Tuesday, August 9, 2011

Apa khabar Palestin?

Bismillah wal Hamdulillah.


Alhamdulillah. Sebentar tadi berkesempatan menunaikan solat taraweh berimamkan Syeikh Amir. Salah seorang hafiz Palestin yang didatangkan oleh Persatuan Ulama' Palestin. Bacaannya agak sayu berbanding imam-imam arab yang kebanyakannya nyaring dan lantang. 


Bagaimana kehidupan Ramadhanmu wahai saudara seaqidahku di sana? Saudara di Palestin, di Chehnya, di Libya dan terkini di Somalia. Kami di sini beribadah tanpa halangan tetapi terkadang timbul rasa berat, penat dan malas. Sedangkan kamu di sana dihalang untuk bergembira menyambut Ramadhan. Itu pun kami masih tak prihatin sepenuhnya. Allah!


Sebelum tarawih,  didatangkan seorang sukarelawan yang bersama dalam kapal Mavi marmara tahun lepas (tak sempat dengar namanya). Jadi dapatlah informasi terkini mengenai rakyat Palestin dan keadaan Baitul Maqdis di sana.



مَنْ لَمْ يَهْتَمَّ بِأَمْرِ الْمُسْلِمِيْنَ فَلَيْسَ مِنْهُمٌ وَمَنْ اَصْبَحَ وَهَمُّهُ غَيْرَ اللهِ فَلَيْسَ مِنَ الله.
( رواه الطبراني)
Maksudnya : “Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”.

Banyak yang dikongsikan. Diceritakan bagaimana puak zionis sebenarnya sangat penakut dan pengecut walaupun mempunyai kuasa dan senjata yang kuat.

Ada beberapa kereta kebal Zionis  ditawan, yang peliknya pemandu kereta kebal tersebut masing-masing memakai pampers (lampin pakai buang). Bila ditanya kenapa pakai pampers, jawab mereka kerana takut jika dikepung oleh penduduk Palestin dan mereka tak dapat keluar. Jadi mereka melepaskan hajat hanya didalam pampers. Lihat betapa mereka ini sebenarnya PENGECUT!

Sedangkan kita tahu, penduduk Palestin tidak berbekalkan apa-apa senjata melainkan batu-batu kerikil kecil. Tapi mereka ada senjata TERKUAT dan TERHEBAT yakni DOA.

Tetapi, apa yang menyebabkan puak Zionis laknatullah ini berani?  Mereka berani sebab KITA. Kita yang bekalkan senjata untuk kita. Cuba masuk satu kedai, ambil 10 barang. Kebanyakannya barang yang diambil adalah produk mereka. Astaghfirullah. 

Boikot. Boikot. Hanya sementara. Kesakitan ummat di negara Islam lain terus dan berpanjangan. Usahalah untuk elakkan mengguna produk mereka. Istiqomah. Terutama produk yang dah jadi kebiasaan. InsyaAllah ada hasil sebaliknya. Sokong produk Islam kita. Lebih yakin dengan kehalalan dan kesuciannya.

Saya tertarik dengan ucapan terakhir dari sukarelawan dari Malaysia tadi. Berita baik buat kita semua. Tidak akan berlaku Qiamat sebelum semua yahudi akan dibunuh. Batu-batu dan pokok akan bekerjasama dengan kita untuk membunuh Yahudi. Mereka tidak akan dibenarkan sembunyi dibelakang mereka. Subhanallah.  Janji Allah itu benar. Ianya satu semangat dan motivasi bahawa Islam akan MENANG. Masanya akan tiba.

Tetapi usaha WAJIB diteruskan. Kerana nanti Allah akan tanya apa sumbangan kita terhadapa saudara seaqidah yang dizalimi. Allah akan tanya apa usaha kita untuk bantu membebaskan al-Aqsa yang bila-bila saja akan dirobohkan.

Untuk akhirnya, saya petik kalam suci dari Ilahi buat menyiram hati-hati kita.

Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebaikan dan berkata, “Sungguh aku termasuk orang Muslim(yang berserah diri)?. Dan tidaklah sama kebaikan dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia. Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar.[Fussilat: 33-35]


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails