Sunday, August 29, 2010

Petanda atau kebetulan?

Bismillah wal Hamdulillah.


Pagi tadi terjaga dari tidur dengan cara yang amat....




dahsyat~




Pastue termenung sejenak.. 
Adakah ini petanda tak baik?
Hmm..




Raba-raba bawah bantal, cari handphone. Ada 3 message, pengirim yang sama.
*wondering*




Innalillahi wa inna ilaihi raji`uun. 5 sahabat dari UIA KUANTAN terlibat dengan accident. 




Allahuakbar. Semoga mereka berlima selamat. Sorang agak parah. Al-fatihah dan al-ikhlas buat mereka agar masih diberi peluang bernafas di bumi milik Ilahi ini.




Lepas berbalas-balas mesej, termenung lagi sejenak.




Ya Allah.....
Mati itu semakin dekat....
Mati itu bila-bila.....
Mati itu tak kira usia.....




Dosa-dosaku...
Amala-amalanku....
Sumbanganku untuk Islam....
Ditahap mana??




Ada ruangkah untukku menghuni syurga-MU....
Dapatkah matiku dalam Husnul Khatimah....




"ingat mati... Ingat sakit... Ingatlah saat kau sulit... Ingat-ingat hidup cuma satu kali..."










Selamatkan mereka Ya Allah. Jasa dan bakti mereka untuk Islam masih diperlukan.

Jangan buat hal masa orang tengah lapar

Bismillah wal Hamdulillah.


Apa khabar iman lani? Mesti mantop belake nie! (^__^)
Bagus-bagus...


Alhamdulillah hari nie masuk 19 Ramadhan. Cepatnya masa berlalu. Kena rush lagi nie. Jangan menyesal tak sudah bila sesuatu yang sangat berharga pergi meninggalkan kita.


Hari nie dapat lagi berbuka dengan family, alhamdulillah. Disamping tue dapat satu pengajaran berharga. "Jangan buat hal masa orang tengah lapar". Hehe. Macam pelik kan bunyinya. -terasa skema pulak malam nie-


Sebenarnya dah lama perasan pasal nie. Cuma tadi berlaku lagi. Bila adik yang umur 10 tahun nie tetiba buat hal pulak, merajuk masa orang nak berbuka. Pastue bila dah masuk waktu,merajuk tak nak makan nasi (padahal dah duduk pun kat meja). Saya banyak kali dah cakap "makanlah,mengada betul", siap buat muka menyampah -memang kakak yg 'tak patut',bukan nak pujuk- Tue secara luaran je nampak sangat 'tak berhati perut' hakikatnya lembut ego. Dalam hati ada ayat tambahan 'tolongla makan..nanti ummi hilang sabar lagi payah jadinya, tak pasal-pasal dapat sakit lagi'


"makanla!" "makanla!" Bila didesak-desak, keluar air mata pulak. Adesh,tolong jangan shoot babak airmata berlinangan sekarang. Lagi-lagi perut masing-masing dah jerit-jerit nak makan. Ummi pun bangun menghampiri si budak merajuk........dan adegan seterusnya tak dapat nak diceritakan..hehe..


Saya pun teruskan memakan tanpa cuba tidak menghiraukan sekeliling. Dalam hati 'tue la orang dah cakap jangan nak buat hal, masa orang lapar nie jangan la cuba nak ujian kesabaran orang, otak dah tak boleh kawal sangat' -eh,mana ada cakap kat dia, cakap dalam hati je tadi memang la dia tak dengar-








Ok, nie ada satu lagi kejadian yang melibatkan orang lapar.


Disebuah negeri nie, masa tue dah pukul 6 lebih. Jalan pun jam sebab masing-masing nak balik dan berbuka kat umah.. Kami sefamily nak berbuka kat kedai. Abi terpaksa parking kereta jauh sikit sebab parking lain penuh. Elok kami keluar dari kereta, tiba-tiba dengar bunyi dentuman. Ada eksiden ghopenye antara motor dengan kereta kancil tak silap.


Jadi dah benda depan mata, nampak la apa yang berlaku. Yang motor nie sondol belakang kancil dan of course la jatuh. Pemandu kereta tue nampak marah-marah kat budak motor tue. Kuat betul dia tengking. Kawan budak nie(motor lain) bukak helmet bantai sedas pemilik kancil. masa tue suasana dah bising. Yela, ramai orang kerumun tengah jalan. Hangin pemandu kancil nie pun tak taw la. Dia bukak bonnet kuarkan parang. Makin kuat orang-orang yang nak membantu dan 'melihat' jerit. Aish, sangat seram la masa tue. Kawan budak motor yang eksiden tue terus pecut motor lari. Abi yang dah berdiri depan sikit dari kitorang panggil suruh masuk kedai, tak bagi tengok la adegan seterusnya. 


So,masuk kedai sambil mata jeling-jeling lagi kat tempat eksiden tue. Dan tak tahu apa kesudahannya. Tapi bersurai jugak la lepas tue.




kalu baby nie marah comey jgak, tp kalau kita marah? Haiysh~ (cuba try marah dpn cermin)


Pengajaran kat sini, nak buat apa-apa pun fikir dulu. Kalau mood orang tengah tak stabil, gurau pun boleh jadi sebab mati. Gunakan kemahiran berfikir secara kritis dengan baik dan ikut kesesuaian.


Kadang-kadang, kalau orang yang terlalu lapar makan. Dia tak sedar langsung yang kita tengah bercakap dengan dia. Seolah-olah dia berada di dunia yang hanya ada dia dan makanan. Sadis~ Macam upin dan ayam goreng tue. Huhu.


Teringat pernah kena marah sebab bergurau dengan orang sakit kepala. Haish. Salah sendiri jugak pegi buat lawak lagi kat orang sakit.

Friday, August 27, 2010

Bebelan

Bismillah wal Hamdulillah.


Tadi ingat nak blogjogging malam-malam nih. Tapi terasa kelambatan loading page mungkin sebab nie masa orang semua nak meng'online'kan diri. Dan semestinya disebabkan line internet yang sentiasa.....haish~


Buat la satu entry sebelum meng'offl'kan laptop dan mata yang menjerit-jerit minta direhatkan.


See. Siapa yang pernah datang blog nie mungkin perasan kelainan layout -tah2 takde yang perasan- biarlah nak perasan sikit. Tukar templet, membuatkan beberapa part berubah dan ini sangat tidak memuaskan hati. Tapi kerana keletihan konon-kononya beberapa hari lepas, terasa berat tangan nak mengedit. Esok-esoklah ye. 


Mungkin ada orang kata. Alaah, biaq la rupa buruk pun blog yang penting isinya kaw-kaw. Tapi kalau bukak-bukak, orang tengok pun dah tak selera macam mana nak masuk baca entry dalam nih kan?


Ok la, nak tidur dah.


keberatan keamatan rasa mata nih.




Ingat! Mati itu bila-bila. Lailahaillallah..

Thursday, August 26, 2010

Ramadhan makin berlalu

Bismillah wal Hamdulillah.

Alhamdulillah exam cct (Creative and Critical Thinking) sudah selesai di jamu kemarin. Imtihan Ulum Hadis dan Bahasa Melayu Lanjutan pun sudah habis dilapah siang tadi. Mentang-mentang baru habis jawab BM tadi konon nak buat ayat bombastik. Kebaboom! -aik ada background meriam pulak- Seterusnya imtihan Tilawah (Hafazan + Tajwid) akan menyusul dengan hidangan yang lebih lazat mungkin? Oh! Tidak sabar rasanya menanti (Majaz ma'nawi..mehehe)

Hari nie dah masuk 16 Ramadhan, lagi 14 hari nak raya. Baju raya,langsir,sofa,duit raya. Eh, bukanlah raya yang nak diperkatakan sebenaqnya. Sedar tak sedar, hanya tinggal lebih kurang 14 hari lagi untuk kita tukar ke gear 6, tekan minyak kuat-kuat supaya boleh pecut laju selaju-lajunya -bukan rindu serindu-rindunya- untuk mengumpul pahala yang berganda-ganda di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan nie. Dan yang paling penting agar dapat memburu malam al-Qadar yang dijanjikan Allah yang mana malam ini lebih baik dari 1000 bulan. Perhatian! lebih baik dari 'SERIBU' bulan. Tapi, hanya hamba-Nya yang benar-benar terpilih sahaja akan dipertemukan dengan malam al-Qadar itu. Tak rasa tercabarkah kita? Tak rasa cemburukah kita? Tak rasa excited kah untuk merebut malam yang dijanjikan itu? Fikirkan!

Manusia berebut nak tebus point maxis, dapatkan diskaun celcom blue yang ciput. 
Allah bagi bonus lagi menarik untung 1000 bulan!

nota sisipan: Antara gaya/cara berfikir yang terdapat dalam al-Qur'an ialah 'Inquisitive Thinking Style' (tak diterjemah ke bahasa Melayu takut maknanya lain pulak). Inquisitive boleh difahami sebagai 'ingin tahu'. Macam mana nak bagi ada perasaan ingin tahu? Jawapanya dengan bertanyakan soalan. Lagi banyak soalan, lagi banyak kita berfikir dan lebih bertambah pengetahuan. Cuba tengok budak-budak berumur antara 3/4 tahun yang ketika itu dalam proses mengenal dunia. Banyak yang mereka tanyakan. "ibu, kenapa bulan tue ikut kita?"..."kakak,kenapa matahari panas?"..."ayah,macam mana kereta boleh bergerak sendiri?"

Bertanya adalah satu proses pengajaran dan dan pembelajaran yang sangat efektif! Cuba perhatikan cikgu-cikgi dalam kelas. "Lepas huruf 'F', huruf apa????" kanak-kanak riang menjawab "G cikgu...." kanak-kanak yang agak lembab lambat akan berfikir 'yeke huruf G?' lalu dia membelek buku atau menyanyi "A, B, C, D, E, F, G". Begitulah contoh proses 'Inquisitive Thinking'. 

Terlintas contoh lain pulak. Seorang penceramah dum dam tung tang bagi ceramah penuh bersemangat. Kita yang mendengar pun 'angguk-angguk geleng-geleng'(bukan tidur ye),seolah-olah faham. sambil dalam hati sebut 'ohh macam tue'...'la, yeke'...'eh,ada pulak gitu'..Tiba-tiba encik penceramah tue tanya "Ha, cuba kamu andaikan satu situasi berdasarkan apa yang saya terangkan tadi. Insan terpilih akan disoal". Baru la kita mula memerah otak. Kalau dengan mudah kita dapat jawab apa yang disoal bermakna kita faham. Tapi kalau siku-siku orang sebelah, cuit-cuit orang depan "oit,hang paham dak yang bahagian nie,aku tertidoq tadi". Kawan tue pun jelaskan serba sedikit. Jadi kita tahu yang kita kurang faham/tak faham langsung apa yang diterima. Walaupun kelihatan kita faham mi'ah bil mi'ah 100% apa yang disumbatkan dalam telinga.

Dalam al-Qur'an pun terlalu banyak ayat-ayat yang menggunakan persoalan. Supaya manusia berfikir. 

(Dan sebagai buktinya): tidakkah orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu telah mengembara di muka bumi, lalu mereka menyaksikan bagaimana kesudahan orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka, sedang orang-orang itu lebih kekuatannya dari mereka? Dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit atau di bumi; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. 
[ Surah Fatiir : 44 ]

ok tutup mengenai nota sisipan -dah jadi macam entry belajar CCT pulak-

Hmm. Kat mana tadi?

Yup! Lailatul Qodar.

Fikirlah. Samada kita mahu mensia-siakan malam yang Allah janjikan begitu sahaja. Ataupun nak berputus asa sebab dah berusaha pada Ramadhan-Ramadhan lepas tak dapat bertumu Laila al-Qodar. Atau mungkin dah penah jumpa dulu, so sekali seumur hidup cukuplah -bagi yang diberi kesempatan- Fikir, renung dan bertindak.

Jom tadabbur sikit Surah nie.



Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, [1]

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? 
[2]

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. 
[3]

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); 
[4]

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! 
[5]


(Surah al-Qodr : Ayat 1-5)

Tahu dah, ramai yang hafaz Surah  nie 'in arabic'. Siap ada yang tiap kali solat mesti baca surah nie kan? Hehe.. tapi ehh baru tahu maksudnya pasal malam al-Qodr. Tak pun, lama dah tahu maksud Surah nie tapi sekadar tahu. Tak rasa nak buat sesuatu. Tak rasa penting. Sekarang, tepuk hati yang berhabuk dengan dosa tue, jom kita pertingkatkan ibadah, kita tambah iman. 



pic: Suasana ummat Islam di sebuah masjid yang tidak diketahui kedudukannya, beribadah utk mendapatkan malam lebih baik dari seribu bulan -al Qadr-


Jadi, dengan rendah hati saya nak ajak kawan-kawan, sedara-sedara seislamku kita pergi memburu. Memburu Lailatul Qodar. Perbanyakkan dating dengan Allah, rajin-rajin baca love letters from Allah -alQur'an- Semoga kita dipertemukan dengan malam idaman mukminin. Bukan sibuk cakap pasal malam pertama kahwin je. Ingat, malam pertama di kubur macam mana? Bahagia atau menderita?


اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة بكلمة لا إله إلا الله ولا تختم علينا بسوء الخاتمة


"Alangkah bahagianya jika mati dalam bulan Ramadhan, malam al-Qodar, yang penting ketika sedang beribadah, lepas bertaubat bersungguh-sungguh di hadapan Allah" -monolog-


p/s: Entry nie sebenarnya untuk mengetuk hati empunya blog, disamping berkongsi dengan rakan-rakan. Bukanlah baik sangat diri nie, tapi masih berusaha untuk yang jadi terbaik. (^__^)

Wednesday, August 18, 2010

Jom cipta sejarah sendiri

Bismillah wal Hamdulillah..


Alhamdulillah hari nie dah masuk hari ke 8 ummat Islam berpuasa. Harapnya ibadah yang dilakukan makin meningkat dan meningkat setiap hari sehingga ke bulan-bulan seterusnya.


Mungkin ada yang rasa kehidupan di bulan Ramadhan nie agak berlainan dengan bulan lain. Sebabnya selama 30 hari berturut-turut tak boleh makan sama sekali diwaktu siangnya. Tapi, sebenarnya itu bukanlah alasan untuk  mengurangkan aktiviti dan tahap keproaktifan diri di bulan yang amat mulia ini.


Jika kita tengok sejarah-sejarah nabi dan sahabat terdahulu, bulan Ramadhan yang membawa seribu barakah ini terjadinya peristiwa besar yang menunjukkan bulan Ramadhan bukanlah penghalang dan menjadi alasan dalam urusan kehidupan kita terutama urusan berkaitam dengan membantu agama Allah ini.


Ada satu kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Syaari mengenai peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku pada bulan Ramadhan. Dimana ketika itu ummat Islam berada dalam keadaan berlapar dahaga. Tapi kerana keyakinan yang kuat pada Allah, ketaatan kepada Rasulullah dan ketua mereka, segalanya menjadi tidak mustahil. Saya berasa sangat teruja mengikuti setiap ucapan yang diberi oleh ustaz pada malam itu. Ianya bagai satu motivasi yang menaikkan semangat dan mengubah persepsi bahawa Ramadhan bukanlah bulan yang mana ummat Islam menjadi lemah, mundur dan tidak aktiv.


Sepatutnya, Ramadhan adalah satu waktu di mana kita perlu mula membina kekuatan diri samada dalaman dan luaran bagi membuktikan suruhan berpuasa daripada Allah adalah satu perintah yang menggerunkan puak kafir. Selain itu ia perlu menjadi contoh dan ikutan dari mereka yang tidak beragama Islam untuk mengkaji rahsia-rahsia disebalik puasa.


Tapi, amat menyedihkan bila perubahan masyarakat Islam khusunya di Malaysia tercinta ini bukanlah seperti yang dijangkakan. Kita seolah-olah ditusuk dengan pemikiran bahawa puasa adalah memenatkan, melemahkan dan menyusahkan. Banyak contoh yang boleh dilihat dengan terang tanpa perlu bersuluh lagi. Bulan Ramadhan di masjid-masjid (tempat belajar), ramai pelajar-pelajar yang bergelimpangan tidur berbeza dengan bulan-bulan lain. Di dalam kelas juga begitu.


Jika dulu disekolah, kadang-kadang cikgu sendiri cakap "disebabkan bulan Ramadhan, cikgu taw sume letih jadi kita belajar tak berat sangat". Kata-kata sebegini sebenarnya akan tertanam dalam minda pelajar-pelajar dan menganggap bulan puasa semuanya kena 'slow down'.


Sebenarnya kita dah terbiasa dengan kesempurnaan. Tak pernah kurang. Jika dibanding dengan Nabi dan ummat terdahulu, mereka terpaksa mengikat perut kerana tiada makanan. Teringat satu kisah semasa perang Khandak tak silap saya. Seorang sahabat mengikat sebiji batu di perut. Bayangkanlah menggali parit bukanlah kerja ringan, memecahkan batu-batu besar. Dia ingin mengadu kepada Rasulullah mengenai kelaparan dan kepenatan yang dirasakan. Tetapi dia ternampak diperut nabi terikat 3 ketul batu. Dia membatalkan niatnya. Subhanallah begitu sekali kekasih Allah bersabar dengan segala ujian yang diterima. Kita? Tak sampai satu hari tak dapat makan dah moyok, melepek, lembik (sori ye kalau tak paham words ni). Ambil contoh ummat terdahulu yang mana iman mereka kental walau bermacam ujian, dugaan dan kesusahan yang diterima. Mereka tetap kuat dan mampu melawan musuh Allah walaupun dalam keadaan berpuasa.


Boleh cari kat youtube pasal The battles of Ramadhan. Menakjubkan. Subhanallah. Nak upload kat sini susah kerana wifi jenama siput.


antara perang yang berlaku dalam bulan Ramadan 




Bak kata ustaz, buatlah sejarah sendiri di bulan Ramadhan nie. Apa sejarah yang kita nak buat? Biarpun tak termaktub sebagai sejarah dunia, tapi ian menjadi sejarah yang hebat yang dilakukan oleh diri kita. Jom cipta sejarah!


**aik, dah pukul 6 lebih? Terasa cepat pula waktu berdetik.
** Aish, nak tulis entry lain tapi lain yang kuar. Next entry (pasal aurat, perempuan tak malu dan lelaki banyak komen).
** Nak pegi cuci mata beli makanan berbuka~ hee....




Ramadhan makin kurang harinya.. Pecut~

Friday, August 6, 2010

Islamku

Bismillah wal Hamdulillah.

Nasyid dendangan Kumpulan La Khauf…

lagu : Allahyarham Ustaz Rosli Othman
lirik : Allahyarham Ustaz Rosli Othman 


MUSLIM SEJATI DIMANAKAH DIKAU PERGI

MUSLIMAH MITHALI
KEMANA KAU MENGHILANG DIRI
ZAMAN PERLUKAN DIRIMU
UMMAH PERLUKAN JIWAMU 2X

KE MANAKAH DIKAU PERGI
UMMAHMU TERCARI-CARI
DIRIMU OH MUSLIM  SEJATI

KE  MANA KAU MENGHILANG DIRI…
KE  MANAKAH DIKAU PERGI
DIRIMU MUSLIMAH MITHALI
UMMAHMU TERNANTI-NANTI
KEMARILAH KEMARI

AKU DATANG MENYAHUT SERUANMU
AKU DATANG MENYAHUT LAMBAIANMU
AKU DATANG MENYAHUT KEWAJIPAN
YANG DITENTUKAN…

CHORUS

ISLAMKU…
USAH KAU MENANGIS LAGI
USAH KAU MERAYU LAGI
SENYUMLAH KEPADA KU
KINI AKU DATANG KEPADAMU
ENGKAULAH KEKASIHKU
KU SETIA HANYA PADAMU
RELAKU BERKORBAN
DEMIMU OH ISLAMKU

 inikah kita??

 atau yang ini??


tepuk dada, tanya iman.......

~ Hmm.. Bila Ramadhan makin menjelma, teringat kenangan bersama Arwah Ustaz Rosli. Segalanya tersemat kukuh diingatan.. Semoga beliau berbahagia di alam sana bersama mereka yang Allah janjikan syurga -al Fatihah-

~ Maut makin menghampiri. Tiap detikan waktu, ia makin dekaat. Apa sumbangan kita terhadap Islam dan Ummatnya? Masih mahu berfikir? Bertindaklah! Selagi masih diberi kesempatan waktu..

 

Formula apa nie?

Bismillah wal Hamdulillah..

ehem..

Baru balik dari perjumpaan. Terus mengadap laptop. Stokin tak bukak lagi. Ish3. xmenyempat-nyempat...
Hehehe..

Ada satu satu benda nak kongsi. Nie satu antara yang dapat dari perjumpaan tadi. Banyak lagi yang lain. Tapi nak bagitau yang nie dulu.. Tak nak tau, ikut suka.. Amek tau lagi bagus.. Ok stop menggoreng~

Sepanjang belajar matematik moden dan matematik tambahan, daripada pelajaran tue dalam bahasa Melayu sampailah kerajaan tukar ke dalam Bahasa Inggeris, tak pernah jumpa lagi formula nie.

6 - 1 = 0

hmm.. Ada sape² penah terjumpa atau terbelajar? 

Engineer student?

Medical student?

Accounting students?

Dan pelajar² lain?


Ha.. Hari nie kita bakal dapat satu formula yang ramai orang tau tapi tak perasan. 

Apekebenda 6 - 1= 0 nieh?

Jawapannya RUKUN IMAN...

begitu juga..6 - 2 = 0

juga..6 - 3 = 0

dan seterusnya...

Ok sekarang paham tak?
Oh kurang jelas..

Contohnya, seorang hamba Allah mengaku beriman dengan rukun Iman kecuali percaya pada Qadha' dan Qadar, dia tak percaya kepada Qadha' dan Qadar. Bagaimana dia mengaku beriman pada Allah sedangkan Allah yang menentukan setiap apa yang ditakdirkan pada diri setiap hambanya. Bagaimana pula dengan beriman kepada Rasul, bukankah Allah yang utuskan Rasul. Dan seterusnya...



contoh lain..

Seorang manusia mengaku beriman dengan rukun Iman kecuali hari qiamat.. Ini bermakna dia tidak meyakini keseluruhan Al-Qur'an yang banyak menyebutkan tentang Qiamat. Al-Qur'an pula adalah kalam Allah. Bagaimana dia tidak berpegang akan berlakunya Qiamat sedangkan Allah telah memberitahu di dalam kitab-Nya. Dan seterusnya...

Moga-moga dapat apa yang ingin saya kongsikan. Walaupun kelihatan kecil, tapi ia berkaitan dengan Aqidah dan kepercayaan kita. Pelihara Aqidah sebaiknya. Yakini Allah Tuhan sekalian makhluk.
 
 menusuk dalam ke hati, jantung dan limpa..

wallahua'lam.

Jika ada kesilapan, tegurlah dengan kadar segera..^____^

*ok, nak bukak stokin jap..heheh*


Wednesday, August 4, 2010

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan

Bismillah wal Hamdulillah.

Sahabat-sahabat sedar tak sekarang ada sesuatu yang dinanti-natikan ummat Islam hampir tiba.. Satu bulan yang segala pahala setiap amalan kebaikan kita digandakan.. Bulan yang terdapat padanya taraweh, bulan yang padanya Allah mengurniakan lailatulqodar.. Dan juga bulan al-Qur'an diturunkan..

Ya!! Bulan Ramadhan al-Mubarak..


Ada yang memang mengira countdown ke bulan yang penuh barakah ini.. Ada yang jenguk kalendar Islam baru perasan lagi berapa hari je nak ramadhan.. Tak kurang yang sedar makin tibanya bulan ramadhan kerana adanya sale raya, jualan kuih raya, iklan tempahan baju raya. (ada bagusnya mereka yang semangat raya nie).. Tapi 'puasa dulu baru raya'..

Selalunya.. Bila sebut bulan ramadhan, bulan puasa apa kebiasaan masyarakat melayu khusunya akan fikir...

Buah kurma/ tamar ~ Masa nie pengusaha kurma dapat untung lumayan. Semua nak berbuka dengan kurma. Sebutlah segala jenis kurma.. Kurma ajwad, kurma mariami, kurma hadis.. Semua ada..


Bazar ramadhan ~ Nie memang femes sangat.. Peniaga bazar dah siap sedia apa yang nak dijual, pembeli juga tak kurang hebatnya memikir apa yang patut dibeli untuk berbuka.. Mungkin ada yang dah senaraikan menu berbuka untuk sepanjang ramdhan (ada ke).. Yang penting janganlah membazir ye.. Dan terawih jangan dilupa...

lagi.....

Tarawih ~ Lagi-lagi malam pertama puasa.. Tue dia.. Penuh masjid.. Siap pasang khemah sebab tak muat tampung jemaah nak solat tarawih.. Ingat sorang ustaz nie cakap.. Malam pertama 10 khemah.. Pastue makin kurang.. Sampai 10 akhir ramadhan, tinggal 1 saf je makmum sebab yang lain sibuk beli persiapan raya.. Sedih dengar.. Jadi, beli la awal-awal.. Sekarang jugak pi beli! hee.. Beli waktu siang..

Dan yang lain-lain silalah state sendiri.. Tak mampu nak mengembangkan daya pemikiran dah sekarang.. Sambutlah Ramadhan dengan penuh kegembiraan.. Ia hanya datang setahun sekali... Persoalannya sempatkah kita bertemu dengan Ramadhan kali nie dan akan datang???

اللهم بلِّغْنا في رمضان
Ya Allah, sampaikanlah kami pada Bulan Ramadhan.

Sedikit bingkisan yang diambil dari lirik lagu rabbani...

Hikmah Ramadhan

Album :
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com


Alhamdulillah... Alhamdulillah
Ramadan kini tiba lagi
Alhamdulillah... Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa

Bulan Ramadan tiba lagi
Membawa hikmah dan pengajaran
MEndidik jiwa orang bertakwa
Menginsafkan diri siapa kita

Jagalah adab di bulan ini
Berbukalah dengan sezeki yang halal
Sediakan juadah yang berpatutan
Elakkan diri dari pemmbaziran

Berbagai hikmah dan baraqah
Terkandung di dalam bulan Ramadan
Dikurniakan juga Lailatulqadar
Malam terpilih sepuluh malam terakhir

Puasa bukan hanya berlapar
Tapi ia jalan menuju ketakwaan
Ibadat dibina dari hati maknawi
Redha lagi pasrah penuh kehambaan

Alhamdulillah... Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa

perkongsian hidup

Bismillah wal Hamdulillah.

Lama sudah jari ini tidak menaip di ruangan blog. Kebanyakannya hanyalah copy - edit - paste ~

Alhamdulillah sudah sebulan lebih mendiami bumi UIAM Gombak. Sekarang dah boleh adapt dengan suasana, kejauhan antara kelas - mahallah, makanan cafe dan yang sewaktu dengannya. Paling penting... Dah dapat ingat kat mana kelas..library..kulliyyaat..CELPAD..Admin...cafe best..babush..(dah..malas nak senaraikan)

 patutla penat berjalannnn~

Yang sedihnya, sudah begitu banyak duit berterbangan.. Beli tue, beli nie, bayor benda tue, bagi duit kat orang nie.. tapi takpe.. saya rela...(dalam terpaksa).. Tak tau la kenapa dalam pikiran nie, asyik bandingkan UIA Gombak nie dengan UIA Nilai.. Dulu kat Nilai, setakat festival boleh kira berapa kali je dalam dua tahun pengembaraan disana. Tue pun biasa² je la.. Sampai kat Gombak, ada je karnival la, festival la, pc fair la.. Yang pelik, dulu takde pulak bernafsu nak beli barang-barang jualan semua tue.. Setakat jalan-jalan cuci mata je(tengok barang bukan tengok orang).. Tapi kat sini, tengok tue rasa penting,, Tengok kat sana, wajib kena beli.. jeling sebeleh, eh yang nie tak beli lagi..(tiba-tiba banyak pulak barang penting yek).. Tu antara situasi beberapa minggu lepas.. Mulai minggu nie, berazam kalau lalu pun tak nak pandang dah jualan-jualan yang ada.. Biarlah penting macam mana pun.. Dah terdesak sangat sampai boleh sakit kalau tak beli, baru boleh pertimbangkan(harap-harap azam nie bertahan lama..hehe)..

Alamak..apa cerita pasal UIA pulak nie..

So far, hidup kat sini ok.. Walaupun kadang-kadang macam tak sempat nak bernafas..tapi..ada masa rasa macam terlebih udara.. hehe.. 

Tiap malam ada je program, talk, talaqqi, hiburan.. Ikut hati semua nak pergi tapi baik tumpu satu-satu. Biar boleh fokus.. Kalau semua nak, nanti jadi lebai malang pulak.. Semua tak dapat..Apa-apa pun, benda macam nie penting dalam hidup kita.. Disamping study.. Hati kita pun kena percik-percikkan peringatan agar kita tak lupa.. Kalau boleh simbah dengan ceramah dan kuliah agar jiwa sentiasa segar dan bertenaga.. Kalau malas sangat nak menapak tangga ke tangga dan bukit ke bukit, bukak youtube dengar mana-mana ceramah.. Jangan biar hati nie gelap dan sunyi tanpa peringatan.. Sebab hakikat iman kita adakalanya naik, adakalanya turun.. Kita bukan malaikat, apatah lagi nabi dan rasul.. Pesanan buat diri ini juga yang sentiasa leka..

 jaga hati, tambah iman..

Hari Membakar Qur'an Antarabangsa

Bismillah wal Hamdulillah.

Isu yang baru diterima sebentar tadi. menyebabkan saya tersentak. Apa masalah mereka dengan Islam?


Paderi Terry Jones, penulis buku ‘Islam is of the evil‘ berkempen mempromosikan Hari Membakar Quran di gereja di Gainsville, Florida, Amerika Syarikat di antara 6 petang dan 9 malam pada 11 September 2010.
Tujuan hari dianjurkan The Dove World Outreach Center itu untuk memperingati mangsa kejadian 9/11 dan kononnya untuk menentang keganasan Islam.

Paderi sama dilaporkan menggesa semua penganut agama Kristian di Amerika Syarikat menghantar salinan Quran melalui internet untuk dibakar dalam jumlah banyak. Dia mendakwa, polis menghormati hak terbabit manakala pasukan bomba tidak menghadapi masalah berhubung rancangan melaksanakan tindakan itu.
 

Gereja sama turut menjual mug dan kemeja-t dicetak phrasa ‘Islam is of the evil’.
Berikut antara kenyataan dikeluarkan gereja terbabit.
“To expose Islam for what it is. It is a violent and oppressive religion that is trying to masquerade as a religion of peace, seeking to deceive our society”
Perincian laporan, baca di sini.
Saksikan juga temubual paderi terbabit di CNN.

Bersama kita saksikan perkembangan reaksi 1.5 billion penganut agama Islam di seluruh dunia. Adakah semangat penganut Islam akan terbakar dengan tindakan mereka ini... Bangkit! Bangkit!

Tuesday, August 3, 2010

Bismillah wal Hamdulillah.



Marilah kita mengkaji satu hadis yang diriwayatkan oleh Sayidina Umar r.a. Daripada Amirul Mukminin Umar ibnu Khattab, katanya: Sedang kami duduk bersama-sama Rasulullah s.a.w.., tiba-tiba muncul seorang lelaki yang putih bersih pakaiannya, yang terlalu hitam rambutnya, tidak ada tanda-tanda musafir dari jauh dan tidak ada seorang pun daripada kami yang mengenalinya.

Tiba-tiba dia duduk terlalu dekat dengan Rasulullah s.a.w. sehingga berlaga lutut dengan Rasulullah s.a.w. Dia meletak kedua belah tangannya di atas kedua paha Rasulullah s..a.w. dan berkata: Wahai Muhammad, khabarkan kepadaku apa dia Islam. Sabda Rasulullah s.a.w.: Islam itu ialah bahawa engkau menyaksikan yakin bahawa tidak ada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dan Muhammad itu rasulullah, kamu mendirikan sembahyang, kamu menunaikan zakat, kamu berpuasa pada bulan Ramadan dan kamu mengerjakan haji ke Baitullahilharam sekiranya mampu mengerjakannya. Lelaki itu berkata: Betul.

Sayidina Umar berkata: Kami merasa hairan, dia bertanya Rasulullah s.a.w. kemudian membenarkannya apa yang ditanya. Dia bertanya lagi, apa dia iman. Sabda Rasulullah s.a.w. iman itu engkau percaya kepada Allah, kepada malaikat, kepada kitab-kitab, kepada rasul, kepada hari akhirat dan kepada qadar baik dan jahatnya. Dia berkata: Ya, benar! Dia bertanya lagi, apa dia ihsan. Jawab Rasulullah s.a.w. ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, jika kamu tidak melihat-Nya, maka yakinlah bahawa Dia melihat kamu. Lelaki itu berkata: Ya, benar! Dia bertanya lagi, ceritakan kepadaku berkenaan dengan kiamat, bilakah berlaku kiamat. Jawab Rasulullah s.a.w.: Bukanlah orang yang ditanya lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Dia bertanya lagi, ceritakan kepadaku tanda-tanda kiamat. Jawab Rasulullah s.a.w.: Engkau melihat hamba perempuan yang melahirkan anak yang menjadi tuannya, orang-orang yang bangsat dan papa, bertelanjang
kerana tidak ada pakaian, yang berkaki ayam dan gembala-gembala kambing, tiba-tiba mereka berlumba-lumba mendirikan bangunan-bangunan yang tinggi, kemudian lelaki itu berundur.

Sayidina Umar berkata: Kami terdiam. Tiba-tiba Rasulullah s.a.w. bertanya: Wahai Umar, adakah engkau tahu siapakah yang bertanya tadi. Jawab Umar: Allah dan rasul-Nya lebih mengetahui. Sabda Rasulullah s.a.w.: Itulah Jibril, dia datang kepada kamu mengajar tentang agama kamu. (Riwayat Muslim)

Hadis ini menerangkan keseluruhan ajaran Islam yang terdiri daripada iman, Islam dan ihsan. Ia merupakan agenda pembangunan manusia dan masyarakat daripada Allah SWT di atas muka bumi ini agar mereka dapat mengabdikan diri kepada Allah dengan sebaik-baiknya.

Allah sentiasa menguji manusia di atas muka bumi ini sebagaimana firman-Nya (yang bermaksud): Maha suci Tuhan yang berada dalam tangan-Nya kerajaan, Dia Maha Berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu. Dialah Tuhan yang menjadi hidup dan mati bagi kamu untuk menguji dan mencuba kamu dalam kehidupan dunia ini siapakah di kalangan kamu yang baik amalannya, Dia ialah Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Al-Mulk: 1-2)

Allah SWT tidak menjadikan manusia dengan membiarkan mereka begitu sahaja tetapi mengutuskan para nabi dan rasul dengan membawa ajaran Islam supaya manusia hidup dengan betul, melakukan perkara-perkara yang memberi manfaat kepada mereka di dunia dan akhirat.
Mengapa hari ini kita berada dalam dunia yang penuh dengan bencana sedangkan manusia berada pada tahap yang paling mewah dan kaya? Benarlah apa yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. (maksudnya): Berlumba mendirikan bangunan-bangunan tinggi (dengan menamakan sebagai bangunan pencakar langit), begitu sombong dan angkuhnya manusia sedangkan di sana masih ada mereka yang miskin, kebuluran, terbiar sakit yang tidak ada wang untuk membiayai kos perubatan, tidak ada harta untuk menyara keluarga dan pendidikan anak-anak.

Dalam masa yang sama berlakunya keruntuhan akhlak, maksiat dan kemungkaran yang berleluasa, jenayah yang membahayakan masyarakat, keganasan yang menjadikan manusia lebih jahat daripada binatang buas.

Marilah kita membuat muhasabah diri dan melihat bahawa puncanya adalah kerana manusia meninggalkan ajaran daripada Allah SWT. Manusia telah merosakkan iman, Islam dan ihsan. Iman itu ialah kepercayaan kepada Allah dan segala perintah Allah SWT. Tetapi hari ini kita melihat umat Islam lemah dan ada yang runtuh musnah. Mereka lari daripada petunjuk Allah SWT dengan mencipta petunjuk sendiri dan mereka sesat dalam petunjuk tersebut. Allah SWT mengajar mereka dengan kemusnahan itu agar mereka sedar dan insaf.

Islam itu ialah syariat Allah yang mengatur kehidupan manusia sama ada diri, keluarga, masyarakat dan pembangunan negara. Manusia telah meninggalkan syariat Allah SWT dengan membuat peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizin oleh Allah SWT serta berlagak seolah-olah lebih pandai daripada Allah SWT. Ada juga yang terlibat dalam makanan, minuman, pakaian, pergaulan yang haram serta melakukan perbuatan yang melampaui batas-batas syarak. Manakala ihsan itu ialah akhlak dan hubungan yang baik dengan Allah SWT..

Manusia hari ini memutuskan hubungan dengan Allah SWT, mengadakan hubungan secara tipu dan tidak ikhlas di hadapan Allah SWT, kononnya menunjuk-nunjuk Islam tetapi dalam masa yang sama merobek-robekkan Islam. Berlakunya keruntuhan dalam rumah tangga iaitu ibu bapa tidak menunaikan tanggungjawab terhadap anak dan isteri serta sebaliknya. Hubungan keluarga musnah dan hancur. Sudahlah meninggalkan hubungan dengan Allah SWT, berlagak sombong dengan Allah, berbangga-bangga dengan kemegahan dan kemewahan.

Marilah kita melihat dengan cahaya petunjuk daripada Allah SWT, adakah amaran Rasulullah s.a.w. telah berlaku. Perhatikanlah dengan hati yang ikhlas.
Firman Allah (maksudnya): Dan apabila Kami menghendaki untuk menghancurkan sesuatu kampung dan negeri, Kami jadikan orang-orang yang senang dan mewah di negeri itu dengan perintah Kami, tiba-tiba mereka melakukan kejahatan, maksiat. Maka benarlah ke atas Allah firman-Nya, maka Kami membinasakan mereka sehancur-hancurnya. (Al-Israk: 16)

*Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails