Tuesday, January 18, 2011

Buat keputusan cara kelakatu

Bismillah wal Hamdulillah..


Jadi hari ni saya nak kongsikan mengenai... (kerut-kerut dahi fikir idea)


Ok la, saya rasa nak bedah lirik lagu. Wow! 


Maksudnya kita kupas lirik lagu. InsyaAllah kupasan ini akan diadakan secara berkala (ikut kelapangan saya yang konon busy nih).


Saya terfikir nak buat kupasan ni sebab kebanyakan orang dengar lagu sekadar berhibur. Sebenarnya dalam lirik lagu ni banyak pengajaran yang boleh diambil. Jika dikembangkan, terlalu banyak input berguna. Takda la kita berhibur kosong walaupun dengar lagu nasyid.


Lagu pertama yang menarik perhatian saya;


Hidup bagaikan kelekatu
Terbang gelap malam 

Aku resah dalam kegelapan
Mendamba sinaran cahaya berlimpahan
Nyala nyala nyala yang diharap
Umpama rembulan penuh keindahan
Sayang hanya lampu di jalan
Panas bahang lantas terbakar
Lalu mati

Hidup ini medan kau beradu
Entah untung entah rugi
Pujuk nafsu selalu menipu
Kadang hati kadang tak pasti
Gagah mentafsir makna
Itu ujian ataupun musibah

Hidup bagaikan kelekatu
Terbang gelap malam aku resah
Dalam kegelapan
Mendamba sinaran cahaya berlimpahan
Nyala nyala nyala yang diharap
Umpama rembulan penuh keindahan
Sayang hanya lampu di jalan
Panas bahang lantas terbakar
Lalu mati

Tandus rasa hilang hidayahnya
Sepi dari titis rahmat

Layu hati dihembus pawana
Tinggal hanya kalbu yang usang
Kosong tiada sinaran iman di jiwamu
Pudar samar bintang bulan mula timbul
Hancurlah runtuhlah segala angan indah
Rona-rona bagai sang dunia
Kerana jalanmu tidak pun wujud
Makin kejar makin menjauh
Kadang jatuh kadang tersungkur
Hingga lara

Hidup ini medan kau beradu
Entah untung entah rugi
Pujuk nafsu selalu menipu
Kadang hati kadang tak pasti
Gagah mentafsir makna
Itu ujian ataupun musibah

Arasy dunia
Arasy dunia



Lagu nyanyian Hafiz Hamidun feat. Ali XPDC. Bertajuk 'Arasy Dunia'.


Saya tak upload masuk video atau audio untuk lagu sebab tak nak suap semua. Kalau nak dengar boleh cari sendiri (walhal internet lembab nak upload). Hehe..


Lagu nie berentak Rock. Yela tengok la berduet dengan ahli kumpulan XPDC lagi tu. Sekali dengar agak pening jugak la kepala. Lagi-lagi macam saya yang tak boleh terima sangat lagu berentak batu keras ni.


Tapi bila dihayati bai-bait liriknya, ada maksud yang mendalam terjunam. Mereka guna analogi kelakatu dengan kehidupan manusia. Sangat menarik. Kelakatu, tak tahu apa? 


Analogi kelakatu
(Paling lemah nak bagi penerangan berbentuk fakta)
Kelakatu ni serangga yang berkumpul pada tempat yang terang. Selalunya (tak semua tempat ada) bila hari sudah gelap, kelakatu akan berterbangan sekeliling lampu. Tak kisah la, lampu ruang tamu, bilik atau lampu jalan. Asalkan ada cahaya. 


Nur.. Nur.. Ainan-Nuur.. ;D


Kita tahu kan, mentol yang menyala semestinya panas. Kalau kita nak bukak mentol yang baru menyala pun alas guna kain. Boleh bayangkan bila kelakatu ni berebut nak rapat dengan cahaya tu dengan tubuh yang kecil dan lemah. Akhinya mati begitu sahaja. Keesokan harinya, bertebaran la di lantai bangkai-bangkai sang kelakatu yang takut gelap. Hee..


Teringat masa menjebakkan diri dalam satu program perkhemahan dulu. Dewan solat sangatlah banyak kelakatu, bila habis solat semua kibas-kibas baju dan telekong. Kemudian, kami berzikir selepas solat dalam keadaan gelap-gelita! Romantik dan insaf~


Kehidupan kelakatu dan manusia
Jadi cuba kita kaitkan dengan kehidupan manusia. Adakah kita mahu jadi seperti kelakatu?


Tanpa berfikir panjang mereka menghancurkan diri sendiri. Mengharapkan cahaya sang bulan untuk menerangi hidup, tetapi tersalah pilih lampu-lampu kalimantang yang berbahang.


Begitu juga hidup manusia. Kita semua mengharapkan "cahaya" untuk menerang hati bagi menyuluh jalan kehidupan yang suram dan gelap tanpa cahaya. Tapi kita sering tersalah memilih solusi. Kita buat keputusan melulu tanpa panduan yang betul. 


Allah ciptakan kelakatu bukanlah sia-sia. Melainkan untuk kita berfikir. Setiap yang Allah jadikan, tentulah ada hikmah disebaliknya. Kelakatu itu makluk yang tidak beraqal. Tapi kita manusia diciptakan sebaik-baik makhluk malah dikurniakan aqal untuk menimbang baik buruk sesuatu perkara. 



 Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (Ulul Albaab).

     (Iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daris siksa neraka.

[Ali Imran: ayat 190-191]



Manusia dan keputusan
Dalam kehidupan ini, terlalu banyak keputusan yang perlu dibuat. Sama ada keputusan kecil atau besar.  Untuk membuat keputusan, kita perlu berfikir. Selain itu, perlu kemahiran dan cara yang betul. Disini ada beberapa tips untuk membuat keputusan. Antaranya;



1. Tenangkan Fikiran
Tenangkan fikiran dan jangan bertindak di luar kawalan seperti menjerit, menumbuk dinding, minum arak, memandu kenderaan dengan laju dan sebagainya. Fikiran yang tenang penting agar kita dapat berfikir dengan waras tanpa menurut gerak hati yang mungkin akan menambahkan lagi kerumitan.

2. Kenal Pasti Masalah Sebenar
Fikirkan perkara yang menjadi masalah sebenar. Cuba ingat sama ada anda pernah menghadapinya ataupun pertama kali. Jika pernah, ingat kembali keputusan yang telah dibuat dan kesannya.

3. Kenal Pasti Pilihan
Fikirkan semua pilihan2 yang ada. Cuba cari seberapa banyak pilihan yang boleh dibuat.

4. Mengkaji Baik Buruk Pilihan
Ingat! Setiap pilihan mempunyai kesan yang baik dan buruk kepada diri atau orang lain. Oleh itu, setiap pilihan perlu dikaji dengan teliti. Fikirkan sebanyak mungkin segala kesan baik dan buruk yang mungkin terjadi jika pilihan itu diambil.

5. Membuat Pilihan Terbaik
Setelah mengkaji baik buruk setiap tindakan, buatlah pilihan yang terbaik dan positif. Pastikan keputusan yang dipilih benar2 mampu untuk anda laksanakan dan jangan menyesal dengan keputusan anda. Keputusan yang telah diambil hendaklah dilakukan dengan penuh keyakinan.

6. Tegas Dengan Keputusan
Yakinlah bahawa keputusan yang dibuat adalah betul. Anda perlu tegas dengan keputusan anda dan jangan ikut kata orang. Jangan mudah berubah. Kesabaran amat penting setelah membuat keputusan agar anda tidak akan kecewa.

7. Nilai Semula
Apabila anda telah melaksanakan keputusan yang diambil, lihat kembali kesan-kesan yang berlaku. Adakah sama dengan apa yang telah dikaji atau terdapat kesan lain yang tidak tersenarai? Simpan catatan anda untuk dijadikan rujukan jika anda menghadapi perkara yang serupa pada masa akan datang.

Khulasah
Jangan terburu-buru dalam membuat keputusan terutama keputusan yang melibatkan perkara-perkara besar. Takut kita merosakkan masa depan sendiri. Minta petunjuk dari Allah agar tidak silap memilih jalan. Rujuk pada mereka yang pakar dalam membuat keputusan perkara yang melibatkan syara'. 

Arghh.. Mana satu ni??


Terkadang, ada juga keputusan yang memerlukan jawapan segera. Disini pentingnyanya tawakkal kepada Allah. Kalau ilmu tak cukup, jangan pandai-pandai hukum sendirik ya!

 فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللّهِ إِنَّ اللّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. 

Semoga apa jua keputusan yang dibuat tidak lari atau terpesong dari Islam. Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya. Jangan pernah membelakangi Dia dalam hal-hal kehidupan. Sentiasa bermunajat pada-Nya agar apa saja keputusan yang kita ambil adalah ilham dan mendapat pertolongan dari Allah.

Wallahua'lam. ^_^



P/s: Alhamdulillah, daripada sebuah lagu macam-macam boleh dihuraikan.

1 comment:

Trx said...

waa betul2 kena bedah lagu ni..memang cukup2 kupas ea..lagu ni memang ok..tapi tak pernah pon terfikir nk 'operate' lagu ni..hehe.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails