Saturday, July 30, 2011

Bahasa Melayu bila terlalu dimodenkan

Bismillah wal Hamdulillah.


Jom ikuti perbualan ringkas dua beranak ni..


Mama: Yana, kenapa muram je muka ni. Ada masalah kat sekolah ke?


Yana: Yana buntu la mama. Cikgu BM asyik nak marah je. Karangan Yana selalu dapat markah rendah.


Mama: Banyakkan la cari maklumat kat internet tu.


Yana: Dah, tapi tak tahu la. Teruk jugak.


Mama: Meh mak tengok karangan tu..


'Nme aQuwh LyaNa, berumO 15 taWun. TgGl diy uMah BesaMew mAma n dAdDy diy Sgor. EcOwk aQuwh nk men gem bCameW memBer Quwh....'


Mama: (-.-") *tenung dalam-dalam 




Kawan-kawan, gunalah bahasa standart. Lebih mesra pengguna dan mesra alam. Elok ayat boleh baca 2 saat jadi 2 minit. Tu pun tak tentu faham lagi. 


Ye, tahu tu hak masing-masing nak tulis macam mana. Tapi kami sebagai pembaca pun ada hak kan. Daripada orang kutuk belakang, baik tukar cara penulisan. Betul, tak cute langsung tulis macam tu. Lebih-lebih lagi lelaki. 


Nak kata berseni pun tak jugak. Serabut tu ada. Atau memang anda ni terlalu rajin kot tekan 'shift' banyak kali. Kadang tu tambah huruf lagi. Ada jugak macam tak cukup huruf. Apa adik anda cabut huruf kat keyboard macam aku ka? ^_^


Renung-renungkan dan selamat berubah!

3 comments:

nisa said...

saya sokong dgn apa yg awak ckp tu. ntah hapa2, bile baca, bunyi nye mcm budak gedik pun ade..

Shahirah Amnah said...

betul tu fizah!
menyampah akak baca kalau orang komen / status macam ni.. eee..ingat comel sangat ke?
ada siap tulis macam ni lagi..
' har! n! har! kHam!s..!'
okeh..sangat-sangat menyampah..
Huh..

Jejari Sholehah said...

@nisa

Terbelit lidah dibuatnya. Huhu

@Kak Menah

Haha. Nak marah, nak tergelak pun ada. Kalau baby, ok lagi. Cute. Ni umur dah puluh2 pun teringin lagi tulis camtu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails