Monday, February 1, 2010

sedikt mengenai Basmallah


Banyak input baru yg diperolehi selepas mengikuti talaqqi bersama Ustaz Muhadhir. Mengupas kitab penawar bagi hati yang sy rasakan sudah teramat kurang masyarakat Islam terutamanya student ingin mempelajarinya sekarang. Alhamdulillah Allah memberatkan hati sy untuk menuntut kaki ke pengajian tersebut walaupun tiada sahabat yang berkeinginan untuk turut serta. Kuliah sudah pun bermula, suasana kelas yg agak lengang menghilangkan sedikit perasaan malu kerana lambat. Sudah lama rasanya tidak hadir ke program/kuliah/ceramah yg mana lelaki lebih ramai dari perempuan. hmm.. Sangat seronok dan bahagia mengikuti setiap perbicaraan dan kupasan oleh Ustaz. Terlalu banyak rahsia-rahsia yg di pecahkan buat kami sehingga terasa rugi andai terlepas walau satu prkataan.

Rahsia al-Qur'an ada dalam 1 surah; iaitu al-Fatihah,
Rahsia al-Fatihah ada dalam 1 ayat; iaitu Basmallah.
Rahsia basmallah ada dalam 1 huruf; iaitu 'ب'
wallahua'lam

"Tiap-tiap amalan yg baik jika tidak dimulakan dgn basmallah adalah tidah sempurna"


sebab itu ulama'2 terdahulu jika menulis kitab, mereka takkan tinggalkan untuk menulis bismillah pada awal tulisan mereka. Terdapat berkat dalam perkataan tersebut. Amalan yang dimulakan dengan Basmallah juga insyaAllah di berkati oleh Allah. Sekecil-kecil amalan juga perlu dimulakan dengan Basmallah. ch: letak kepala kat bantal, nak amek pen dll.

Sangat banyak fadhilat membaca Basmallah jk kita mengetahui. Jadikanlah memulai sesuatu perkara dgn Basmallah sebagai rutin seharian agar sepanjang hari kita diberkati Allah. Sekecil-kecil ilmu jika dibiarkan amatlah rugi, sekecil-kecil amalan jika diendahkan amatlah malang. Walaupun kelihatan kecil, ganjarannya BESAR di sisi ALLAH.




JoM aMaLkAn!!!!
SeMoGa sEtiAp wAktuMu diPenUhi KebErkaTan~
ALLAHUA'LAM...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails