Friday, December 25, 2009

SAAT2 PENGAKHIRAN HIDUP

bismillah wal hamdulillah wa la syarikalah..huwa Allahu AHAD!!

semakin banyak berita kematian yang tersimpan kemas di laci-laci mindaku. Artikel berkenaan mati juga sering menjadi hidangan pembuka mataku. kebetulankah? sungguh terasa ajal makin menghampiri. terasa seakan malikulmauut sering menjenguk keadaan diriku. sedang beribadahkah? bersuka-riakah? lalaikah? pernah terlintas dibenakku ingin membeli kain putih untuk dijadikan jubah. aku jadi gerun. tersangat takut. mengapa itu yang bermain dimindaku. semakin banyak detikan berlalu, semakin dekaaaatt masa itu. masa itu tetap menghampiri. tanpa pernah terlewat mahupun terawal. TEPAT!! tiada permintaan terakhir. sama ada pergi dengan IMAN diiringi bekal-bekal amalan yg menimbun ATAU pergi dengan FASIQ dan sangat memalukan bersama dosa yg tidak sempat minta diampunkan. Ya Allaahh. tersangat tidak layak jasad yng hina ini walau untuk menatap syurga-Mu, apatah lagi bersama menikmati keindahannya bersama hamba-Mu yang taat. tetapi Ya Raheeemm. sungguh tidak mampu untuk menjejak neraka-Mu walaupun untuk sehelai rambut.

Ya Maaliik. matikanlah aku dalam keadaan beriman kpd-Mu. Dengan kalimah suci 'LAAILAAHAILLALLAH'. Janganlah Kau tarik nyawaku dalam keadaan aku lalai dari mengingati-Mu. tetapkanlah aku dalam Agama-Mu. Agama sejahtera, ISLAM.

ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكْ وَعَلَى طَاعَتِكْ وَعَلَى عِبَادَتِكْ وَعَلَى جِهَادِكْ فِي سَبِيلِكْ

amiiin ya rabb

MATI : bila-bila, dimana saja

beLievE it Or Not??
kuasa Allah mengatasi segala kepelikan!!

Sedang Vittorio Luise memandu keretanya berhampiran Naples, Itali, angin yang kuat tiba-tiba melanda menyebabkan kereta yang dipandunya itu tercampak ke dalam sebatang sungai. Untuk mengelakkan diri daripada mati lemas, Luise memecahkan tingkap keretanya dan berenang ke tebing sungai. Dia terselamat, tapi tiupan angin yang terlalu kuat mengakibatkan sebatang pokok yang tumbuh di tebing sungai berkenaan tumbang lalu menghempap tubuhnya. Luise mati di tempat kejadian.


-Mike Stewart, 31, berdiri ke atas sebuah trak untuk melakukan penggambaran filem tentang bahayanya jambatan yang dibina terlalu rendah. Sedang dia asyik melakukan kerjanya, trak tersebut terus meluncur laju melalui bawah jambatan tersebut. Mike tidak sempat mengelak, tubuhnya terhantuk pada jambatan berkenaan mengakibatkan diamengalami cedera parah dan seterusnya meninggal dunia.

-Tertekan kerana gagal mendapatkan pekerjaan, Romollo Ribolla, 42, duduk di dapur rumahnya di Pisa, Itali. Dia memegang sepucuk senapang dan bercadang untuk membunuh diri. Isterinya menenangkan Ribolla dan mendesak beliau supaya tidak bertindak demikian, Cubaan tersebut berhasil dan Ribolla membatalkan hasratnya itu. Selepas menangis selama setengah jam, Ribolla membaling senapang tersebut ke lantai, tapi ia meletup dan menghamburkan pelurunya. Peluru tersebut mengenai isteri Ribolla menyebabkan wanita berkenaan mati di tempat kejadian.

-Walter hallas, 31, seorang kerani sebuah stor di Leeds, England, mengalami sakit gigi yang agak teru,. Dia mengerang kesakitan, tapi takut untuk menemui doktor gigi. Untuk melegakan sakit giginya ttu, Hallas memanggil seorang kawannya dan meminta kawannya itu menumbuk ke arah rahangnya. Tumbukan padu dilepaskan, Hallas terjatuh dan kepalanya terhantuk ke lantai menyebabkan dia meninggal dunia akibat tengkoraknya retak.


-Satu majlis memberi penghormatan terakhir diadakan di Tasik Kushaqua, New York, untuk seorang wanita yang disangkakan telah mati akibat serangan jantung. Mayat wanita itu terbujur di dalam keranda sementara orang ramai yang menziarahi wanita tersebut menangis meratapi pemergiannya. Tiba-tiba wanita tersebut bangun daripada pembaringannya menyebabkan semua yang berada di rumah tersebut terkejut besar, termasuklah adik perempuannya yang rebah dan terus tidak bangun-bangun lagi hingga ke akhir hayatnya!


-Seorang lelaki terjatuh apabila dilanggar oleh sebuah kereta di New York, Amerika Syarikat. Dia bangun semula tetapi tidak mengalami sebarang kecederaan serius. Bagaimanapun, atas nasihat seseorang yang kebetulan berada di tempat kejadian, lelaki tersebut berbaring semula di depan kereta berkenaan dan berpura-pura sakit...kononnya cedera teruk akibat kemalangan itu. Tujuannya supaya dia akan mendapat pampasan daripada syarikat insurans. Malangnya, lelaki tersebut mengalami cedera parah dan kemudiannya meninggal dunia apabila secara tiba-tiba kereta berkenaan bergerak ke hadapan dan melanggar tubuhnya.

Monday, December 14, 2009

MATI janji yang pasti

Saudaraku, ingatlah MATI….
Sesungguhnya Dia adalah janji yang ditepati
Tapi mengapa kau tak pernah peduli
Engkau lebih memilih dunia yang hina ini…

Dalam doa kau meminta khusnul Khotimah

Tapi pandanganmu akan dunia tak terarah

Kau masih mencari dunia yang belum terjamah

Sehingga lupa keinginanmu meraih Jannah…

Setiap nafsu yang kau hembuskan dalam hidupmu
Tak terpuaskan walau dua gunung emas mengelilingimu

Hingga kau tertidur dalam pelukan hangat istrimu
Dan kau terbuai dalam angan dan mimpi indahmu…

Gelap matamu akan nasib di akhirat nanti
Ketika ditanya apa yang k
au kerjakan selama ini

Ketika ditanya apa yang kau kerjakan selama ini

Ketika ditanya apa yang kau kerjakan selama ini…

Nanti kau akan ditanya sendiri-sendiri
Kau pun tidak akan dapat melarikan diri

Dari panas dan teriknya matahari

Dari Dosa-Dosa yang kau lakukan setiap hari


Saudaraku, ingatlah MATI….
Sesungguhnya Dia adalah janji yang ditepati
Tapi mengapa kau tak pernah peduli

Dan engkau lebih memilih dunia yang hina ini…

Semoga desingan peluru di medan jihad mengantarkan kematianku…

Atau saat Sujud sholat aku menghadap Rabbku…
Atau saat Hari Jum’at sebagai hari terakhirku…

Atau saat amalan terbaikku, malaikat melepas dengan lembut jasadku…
Amin..


KUALA LUMPUR 6 Dis. - Program 'UMNO Juara Rakyat' yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam semalam bakal membawa transformasi besar dalam meneruskan tradisi sebagai parti yang benar-benar menjuarai kehidupan rakyat.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, melalui program itu, rakyat boleh melihat kesungguhan parti dalam menterjemahkan hasrat ini melalui program bersepadu yang melibatkan seluruh sayap dan parti komponen Barisan Nasional (BN).

''Kita ambil tema itu kerana yang juarai kehidupan rakyat selama ini adalah UMNO dan BN. Kita yang bela rakyat, kita yang bangunkan negara dan jadikan rakyat sebagai keutamaan melalui tradisi membela rakyat.

''Walaupun pakatan pembangkang datang sebagai satu jenama untuk pembangkang tetapi kita pun tak tahu dia buat apa. Dia asyik pakat-pakat sesama dia.

''Tapi yang tetap menjuarai rakyat adalah UMNO dan BN kerana kita bukan setakat pakat-pakat, tapi hendak menjadi juara di hati dan minda rakyat,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Najib pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO meluluskan program UMNO untuk tahun hadapan yang bertemakan 'UMNO Juara Rakyat'.

Sementara itu, Ahmad berkata, Mesyuarat MT yang membincangkan secara panjang lebar tentang perkara tersebut telah bersetuju mengisi program UMNO Juara Rakyat mengikut tema tertentu pada setiap bulan.

Sumber: Utusan Malaysia, 7/12/09

Juara Rakyat, Hanyalah Retorik Pemerintahan Sekular

Hendak menjadi juara di hati rakyat? Bagaimana jika rakyat menginkan perkara-perkara yang berbau maksiat? Misalnya, rakyat menginkan kilang arak agar diperbesarkan, dan jualannya juga diperluas. Adakah UMNO akan menuruti permintaan tersebut demi menambat hati rakyat? Atau bagaimana jika rakyat menginginkan pelbagai perkara maksiat lainnya, lalu dipenuhi oleh UMNO dan pemerintah lainnya? Dahsyat bukan? Kemaksiatan bakal bermaharajalela, dan masyarakat akan semakin jauh dari rahmat Allah SWT.

Jika kita telusuri sirah Rasulullah SAW, baginda tidak pernah cuba untuk menjadi juara di atas kehendak masyarakat ketika itu, baik ketika sebelum berdirinya Negara Islam (di Makkah), atau setelah berdirinya Negara Islam (di Madinah). Majoriti masyarakat Makkah menolak Islam, dan pemuka-pemuka Quraisy menawarkan harta, takhta dan wanita kepada Rasulullah, namun ditolak mentah-mentah oleh Nabi kerana ia bertentangan dengan kehendak Islam. Begitu juga ketika Saidina Umar dan beberapa orang sahabat lain yang tidak bersetuju dengan Perjanjian Hudaibiyah, kerana menganggap ia berat sebelah, tetapi Rasulullah tetap meneruskan perjanjian tersebut. Hasilnya, syiar Islam semakin berkembang ketika itu. Beginilah sikap yang perlu dicontohi dan diteladani oleh kita sebagai orang-orang yang beriman. Kita harus bersungguh-sungguh menjadi ’Juara Syariat’ dan bukannya ’Juara Rakyat’.

”... dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” [Al-Baqarah (2):216].

Thursday, December 10, 2009

Al-fatihah buat makcik 'guard'ku~

السلام عليكم و رحمة الله و بركته

Alhamdulillah. Segala Puji bagi Allah yang menghidupkan dan mematikan.

Baru usai membaca Yasin. sebentar tadi dapat berita salah seorang makcik guard kami telah kembali ke rahmatullah. Dalam 2 jam yang lepas. dari desas desus dan khabar2 yang di bawa angin, beliau kemalangan dilanggar lari oleh sebuah lori di traffic light Giant Nilai. Lebih mengayat hati, dikhabarkan juga kepalanya pecah dilanggar. Astaghfirullah. Mati itu pelbagai cara, bila-bila masa, dimana sahaja. Tidak akan lambat atau cepat walau seminit. apa pun, sama-sama doakan agar ruhnya sentiasa bersama dengan para muttaqin wal mukminin. Banyak sangat jasa yang di sumbangkan demi kemaslahatan kami. walau secara zahirnya tidaklah terlalu kelihatan, tetapi pada zahirnya hanya Allah yang tahu. Setiap titis peluh yang mengalir. Tiap lelah kesana-kemari. Tiap kedipan mata yang menahan kantuk kerana berjaga malam. sungguh banyak pengorbanannya. Hanya Allah yang mampu membalasnya.


p/s: sedih teringat sahabat yang meninggal awal tahun nie di round board Nilai. Kepala retak terhantuk divider. umur 20 tahun. juga, nenek dan atuk yang meninggal tahun nie. Al-fatihah buat mereka semua. Semoga mereka gembira dengan perjalanan seterusnya. Amiin.

Saturday, December 5, 2009

kOMS

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, dengan izin Allah aku dan sahabat seperjuanganku Asilah masih bertahan mengikuti program khas mahasiswa Selangor utk hari yg kedua. Kongres Mahasiswa Selangor (KOMS) di Sg. Merab. Penceramah jemputan dan ahli2 panel yg dijemput amat2 membuka mindaku sbg seorang mahasiswa utk berfikir lebih dan lebih jauh kehadapan. Betapa pentingnya kelompok remaja khususnya mahasiswa yg bakal menerajui tampuk pimpinan negara akan datang. Bukan itu sahaja, kami juga perlu berfikir dan merancang utk generasi yg bakal melapisi kelompok remaja sekarang. Kami perlu melaksanakan program/aktiviti yg dpt memberi kefahaman penuh dan sempurna kpd generasi belia yg lebih suka program2 sosial yg kurang berfaedah. TETAPI, disamping itu kami harus memantapkan diri kami dahulu dengan ilmu agama, akademik, kepimpinan dan lain2. Semoga pimpinan akan dtg dapat lebih memajukn negeri Selangor khususnya dan Malaysia amnya, dari segi ekonomi, syahsiah, sosial, pembangunan dan politik.

Thursday, December 3, 2009

cantiknya bidadari..utk si pejuang

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua segala bidadari-bidadari).

Berjihad pada jalan Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Jihad pedang adalah Jihad yang paling Besar. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Kisah......

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama. ...

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya di manakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan. .. lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii..... .tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar. .. dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
subhanallah...

p/s si katibah: cerita ini pernah di ceritakan oleh seorang ustaz ketika penulis mengikuti pengajian di pondok. kata si Ustaz, cerita seperti ini akan memberi 'sinar-sinar' semangat kepada pendengar2 terutama kaum lelaki..hmm.. lebih tepat untuk mengelak angin-angin 'mengantuk' yang gemar bertiup ketika dalam majlis ilmu. yela, cerita pasal perempuan cantik, segar-bugar mata. bukan penulis cakap, penulis hanya mengolah kata Ustaz..^_^

praise ALLAH all the time

.::PRAISE ALLAH::.
Love Allah..
I'll give my heart and soul Remember Allah,
All the time Think Allah,
Of His greatness and power,
Thank Allah forever and ever
,
A heart devoid of love indeed,

A life meaningless without His word
,
A heart peace when uttering His versus,
Come everyone towards Allah,

If you feel distance from Him,

Come closer to Allah,

If you feel you're alone
Come back to Allah,
To be the best in the world,

And to be the in life,

Don't forget Allah at time loneliness
,
For blessing on us,

For blessing in life,

Never ever betray Allah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails