pakaian yg dipakai oleh mereka. Hanya berseluar pendek atas lutut sedangkan Malaysia cukup berbangga dgn status "negara islam", takkanlah rakyatnya masih belum faham dengan hukum-hakam sebegitu. Pastue pakaiannya ketat2 bukan shj wanita malah lelaki. Jadi penulis terfikir. Kalau sukan tak boleh ke pakai pakaian longgar dan tutup aurat. hmm. Sepanjang pengalaman penulis, pernah je tapi amat sikit yg bersukan mengikut syariat. Teringat Hadith nabi:

Hadis shahih Muslim no 2004 dan 2437
Dari Abu Hurairah ra katanya Rasulullah saw bersabda: “Ada dua macam penduduk neraka yang keduanya belum kelihatan olehku.

(1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor sapi, yang dipergunakannya untuk memukul orang.

(2) Wanita-wanita berpakaian, tetapi sama juga dengan bertelanjang (karena pakaiannya terlalu singkat, terlalu tipis atau jarang, terlalu ketat, atau pakaian yang merangsang lelaki kerana sebahagian auratnya terbuka), dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan punuk unta (disasak). Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk surga. Padahal bau surga dapat tercium dari jarak yang sangat jauh.

cuma disini penulis rasakan,bukan sahaja perempuan malah lelaki termasuk dalam hadith nie. Wallahua'lam.

berita yg lain2 tak dapat la penulis huraiankan,nie antara yg dapat menarik minat untuk dikongsikan. Pikir-pikir la ye.

Tuesday, March 2, 2010

Jangan jadi pak turut !!


Bismillah walhamdulillah...

JANGAN kamu JADI PAK TURUT WAHAI KAUM MUSLIMIN

"Daripada Huzaifah Bin Al-Yaman R.a bahawa Rasulullah s.a.w bekata:"Janganlah kamu menurut tanpa meneliti , kamu berkata ,jika orang berbuat baik ,kami akan turut berbuat baik, dan jika mereka membuat zalim, kami juga akan berbuat zalim. Tetapi hendaklah kamutetapkan hati dan biasakan diri-diri kamu,jika orang berbuat baik kamu pun berbuat baik,jika mereka melakukan kezaliman, kamu janganlah berbuat demikian."

(Riwayat Tirmizi)

Pengajaran

1.Menurut secara membuta tuli pada perkara-perkara yang buruk adalah dilarang dan tidak sesuai dengan semangat islam.

2.Hendaklah sentiasa menggunakan akal fikiran sebelum bertindak.

3.Mengikut dan mematuhi orang-orang yang baik dan perkara-perkara kebajikan adalah dibenarkan, walaupun tidak difikar dan diteliti terlebih dahulu, kerana ia adalah jalan mudah menuju kebaikan dan kesejahteraan.

4.Mengikut perkara-perkara yang buruk dan jahat adalah dilarang sama sekali kerana ia akan merosakkan diri sendiri dan masyarakat.

5.Biasakan diri berfikir dan meneliti sesuatu supaya memiliki peribadi yang kuat, bijak bertinak serta kewibawaan dan keupayaan dalam melaksanakan sesuatu perkerjaan .

Al-Qur'an pembela di Akhirat

Bismillah walhamdulillah...

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT



Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

layakkah aku ke syurga-Mu itu?


Bismillah walhamdulillah...

Selalulah Mengingat Syurga Yang Luasnya Melebihi Langit Dan Bumi

“Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.”

((QS. Asy-Syura: 20)

“Sekiranya dunia ini bernilai seperti sebelah kepak nyamuk sekalipun nescaya Allah tidak akan memberi seteguk air pun pada orang kafir tapi oleh kerana dunia ini tiada langsung nilai walau sebelah kepak nyamuk pun maka Allah memberinya kepada orang kafir dan orang yang melampaui batas”

(Riwayat Tirmidzi)

Jika selama di dunia ini anda menderita kelaparan, jatuh miskin, sentiasa dilanda kesedihan, menderita penyakit yang tidak kunjung sembuh, selalu mengalami kerugian atau diperlakukan secara zalim, maka ingatkan diri anda pada kenikmatan syurga yang lebih kekal abadi. Apabila anda benar-benar meyakini jalan ini dan mengamalkannya dengan benar, nescaya anda akan mampu merubah setiap kerugian menjadi keuntungan dan setiap bencana menjadi nikmat.

Orang yang paling berakal adalah yang sentiasa melakukan sesuatu untuk akhirat dengan keyakinan bahawa akhirat itu lebih baik dan kekal abadi. Sebaliknya, manusia yang paling bodoh di dunia adalah mereka yang memandang dunia ini sebagai segalanya: tempat dan tujuan akhir dari semua harapan. Kerana itu, tidak menghairankan bila anda melihat mereka adalah orang-orang yang paling gelisah ketika menghadapi suatu musibah dan paling mudah hanyut dalam penyesalan saat malapetaka meragut semua milik mereka.

Itu semua, tidak lain disebabkan mereka hanya memandang, memikirkan, mementingkan dan hanya berbuat segala sesuatu yang berkaitan dengan urusan kehidupan dunia yang sangat singkat, fana, dan tidak bernilai ini.

Bahkan, mereka seolah-olah tidak rela sedikitpun keceriaan dan kegembiraan mereka di dunia ini dikotori dan terusik oleh hal apapun. Padahal, seandainya mereka melepas tabir kesedihan yang menutupi hati mereka dan membuka penutup kebodohan yang menempel di mata mereka itu, nescaya mereka akan berbicara kepada jiwa mereka tentang masih adanya tempat tinggal yang kekal abadi (akhirat), pelbagai kenikmatan di dalamnya dan juga tentang istana-istananya yang megah.

Lebih dari itu, mereka juga akan sentiasa terdiam serius mendengarkan penjelasan-penjelas an wahyu Allah SWT tentang alam lain yang lebih kekal abadi. Dan sesungguhnya demi Allah alam itulah yang sebenar-benarnya tempat kembali yang layak untuk diperhatikan dan diraih dengan usaha yang keras.

Pernahkah kita merenungkan secara mendalam bahawa sesungguhnya para penghuni syurga itu tidak akan pernah sakit, tidak mungkin bersedih hati, tidak bakal mati, tidak pernah menjadi tua dan pakaian mereka tidak akan lusuh sedikitpun? Pernahkah kita menghayati wahyu Allah SWT yang menyatakan bahawasanya para penghuni syurga itu akan menempati istana-istana yang bahagian luarnya terlihat dari dalam dan bahagian dalamnya terlihat dari luar?

Pernahkah kita mengingatkan diri kita dengan kebenaran berita Allah SWT yang mengatakan bahawa di syurga terdapat semua hal yang tidak pernah dilihat oleh mata, terdengar oleh telinga dan terdetik di dalam hati manusia?

Cubalah anda renungkan khabar Allah SWT yang menyatakan bahawa sebatang pohon di syurga tidak akan selesai dikelilingi oleh seorang pemandu kenderaan selama seratus tahun lebih. Ingatkan pula diri anda bahawa panjang sebuah khemah yang didirikan di syurga dapat mencapai tujuh puluh batu lebih, sungai-sungainya mengalir dengan deras, istana-istananya sangat indah dan megah, buah-buahannya tergantung rendah hingga mudah dipetik, mata airnya mengalir deras, takhta-takhtanya yang tinggi, gelas-gelasnya teratur rapi, bantal-bantal sandarannya tersusun rapi dan permadani-permadani nya terhampar luas.

Demikianlah, anda sepatutnya selalu mengingatkan diri sendiri bahawa di syurga itu terdapat kesenangan yang sempurna, kegembiraan yang agung dan semerbak wangi yang membuai hidung. Dan penjelasan tentang semua keistimewaan syurga itu tidak akan habis dalam waktu sesingkat ini. Ini kerana di dalam syurga terdapat pelbagai keinginan yang pasti dikabulkan. Maka dari itu, mengapa kita sering lupa memikirkan semua itu dan berbuat segala sesuatu untuk meraihnya? Renungkanlah!

Apabila tujuan akhir dari perjalanan seorang manusia adalah tempat yang kekal abadi ini, nescaya setiap bencana akan terasa ringan, pelbagai beban kehidupan akan membuat mata tetap bersinar dan semua kesengsaraan hidup tetap dapat dijalani dengan riang hati.

Maka dari itu, wahai orang-orang yang merasa sedang dilanda kemiskinan, diliputi kesusahan dan dililit berbagai macam kesulitan, teruslah berbuat kesolehan. Dengan begitu, nescaya kalian akan tinggal di syurga Allah, berdekatan dengan-Nya dan sentiasa mensucikan nama-nama-Nya.

“Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu”

(QS. Ar-Ra'd: 24)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails