Bismillah wal Hamdulillah.
Tadi selepas habis makan, saya keluar dari bilik (asrama) untuk membuang bekas polistrin yang digunakan. Datang seekor kucing mengiau dan seolah-olah mahu menerkam bekas polistrin tersebut. Sejujurnya, saya agak takut dengan kucing macam tu.
Saya suka lihat telatah kucing tetapi tak berapa berani nak sentuh. Mungkin sebab dari kecil keluarga saya tidak pernah memelihara kucing, Jadi tak biasa bergaul dengan kucing-kucing. Hehe.
Berbalik kisah tadi, sepanjang ke tong sampah, kucing tersebut ikut sambil memandang-mandang muka saya yang cool kononnya. Dalam hati, terfikir nak bagi. Tetapi tiada makanan pun dalam polistrin tu. Hanya ada tulang ayam.
Tapi kerisauan membuak andai kucing tersebut terkam saya sebab terlalu eksaited (teruja). Lantas saya percepatkan langkah. Angkat tutup tong sampah, buang dan tutup cepat-cepat. Lega.
Saya tengok kucing, kucing tengok saya. Maafkan saya kucing. Nanti saya belikan yang lain. T_T
Jangan buat macam tu lagi, saya takut. So Sorry. T_T
Baiklah.
Jika diikutkan, tidak ada nas yang sarih mengenai kucing binatang kesayangan baginda S.A.W.
Tetapi banyak hadith sahih dalam bukhari dan muslim menceritakan amaran baginda S.A.W dalam hal manusia memperlakukan binatang dengan kejam.
Tidak kiralah sama ada kucing, anjing atau lain-lain. Pendapat yang rajih ialah baginda menyayangi semua binatang.
Mari lihat kisah Abu Hurairah.
Nabi memberi kunyah (gelaran) kpd sahabat beliau kerana mengasihi kucing. Namun demikian, bukanlah itu menunjukkan bahawa kucing satu2nya binatang yg wajar diperlaku dgn baik.
Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.
Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).

Ada Hadith Riwayat Imam Ahmad dari Abdullah, nabi pernah menegur seorang yg mengganggu burung dan anak-anaknya.
Dari Imam Ahmad juga, ada perihal nabi mencegah membakar semut.
Comelnya kamu-kamu
Ini pun. Comeyyyy~
Itu sahaja yang dapat disampaikan. Terfikir mengenai kucing tadi, terkilan rasanya.
Esok saya beli ya. Saya letak siap-siap kat lantai, berdiri jauh-jauh, lepas tu panggil awak.
P/s: Syhh. Jangan bagitahu orang tahu!