Bismillah wal Hamdulillah.
Wah wah tajuk tak nak kalah~
Ini sebenarnya kisah lama. Beberapa tahun lalu. Terjumpa dalam folder laptop. Saya kongsikan buat tatapan kita bersama. Maga ada manfaat~
Kerap kali bermain di benakku mengenai satu persoalan yang
terkadang mengundang jelek di hati ini. Pernah juga terasa perbuatanku
seolah-olah satu kesalahan atau mungkin perkara yang tidak patut dilakukan.
Pertama kali perasaan ini wujud tatkala aku berjalan untuk membeli barang
dengan salah seorang roommateku. Dia yang lebih selesa dengan t-shirt dan tudung
3segi biasa di sempang ke tepi kelihatan
tenang.
Tiba-tiba seorang sahabat yang bersama mengusahakan kerja-kerja dakwah disini
menegurku. Dengan ramah dia memberi salam,kelihatan ayu dengan tudung labuhnya.
“ai
fizah, kawan baru nampak” katanya sambil tersenyum. Aku hanya membalas dengan
senyuman.
Sebenarnya berkira-kira jawapan yang perlu diberikan. Tetapi kerana
masing-masing ada perkara yang ingin dilakukan, kami berpisah diakhiri
senyuman.
Mindaku mula memproses data yang baru diterima. Apa dia? Teruskan
membaca.
Kali kedua berlaku tadi (tak ingat dah bila masa ni). 2 orang roommateku beria-ia
mengajakku ke NS yang terletak betul-betul dihadapan mahallah (hostel) kami.
Mulanya hendak menolak kerana sudah petang. Tetapi bila difikirkan
sehari-suntuk terperap dalam bilik, aku setuju menemani mereka. Boleh keluarkan
peluh sikit.
Mereka ber’t-shirt’, seluar dan tudung ‘ariyani’(kalau tak silap).
Sepanjang perjalanan, aku rasa diperhatikan dengan pandangan aneh oleh beberapa
pasang mata. Sahabat-sahabat seusrah hanya memandang dengan sedikit senyuman
apabila terserempak denganku. Tiada teguran mesra.
Bila aku tegur, mereka
senyum sambil curi-curi pandang roommateku. Aku sangat terkesan bila salah
seorang roommateku bersuara,
“kenapa hari nie rasa mcm orang
pandang semacam je?”
Otakku mula search data yang pernah diproses dulu..
Sebenarnya aku malu dengan roommates ku. Aku masih bingung, apakah tujuan
sebenar sahabatku yang pertama mengungkapkan kata-kata itu. ‘ada kawan baru nampak’ dan apakah maksud disebalik perlakuan sahabat2ku sebentar tadi.Adakah
kerana aku dengan roommate ku berbeza penampilan?
Salahkah jika aku berkawan
dengan orang yang mungkin berbeza zahir atau batin? Adakah berjubah dan
bertudung labuh mesti bersahabat dengan kalangan mereka sahaja? Adakah mereka
yang memakai tudung 3 segi hanya boleh bersama dengan kalangan mereka sahaja?
Jika jawapannya ‘YA’ dimanakah sangkaan baik yang al-Imam as-Syafie wasiatkan. Jika
‘benar’ itu lebih kena, apakah jenis dakwah yang sedang kita lakukan?
Mudahkah
untuk berdakwah jika da’ie tidak kenal mad’u nya?
Senangkah utk memberitahu
kebenaran pada orang sedangkan kita menjauhi orang tersebut?
Bagaimana nak
harapkan penerimaan orang terhadap dakwah Islam yg kita bawa sedang kita tidak
dapat menerima keadaan mad’u tersebut?
Apa guna belajar Critical Thinking kalau
tak tahu mengaplikasinya untuk kegunaan Islam. Fikir-fikirkanlah.
“JIKA KAMU BERTEMU DENGAN ORANG
YANG JAHIL, JANGANLAH KAMU MENGANGGAP DIRI KAMU LEBIH MULIA DARINYA KERANA DIA
BERBUAT DOSA KERANA KEJAHILANNYA SEDANG KITA MEMBUAT DOSA DALAM KEADAAN
MENGETAUI HUKUMNYA." -Imam AlGhazali-
:)