Bismillah wal Hamdulillah
Azam 2013? Huk. Dah 23 Januari pun. Terlambat sedar azam 2013.
Sebelum ni saya tak pernah rasanya berazam-azam bagai ni. Sebab memang setiap hari kita nak jadi lebih baik dari hari sebelumnya kan.
Tapi, selama hidup dalam mentaliti 'lek-lek sudeh' ni semacam ada kerugian dalam diri. Mungkin sebelum ni tak tahu atau tak nampak apa yang nak dicapai dalam hidup.
Jadi, dengan tahun 2013 yang terlewat ni, saya mulakan dengan satu azam yang mudah iaitu:
"Banyakkan bilangan buku yang dibaca (bukan beli semata) dan kurangkan bilangan digit berat badan". Yeay!
Mudahkan? Ye, nampak mudah. Heheh.
Perlu ke tulis kat blog benda ni? Macam muka tak malu je. Cuba letak azam, "nak puasa sunat isnin khamis tanpa miss" atau "nak baca al-Qur'an 30juzuk sehari" kan lebih manis. Baru nampak dakwahnya. -_-"
Gulp.
Itu ibadah, tak perlu pun tunggu 2013 kan. Nak ikutkan baaaaaanyak je azam. Nak buat itu, nak buat ini, nak dapatkan itu, nak dapatkan ini. Tapi saya cuma highlight 2 ini sahaja dulu.
Sebab...mengikut seorang pakar motivasi dan psikologi, kita perlu ceritakan harapan, impian dan keinginan kita untuk lebih bersemangat dan bermotivasi...! Nak baca buku banyak-banyak, nak turun berat banyak-banyak kalau takda semangat, susah.
Eh, apa melalut banyak-banyak nih. Nak bagitau azam je. Ok dah la. Doakan saya (kalau ada yang membaca)! :)
*malu biar bertempat kan? Kalau malu sampai merugikan diri sendiri buat apa.
No comments:
Post a Comment