Monday, February 22, 2010

ijazaat thowilaat

Bismillah wal hamdulillah..

Alhamdulillah setelah berhempas pulas beberapa minggu menatap nota2 cinta dan warkah pilu dari lecturer, juga bbrp kutub (buku2) yg menjadi peneman, selesailah 1 imtihanaat (exams) dunia buat warga cfs iium Nilai. Debaran pertama dah reda, debaran kedua mula menyusul. Natijah (results) bakal diumukan 2 minggu lagi, semoga kejayaan cemerlang buat semua sahabat2.

Perpisahan kecil mula dirasai, berjumpakah lagi dengan 'Nilai' tercinta? Mungkin, bila nak borong kain. hehe.. Akan hapuskah kalimah 'Nilai square' dari ingatan ini? Mungkinkah luput kalimah 'Seremban'? harapnya ia akan terus tersemat erat di laci ingatan. Seribu kenangan 'gula-gula' biarkan bersemi, sejuta rasa 'peria' tidak akan dapat dilupakan.

Disinilah aku mula mengenal perjuangan. Perjuangan menyambung mata rantai dakwah nabi. Disinilah aku merasai ukhwah fillah yg sebenar-benarnya. Di bumi tandus Nilai inilah aku belajar erti syukur dan sabar. Disini juga aku merasakan hammaasah (semangat) untuk bersama golongan mukhtarah (terpilih) sbg usaha menegakkan kalimah Allah dan agama-Nya untuk mencapai kebangkitan DAULAH ISLAMIYYAH. Di tempat inilah pernah aku jatuh tersungkur akibat lalai.

Dulu banyak persoalan yang menerawang di ruang2 fikiran. Tapi sekarang aku sering tersenyum apabila persoalan2 tersebut terungkai satu persatu. Seinfiniti kesyukuran khusus buat Allah Ta'ala kerana menemukan aku dengan kehidupan ini. Walaupun banyak tribulasi sepanjang langkah dan begitu besar mehnah (ujian) yg perlu ditempuhi, aku dapat rasai kemanisannya. Kemanisan menuju kepada-Mu. Terima Kasih Ya Jalil kerana membebankan aku dengan taklifaat (tanggungjawab) ini dan memikulkan aku dengan amanah yg lebih dari manusia lain. Tak pernah aku membayangkan kehidupan seperti sekarang.

Cuti yang masih berbaki nie akan digunakan sebaik mungkin untuk mempertingkatkan diri agar lebih bersedia menghadapi perjuangan yang lebih besar nanti. Mari kita bersama-sama mengislah (baiki) diri kearah yang TERBAIK. Lakukan usaha yg mungkin sekecil biji sawi dari sekarang, agar nanti ia akan bercambah memenuhi padang. Dan paling penting, jangan biarkan hati kita sunyi dari mengingati Allah. Terangi hati dengan percikan cahaya tazkirah (peringatan) agar ia tak gelap dengan dosa dan kefasikan.



Manusia yg hidup utk dirinya sendiri,usianya amatlah pendek bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika maut mengundang. akan tetapi, mereka yg hidup utk perjuangan, usianya panjang.. Sepanjang PERJUANGAN itu, Bermula dari hari diciptakan Adam,berakhir tatkala DIA memusnahkan alam!!
~as-Syaheed Syed Qutb~

Selamat Bercuti~lakukanlah amalan2 yg berfaedah
^_^


Friday, February 12, 2010

Isteriku Adalah Sebaik-Baik Wanita Bagiku..^_^

Bismillah wal hamdulillah


Sekadar perkongsian cerita yang berjaya menarik minat penulis utk disisipkan diruangan blog ini..Kisah cinta yang mengayat hati tetapi mengujakan..

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.


Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata:
"semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu".

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."


Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya."




Masyaallah!alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie..adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya...

Kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia. tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi..Huhu..

Pada semua kengkawanku yang baru dan bakal melangsungkan perkahwinan pada tahun ini, tahniah diucapkan dan mudah2an anda semua menjadi suami dan isteri yang soleh dan solehah dan menjadi ibubapa yang mithali pada mujahid dan mujahidah penyambung dakwah..^_^

Valentine's Day yang ditunggu

Bismillah wal hamdulillah




Bulan Februari, bulan yang dinanti-nantikan oleh pasangan kekasih. Apa yang istimewanya dengan bulan ini? Tak lain tak bukan, setiap 14 Februari mereka meraikan Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Valentine's Day. Membuta tuli barangkali, meraikan dengan penuh keghairahan tanpa mengetahui sejarah dan kisah sebenar Hari Valentino diraikan. Islam mengajar kita mencegah kemungkaran dengan tangan, jika tidak mampu cegahlah dengan perkataan dan jika masih juga tidak berkeupayaan, cegahlah dengan hati. Doa. Benci kepada kemaksiatan. Benci kepada kemungkaran. Jangan sekali-kali menyokong atau mengiyakannya! Andai kita meraikan Valentines' Day, bukankah ini bermakna kita menyokong tindakan Valentino pada satu masa dahulu?? Istighfarlah.. istighfar.. minta keampunan dari Allah.


SETIAP HARI ADALAH HARI KEKASIH...



Kenapa mesti tunggu 14 Februari? Bukankah tidak sempurna iman seseorang seandainya dia tidak mengasihi saudara seagamanya? Bukankah agama kita agama yang penuh kasih sayang? Apa salahnya kita berkasih sayang setiap hari? Berk
asih dan bersayang pada orang yang sepatutnya dengan cara yang bersesuaian. Tidak melanggar syarak, tidak melampaui batas.


Kasih kepada ibu bapa, kepada keluarga, sahabat dan jiran tetangga. Kasih kepada fakir miskin dan anak yatim. Kasih kepada mereka yang berhak.





Malangnya. Bukan perkara baru, sebagai meminta bukti kasih dan sayang dari si gadis, si teruna memujuk rayu, "Kalau betul sayangkan saya, buktikan!". "Kalau sungguh cintakan saya, tidurlah dengan saya!". "Kalau betul percaya dengan cinta saya, serahkan benda yang paling berharga itu, saya akan jaga kamu sampai bila2!"


Justeru, sebagai lambang cinta si gadis pula, dengan penuh kasih sayang, sanggup serahkan diri, korbankan mahkota diri. Bertepuk soraklah syaitan laknatullah, sepasang anak cucu Nabi Adam tumbang dalam kancah kemaksiatan. Astagfirullahal
azim..


Inikah makna cinta? Inikah makna kasih dan sayang? Adakah ini yang diajar oleh agama kita?
Bila yang halal dan yang haram dicampuradukkan, manusia kian keliru. Mudah goyah dan cepat tewas dengan pujuk rayu. Siapa yang harus dipersalahkan? Jangan menunding jari, muhasabah diri kita. Katakan TIDAK pada Hari Valentine. Tak perlulah kita menghambakan diri, membuta tuli menjadikan Barat sebagai kiblat kita. Jangan biarkan budaya kuning berleluasa dan berkuasa dalam diri kita. Usah gadaikan maruah, prinsip dan harga diri demi mengejar makna cinta yang salah. Keseronokan yang sementara, sengsara menanti di hadapan. Bercintalah, berkasih sayanglah tapi ingat syurga Allah hanya bagi mereka yang beriman kepada-Nya, patuhi suruhan-Nya, jauhi larangan-Nya. Hidup di dunia cuma sementara, akhirat itulah yang kekal abadi.


ANDA BACA ANDA TENTUKAN....

The Parable of the Pencil

Bismillah wal hamdulillah


The Pencil Maker took the pencil aside, just before putting him into the box. There are 5 things you need to know, he told the pencil, before I send you out into the world.
Always remember them and never forget, and you will become the best pencil you can be.


ONE: You will be able to do many great things, but only if you allow yourself to be held in Someone's hand.
TWO:
You will experience a painful sharpening from time to time, but you'll need it to become a better pencil.
THREE: You will be able to correct any mistakes you might make.
FOUR:
The most important part of you will always be wha
t's inside.
FIVE:
On every surface you are used on, you must leave your mark.




No matter what the condition, you must continue to write. The pencil understood and promised to remember, and went into the box with purpose in its heart.
Now replacing the place of the pencil with you;
always remember them and never forget, and you will become the best person you can be.


ONE: You will be able to do many great things, but only if you place your Trust in Allah.
TWO:
You will experience a painful sharpening from time to time, by going through various problems, but you'll need it to become a stronger person.
THREE:
You will be able to correct any mistakes you might make.
FOUR:
The most important part of you will always be what's on the inside.
FIVE:
On every surface you walk through, you must leave your mark.


No matter what the situation, you must continue to do your duties. By understanding and remembering, let us proceed with our life on this earth having a meaningful purpose in our heart.

Tuesday, February 9, 2010

Hati Kata Rindu

بسم الله الرحمن الرحيم
Munsyid : Destiny




Di hati ini ingin melafaz kata
Kata kasih pada-Mu yang ku rindu
mengharap sentuhan maghfirah-Mu

Hati kata rindu
Hanya pada-Mu ooh tuhanku
Yang sering aku
Biar berlalu ke hujung waktu

Wahai tuhanku
Layakkah aku gapai syurga-Mu
Janganlah diriku
Engkau sisihkan dari rahmat-Mu

Ku bersujud..kepada-Mu..
Kasih-Mu kudamba
Terima taubatku
Ampuniku..

Wahai tuhanku
Engkaulah yang satu
tempatku mengadu
Rabbul Izzati
Hidup dan matiku
hanyalah untuk-Mu..

Monday, February 1, 2010

quote of the day


janganlah menjadi orang yg cirit-birit dalan percakapan
tetapi sembelit dalam beraksi


oppss..jgn salah ckp..
Terima kasih kpd ukht Arina(kalau x silap la) krn memperkenalkan ayat nie..:)
rasa2nya maksud tersirat di sebalik ayat nie mudah difahami. Janganlah hanya pandai bercakap tetapi tidak melakukan apa yang diucapkan.

ch;
Sin : Mat, kita nie solat tahajjud mesti istiqomah. rahsia kejayaan tue. Nabi tak pernah tinggal.
Mat : yeke Mat, patutla aku selalu je gagal exam. Bagusnya, kau mesti hari2 tahajjud.
Sin : (dalam hati). Selalu la sangat. Orang bukan tau pon aku solat ke tak malam2..haha

ch lain;
ketua : Kita nie sbgai mahasiswa kena berani. Buat apa kita asyik nak ikut peraturan universiti yg selalu menyekat pergerakan kita. Yakinlah Allah akan sentiasa bersama kita. Bila Islam nak menang kalau kita pengecut!!!
anak buah : ketua, kami mendapati ada 'SB' kat bawah..
ketua : oo..yeke..er..er..ana ada hal la...ana pegi dulu ea...korang pandai2 la jawab.

..

قال الله تعالى في كتابه العزيز:
{2}يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُون
{3}كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ الله أَنْ تَقُولَوا مَا لَا تَفْعَلُون
2.Wahai orang2 yg beriman! Mengatakan sesuatu yg kamu tidak kerjakan?
3.Sangat dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan
[Surah as-Soff: ayat 2-3]

Bukanlah melarang menyuruh berbuat kebaikan tetapi kita perlu melaksanakan apa yang keluar dari mulut kita. Ingatlah telinga yang paling hampir dengan mulut kita adalah telinga kita sendiri. Mengapa perlu cakap berapi-api sedangkan diri sendiri pon masih tidak berusaha untuk melakukan. Ya Allah jauhkan aku dari tahu menulis tapi tak reti mengaplikasikan dalam hidup. Jauhkan aku dari tahu menasihati/memotivasikan orang lain tapi tak pandai menasihati diri sendiri. Semoga kita semua di kalangan mereka yang melakukan apa yang dikatakan.

sedikt mengenai Basmallah


Banyak input baru yg diperolehi selepas mengikuti talaqqi bersama Ustaz Muhadhir. Mengupas kitab penawar bagi hati yang sy rasakan sudah teramat kurang masyarakat Islam terutamanya student ingin mempelajarinya sekarang. Alhamdulillah Allah memberatkan hati sy untuk menuntut kaki ke pengajian tersebut walaupun tiada sahabat yang berkeinginan untuk turut serta. Kuliah sudah pun bermula, suasana kelas yg agak lengang menghilangkan sedikit perasaan malu kerana lambat. Sudah lama rasanya tidak hadir ke program/kuliah/ceramah yg mana lelaki lebih ramai dari perempuan. hmm.. Sangat seronok dan bahagia mengikuti setiap perbicaraan dan kupasan oleh Ustaz. Terlalu banyak rahsia-rahsia yg di pecahkan buat kami sehingga terasa rugi andai terlepas walau satu prkataan.

Rahsia al-Qur'an ada dalam 1 surah; iaitu al-Fatihah,
Rahsia al-Fatihah ada dalam 1 ayat; iaitu Basmallah.
Rahsia basmallah ada dalam 1 huruf; iaitu 'ب'
wallahua'lam

"Tiap-tiap amalan yg baik jika tidak dimulakan dgn basmallah adalah tidah sempurna"


sebab itu ulama'2 terdahulu jika menulis kitab, mereka takkan tinggalkan untuk menulis bismillah pada awal tulisan mereka. Terdapat berkat dalam perkataan tersebut. Amalan yang dimulakan dengan Basmallah juga insyaAllah di berkati oleh Allah. Sekecil-kecil amalan juga perlu dimulakan dengan Basmallah. ch: letak kepala kat bantal, nak amek pen dll.

Sangat banyak fadhilat membaca Basmallah jk kita mengetahui. Jadikanlah memulai sesuatu perkara dgn Basmallah sebagai rutin seharian agar sepanjang hari kita diberkati Allah. Sekecil-kecil ilmu jika dibiarkan amatlah rugi, sekecil-kecil amalan jika diendahkan amatlah malang. Walaupun kelihatan kecil, ganjarannya BESAR di sisi ALLAH.




JoM aMaLkAn!!!!
SeMoGa sEtiAp wAktuMu diPenUhi KebErkaTan~
ALLAHUA'LAM...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails