Monday, February 22, 2010

ijazaat thowilaat

Bismillah wal hamdulillah..

Alhamdulillah setelah berhempas pulas beberapa minggu menatap nota2 cinta dan warkah pilu dari lecturer, juga bbrp kutub (buku2) yg menjadi peneman, selesailah 1 imtihanaat (exams) dunia buat warga cfs iium Nilai. Debaran pertama dah reda, debaran kedua mula menyusul. Natijah (results) bakal diumukan 2 minggu lagi, semoga kejayaan cemerlang buat semua sahabat2.

Perpisahan kecil mula dirasai, berjumpakah lagi dengan 'Nilai' tercinta? Mungkin, bila nak borong kain. hehe.. Akan hapuskah kalimah 'Nilai square' dari ingatan ini? Mungkinkah luput kalimah 'Seremban'? harapnya ia akan terus tersemat erat di laci ingatan. Seribu kenangan 'gula-gula' biarkan bersemi, sejuta rasa 'peria' tidak akan dapat dilupakan.

Disinilah aku mula mengenal perjuangan. Perjuangan menyambung mata rantai dakwah nabi. Disinilah aku merasai ukhwah fillah yg sebenar-benarnya. Di bumi tandus Nilai inilah aku belajar erti syukur dan sabar. Disini juga aku merasakan hammaasah (semangat) untuk bersama golongan mukhtarah (terpilih) sbg usaha menegakkan kalimah Allah dan agama-Nya untuk mencapai kebangkitan DAULAH ISLAMIYYAH. Di tempat inilah pernah aku jatuh tersungkur akibat lalai.

Dulu banyak persoalan yang menerawang di ruang2 fikiran. Tapi sekarang aku sering tersenyum apabila persoalan2 tersebut terungkai satu persatu. Seinfiniti kesyukuran khusus buat Allah Ta'ala kerana menemukan aku dengan kehidupan ini. Walaupun banyak tribulasi sepanjang langkah dan begitu besar mehnah (ujian) yg perlu ditempuhi, aku dapat rasai kemanisannya. Kemanisan menuju kepada-Mu. Terima Kasih Ya Jalil kerana membebankan aku dengan taklifaat (tanggungjawab) ini dan memikulkan aku dengan amanah yg lebih dari manusia lain. Tak pernah aku membayangkan kehidupan seperti sekarang.

Cuti yang masih berbaki nie akan digunakan sebaik mungkin untuk mempertingkatkan diri agar lebih bersedia menghadapi perjuangan yang lebih besar nanti. Mari kita bersama-sama mengislah (baiki) diri kearah yang TERBAIK. Lakukan usaha yg mungkin sekecil biji sawi dari sekarang, agar nanti ia akan bercambah memenuhi padang. Dan paling penting, jangan biarkan hati kita sunyi dari mengingati Allah. Terangi hati dengan percikan cahaya tazkirah (peringatan) agar ia tak gelap dengan dosa dan kefasikan.



Manusia yg hidup utk dirinya sendiri,usianya amatlah pendek bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika maut mengundang. akan tetapi, mereka yg hidup utk perjuangan, usianya panjang.. Sepanjang PERJUANGAN itu, Bermula dari hari diciptakan Adam,berakhir tatkala DIA memusnahkan alam!!
~as-Syaheed Syed Qutb~

Selamat Bercuti~lakukanlah amalan2 yg berfaedah
^_^


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails