Sunday, May 22, 2011

Tanah Runtuh di Rumah Anak Yatim At-Taqwa

Bismillah.


Subhanallah walhamdulillah wa lailahaillallah wa Allahuakbar.


Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un.


Tragedi yang sangat menyentuh hati. Tragedi Tanah Runtuh Di Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Felcra Semungkis, Batu 14, Hulu Langat,kejadian tanah runtuh itu berlaku pada jam 2.20 petang, 21 Mei 2011. Difahamkan kesemua kanak-kanak itu sedang berada di dewan makan ketika bencana alam itu berlaku. -mstar.com

Sehingga pukul 5.30 pagi ini, kesemua mangsa yang tertimbus dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorbandan sembilan cedera.
Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi. 
Operasi mencari dan menyelamat disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.
Keadaan rumah anak yatim selepas tanah runtuh


Keadaan rumah sebelum kejadian

Dalam proses menyelamat

Berikut ialah senarai nama penuh mangsa yang diperoleh dari bilik gerakan bergerak yang dibuka di lokasi kejadian:
Enam belas yang terkorban ialah :
1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun
2) Nurahimi Rosdi, 14
3) Dzahir Haziq M. Muin, 11
4) Ahmad Lokman Hakim, 11
5) Farid Ibrahim, 34
6) Mohd Azret Azahari, 8
7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11
8 ) Zahid Assawal Zamri, 19
9) Mohd Mustakim Mamat, 12
10) Mohd Naerzein M. Nor, 8
11) Mohd Aiman Abdullah, 10
12) Shahrul Nurimran Adnan, 9
13) Mohd Zaid Azahari, 14
14) Mohd Imal Fahad, 9
15) Mohd Riezman Abdul Latif,9
16) Mohd Hazim Sapri, 10
Sembilan yang terselamat iaitu:
1) Aizat Khusairi, 12
2) M. Allaudin Sobri, 14
3) M. Syatiq Ibrahim, 21
4) Khairul Anuar Nasri, 9
5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11
6) Zulkhairi Aminuddin, 13
7) Izzuddin Abdullah, 30
8 ) Izuan Zakaria, 33
9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10
Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Ampang manakala Mohd Akmal di KPJ KAJANG.
-Selangorkini.com

Pelajar Cerita Detik Cemas Tanah Runtuh

Saya jerit suruh yang lain melarikan diri namun tanah runtuh dalam sekelip mata menyebabkan kebanyakan rakan ditimbus," kata Mohd Iman Abdullah.

Mohd Iman, 14, adalah antara pelajar Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa yang sempat menyelamatkan diri dalam kejadian tanah runtuh itu yang menyebabkan 25 orang tertimbus.

Mohd Iman berkata beliau sempat menjerit menyuruh rakan-rakannya yang lain melarikan diri apabila melihat tanah mula runtuh.

"Ketika itu kami semua berada di bawah khemah kerana hendak menyiapkan persiapan majlis dan saya melihat tanah bergerak dan runtuh sedikit," katanya.

Seorang lagi pelajar yang terselamat Mohd Jihad Jalal, 14, berkata keadaan ketika itu huru hara dengan bunyi pekikan dan jeritan minta tolong. "Saya sendiri pada mulanya tertimbus sedikit di bahagian kaki sebelum ditarik oleh penduduk," katanya.

Mohd Faizal Isni, 17, pula berkata sebelum kejadian, dia terdengar bunyi kuat seakan ranting patah dan benda jatuh sebelum melihat tanah runtuh ke khemah.

"Ketika itu kami sedang siapkan pentas di khemah untuk sambut pegawai Finas yang dijadual datang pukul 5 petang dan saya berjaya melarikan diri sejurus kejadian," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk setempat yang merupakan antara yang terawal tiba di lokasi kejadian berkata beliau tiba 10 minit selepas kejadian dan mendengar jeritan meminta tolong sebelum setengah jam kemudian tiada suara yang kedengaran.

"Saya nampak ada budak yang badannya separuh tersepit dan saya cuba mengalihkan runtuhan namun tidak berjaya.

"Ketika saya sampai dengar suara minta tolong tetapi setengah jam kemudian tiada suara langsung," katanya sambil memberitahu bahawa semalam hujan lebat di kawasan itu.

Warden asrama anak yatim itu, Mohd Hambali Ismail, 34, berkata kejadian berlaku selepas pelajar selesai makan tengah hari dan beberapa pelajar ditugas membersihkan ruang makan itu.

"Masa kejadian saya berada di asrama dan mendengar bunyi dentuman kuat dan saya tengok ramai pelajar dah tertimbus.

"Keadaan masa tu tak boleh gambar dengan kata-kata...," katanya yang telah lima tahun menjadi warden di situ.

Beliau berkata sebelum ini beberapa kejadian tanah runtuh kecil pernah berlaku kira-kira 50 meter dari bangunan rumah anak yatim itu.

"Kejadian ini mungkin ekoran kejadian bulan lepas," katanya. - BERNAMA
Sedihnya tengok gambar ni. Gambar kenangan terakhir

Gambar kenangan di Rumah Anak Yatim dan Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat sebelum kejadian tanah runtuh yg mengorbankan beberapa nyawa penghuninya. Perasaan sayu dan hiba terasa bila menatap gambar terakhir mereka bersama, Semoga Allah merahmati anak-anak ini dan tempatkan mereka dalam golongan orang yang beriman. Amin ya Allah..

Kematian mereka bukan sia-sia. Allah sudah janjikan ganjaran syahid bagi sekumpulan anak yatim terkorban dalam tragedi tanah runtuh di Hulu Langat, petang semalam.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata, mengikut hukum, Islam yang menemui ajal secara tragis seperti akibat kebakaran, kemalangan jalan raya atau bencana alam dan mati ketika tidur, dikategorikan sebagai syahid.



P/s : Panjang kan entry. Biarlah.. Kerana ini mengingatkan saya pada kematian. Biarlah orang lain semua dah letak dalam blog. Ini peringatan untuk diri saya sendiri. Ajal sentiasa mengintai. Entah bila, entah dimana. Persiapkanlah diri.


T_T


Gambar dan video lain : enciknakal.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails