Monday, June 6, 2011

Maaf kerana saya sombong

Bismillah wal Hamdulillah.


Something to share..


Dulu masa kecil, kalau sebut 'ruler' mesti kita fikir pembaris.


"Minah, nak pinjam 'ruler' boleh?" Wah speaking English tuu.


Tapi sekarang, kalau sebut 'ruler' mungkin juga maksudnya penguasa atau pemerintah atau yang menjalankan undang-undang.


Perasan tak. Bila makin banyak kita belajar, baru sedar sebenarnya banyak kita tak tahu.


Dulu, masa sekolah rendah belajar solat. Apa ustaz atau ustazah ajar, kita ikut tanpa persoalkan apa-apa.


Masuk sekolah menengah, kita belajar dalam solat ada perkara wajib ada perkara sunat. Sunat ab'ad, sunat muakkad. Baru kita tahu, baca qunut waktu solat subuh adalah sunat.


Makin tinggi belajar, kita dapat tahu pulak ada pelbagai pandangan mazhab. Ada yang kata perkara tu sunat, ada yang kata makruh, ada yang kata haram.


Lepas tu, mulalah kita berdebat. Isu kecil je. Ulama' pun tak berdebat. Mereka saling menghormati pandangan. Kita pulak yang sibuk nak menangkan. Rasa kita saja yang faham ye?


Hm, kenapa kita rasa makin hebat makin sombong dengan ilmu yang seciput tu. Bandingkan dengan ilmu Allah Yang Maha Luas. Dia Maha Mengetahui segala yang nyata dan yang ghaib. Siapa kita nak rasa bangga diri.


Jom muhasabah.



"Katakanlah: "kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habis lah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)". (Al-Kahfi : Ayat 109)


Cuba celupkan satu jari dalam lautan, air yang tersisa dijari itu sahaja ilmu kita. Berbanding lautan ilmu Allah. Allah..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails