Wednesday, July 25, 2012

Belum Cukup Cukup Lagi

Bismillah wal Hamdulillah.


Baru-baru ni masa makan sambil sembang-sembang sikit dengan mak dan ayah. Sampailah masuk cerita bab arwah nenek dan atuk (belah mak). Rumah arwah nenek dan atuk sebelah dengan rumah kami. 


Mak cakap, "dulu nenek selalu bawa botol datang amek air" (sebab rumah kami ada air tapis tu).


Lepas tu masing-masing diam kejap. Kunyah-kunyah. Tapi otak duk fikir benda lain.


Tiba-tiba ayah tanya kat mak dengan suara perlahan, "ummi rasa..puas hati tak berbakti pada mak dengan ayah (merujuk pada arwah nenek dan atuk saya).


Mak diam. Saya yang jadi tukang dengar pun diam.


Ayah tengok mak, minta jawapan.


Mak tunduk. Kunyah-kunyah. "emm.." Hanya itu yang kedengaran.


Kemudian, memasing layan perasaan.




Hati ini terkedu sekejap. Sebanyak mana pun kita cuba nak balas jasa mak ayah, tetap rasa tak cukup. Tetap rasa tak akan pernah dapat membalas jasa mereka.


Selagi mereka masih ada di dunia ini, teruskan berbakti. Walau ada perkara yang tak kena pada hati, tetaplah kita hormati. Bila dah tiada nanti, teruskan doa jangan berhenti.


"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosaku, dan dosa kedua ibubapaku, dan kasihilah mereka sepertimana mereka mengasihiku sejak kecil"


*Arwah nenek baik sangat, tak pernah rasanya naik suara atau kena marah.

*Arwah atuk tegas, maklumlah bekas polis, tapi sangat terkesan dengan semangat yang ada dalam dirinya. Kalau sembang, kita yang angkat bendera putih dulu. Tapi, macam-macam ilmu dapat. Lagi best, atuk penyokong tegar 'bulan' :)



Dah 2 tahun lebih mereka meninggalkan kamii. Moga mereka bahagia disana. Amiin. Kami pula akan menyusul nanti.

Saturday, June 16, 2012

Akukah Yang Bersalah?


Bismillah wal Hamdulillah.

Wah wah tajuk tak nak kalah~

Ini sebenarnya kisah lama. Beberapa tahun lalu. Terjumpa dalam folder laptop. Saya kongsikan buat tatapan kita bersama. Maga ada manfaat~

Kerap kali bermain di benakku mengenai satu persoalan yang terkadang mengundang jelek di hati ini. Pernah juga terasa perbuatanku seolah-olah satu kesalahan atau mungkin perkara yang tidak patut dilakukan. 

Pertama kali perasaan ini wujud tatkala aku berjalan untuk membeli barang dengan salah seorang roommateku. Dia yang lebih selesa dengan t-shirt dan tudung 3segi biasa di sempang ke tepi  kelihatan tenang.

Tiba-tiba seorang sahabat yang bersama mengusahakan kerja-kerja dakwah disini menegurku. Dengan ramah dia memberi salam,kelihatan ayu dengan tudung labuhnya.

“ai fizah, kawan baru nampak” katanya sambil tersenyum. Aku hanya membalas dengan senyuman.

Sebenarnya berkira-kira jawapan yang perlu diberikan. Tetapi kerana masing-masing ada perkara yang ingin dilakukan, kami berpisah diakhiri senyuman.

Mindaku mula memproses data yang baru diterima. Apa dia? Teruskan membaca.

Kali kedua berlaku tadi (tak ingat dah bila masa ni). 2 orang roommateku beria-ia mengajakku ke NS yang terletak betul-betul dihadapan mahallah (hostel) kami. Mulanya hendak menolak kerana sudah petang. Tetapi bila difikirkan sehari-suntuk terperap dalam bilik, aku setuju menemani mereka. Boleh keluarkan peluh sikit.

Mereka ber’t-shirt’, seluar dan tudung ‘ariyani’(kalau tak silap). Sepanjang perjalanan, aku rasa diperhatikan dengan pandangan aneh oleh beberapa pasang mata. Sahabat-sahabat seusrah hanya memandang dengan sedikit senyuman apabila terserempak denganku. Tiada teguran mesra.

Bila aku tegur, mereka senyum sambil curi-curi pandang roommateku. Aku sangat terkesan bila salah seorang roommateku bersuara, 

“kenapa hari nie rasa mcm orang pandang semacam je?” 

Otakku mula search data yang pernah diproses dulu.. Sebenarnya aku malu dengan roommates ku. Aku masih bingung, apakah tujuan sebenar sahabatku yang pertama mengungkapkan kata-kata itu. ‘ada kawan baru nampak’ dan apakah maksud disebalik perlakuan sahabat2ku sebentar tadi.Adakah kerana aku dengan roommate ku berbeza penampilan?

Salahkah jika aku berkawan dengan orang yang mungkin berbeza zahir atau batin? Adakah berjubah dan bertudung labuh mesti bersahabat dengan kalangan mereka sahaja? Adakah mereka yang memakai tudung 3 segi hanya boleh bersama dengan kalangan mereka sahaja?

Jika jawapannya ‘YA’ dimanakah sangkaan baik yang al-Imam as-Syafie wasiatkan. Jika ‘benar’ itu lebih kena, apakah jenis dakwah yang sedang kita lakukan?

Mudahkah untuk berdakwah jika da’ie tidak kenal mad’u nya?

Senangkah utk memberitahu kebenaran pada orang sedangkan kita menjauhi orang tersebut?

Bagaimana nak harapkan penerimaan orang terhadap dakwah Islam yg kita bawa sedang kita tidak dapat menerima keadaan mad’u tersebut?

Apa guna belajar Critical Thinking kalau tak tahu mengaplikasinya untuk kegunaan Islam. Fikir-fikirkanlah.

“JIKA KAMU BERTEMU DENGAN ORANG YANG JAHIL, JANGANLAH KAMU MENGANGGAP DIRI KAMU LEBIH MULIA DARINYA KERANA DIA BERBUAT DOSA KERANA KEJAHILANNYA SEDANG KITA MEMBUAT DOSA DALAM KEADAAN MENGETAUI HUKUMNYA." -Imam AlGhazali-
:) 

Tuesday, June 12, 2012

Rindu Tercipta

Bismillah wal Hamdulillah.


Sudah hampir 6 hari bercuti, tinggalkan kesibukan bahs (assignment), taqdim (presentations), imtihan (exams) dan lain-lain. Alhamdulillah, sampai ke hari ini masa masih terisi dengan pelbagai perkara.


Pejam celik, tidur jaga, sudah 2 tahun belajar di main campus Gombak. Melalui bermacam keseronokan, keperitan, kesedihan. Allah..cepatnya masa berlalu.


Diri ini sentiasa rindu kenangan lama di sekolah, di CFS Nilai. Terutama memori dengan sahabat-sahabat, adik-adik, kakak-kakak yang pernah bersama dalam satu asrama, dalam satu bilik. Berkongsi segalanya bersama. Hati ini terlalu rindu. Entah bagaimana pula kalian. 


Sekarang susah nak berjumpa bertentang mata. Masing-masing sibuk dengan urusan dan hal sendiri. Jika terserempak pun, sepertinya tidak sempat untuk berbicara. Ya, hidup ini bergerak pantas. Mahu tidak mahu, kita perlu sama pantas merentasinya.


Hanya doa yang dapat kukirimankan. Biar mata tidak bertemu, tapi hati dekat selalu. 


Allah sengaja cipta rasa rindu ini supaya kita saling mengingati. Terima kasih Ya Allah.


SAHABAT
are like stars.
you don't always see them,
but you know they're always there.

Tujuannya SATU, jalannya BERIBU

Bismillah wal Hamdulillah.


Penyakit tak tahu nak mula tulis sekonyongnya terjadi lagi. *huf huf.


Lama sungguh tinggalkan omongan dan picitan kekunci untuk ditepek dalam blog ni. Terasa satu kehilangan. Puas sudah ku gelintar segenap ruang (baca dengan nada poyo terlampau). Tercari-cari punca kekosongan ini. Rupanya, jemari ini hilang semangatnya.


Sudah cukup cukup sudah, Hafizah!


Sebenarnya lama menghilang kerana asyik berfikir apa yang nak dicoretan dalam laman murahan (percuma padahal) seperti ini. 


Membuka satu persatu laman 'mereka', terasa kerdil diri ini. 'Mereka' menulis hal besar-pening-migrain, sedang di sini penuh dengan tulisan santai-ringan-merapu. 'Mereka' mentarbiyyah pembaca dengan pelbagai gaya osem-mantop-terbeliak, sedang laman ini terkial-kial dan terkebil-kebil dengan isi suram.


'Mahu sepeti merekaaaaaa!' jerit sang hati.


'Ehem' Aqal berehem seketika. 'jadilah diri sendiri. Kita semua nak jadi terbaik dan makin terbaik. Tapi jangan sampai tergendala usaha kecil kita. Mula dari yang mudah. Mula dari bawah.'


Pandai pula bersembang depa berdua ni~


Saya seorang yang sangat berfikir apa orang kata. Kalau buat ni, agaknya apa mereka kata. Kalau buat tu, apa pula kata orang. Ia menjadikan kita takut untuk buat sesuatu. TERLALU berhati-hati.


Penting berhati-hati tapi berpada-pada.


Makin lama makin sedar, apapun yang kita buat takkan dapat memuaskan hati semua orang. Kita tak mampu nak jangka pemikiran orang.


Jadi, PERLU ambil langkah untuk buat apa yang kita rasa betul. Dan, ianya juga MESTI 'betul' pada pandangan Allah swt.


Sekarang saya dah mula langkah. Sambil belajar memekakkan telinga dengan cemuhan. Kita buat cara kita. Kita semua ada satu matlamat yang hendak di capai. MARDHATILLAH. Cuma jalannya mungkin berbeza. Mari meramaikan! :)




"Menjadi diriku dengan segala kekurangan, menjadi diriku atas kelebihanku" -edcoustic

Sunday, June 10, 2012

Kamu, mari klik sini sekejap

Bismillah wal Hamdulillah.


Akhirnya setelah sekian lama, blog di update! *tepuk tangan untuk diri sendiri

Dalam entry ni cuma nak bagitau, sekarang tengah CUTI sem. Itu sahaja. Sekian terima kaseyyy.





P/s: InsyaAllah akan memaksa diri untuk kembali berblog. Mahu kembali mencari kepuasan buat diri dengan menulis.


Nah sekepim.


Tuesday, January 24, 2012

Benda Baik Bukan Untuk Orang Baik Je

Bismillah wal Hamdulillah.

Assalamu'alaykum..

Lama tak mengetik dalam blog. Blog picisan seperti ini hanyalah sebagai laman luahan dan perkongsian sekeping hati yang sentiasa berbolak-balik. Ianya kesukaan dan kegemaran :)

Banyak lagi blog-blog yang bagus dan bermanfaat. Kemunculan blog-blog 'osem' (baca: awesome) juga sangat osem lah! Dapat menarik hati-hati untuk mengenal Islam dengan cara sungguh osem. Menarik jiwa-jiwa terutamanya jiwa remaja untuk mengikuti 'bulatan gembira' (baca: usrah) yang sememangnya osem juga. Oh, banyaknya OSEM. 

Usrah? Eh apa tu? Masa belajar kat sekolah dulu, usrah tu keluarga, kan?

Dah tu apa sibuk-sibuk nak join usrah. Kita semua ada keluarga. Mak, ayah, kakak, hadek-hadek kat rumah. Err, kalau anak yatim piatu tak ada adik-beradik? Err, ada pakcik, makcik atau keluarga kat rumah anak yatim. Hee.

Ok baik. Usrah ni ada juga panggil halaqah, study circle, dan lain-lain. Mengikut kefahaman saya, usrah ni satu kumpulan manusia tertentu, yang mahu memahami Islam dengan lebih mendalam, berkumpul pada masa tertentu, melakukan aktiviti tertentu, dengan tujuan tertentu.

Tak faham kan? Haha.

Mari-mari, saya tunjukkan definisi yang lebih tersusun dan insyaAllah lebih mudah difahami.

"Dari segi bahasa, perkataan usrah (bahasa Arab) bermaksud keluarga.

Kamus Dewan Edisi Ketiga menyatakan, usrah ialah perkumpulan yang melibatkan kegiatan agama seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk agama dan sebagainya.

Dari segi istilah, usrah ialah kelompok manusia yang beriman dengan Islam dan berusaha tolong-menolong sesama sendiri untuk memahami dan menghayati Islam; berusaha mempertingkatkan ilmu dan amal, dan menghindari maksiat dan permusuhan berdasarkan firman Allah (maksudnya): 


Bertolong-tolonganlah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras seksanya. (Al-Maidah : 2)"

Tapi...!!

Diatas adalah definisi asas. Maksud sebenarnya lebih luas mengikut apa yang kita mahu dan cara dikendalikan. Jika kita mahu usrah yang osem, maka osem lah! Jika mahu usrah 'skema', maka 'skema' lah! Jika mahu usrah santai, maka santai lah! Yang penting, tujuannya bisa dicapai, ilmu dapat dikongsikan, ukhuwwah menjadi makin erat, keimanan dipertingkat!

-Saya pernah join usrah, tapi bosan je. Tak ada pun osem-osem tuh! Semua tudung labuh-labuh, cakap baik-baik, lemah-lembut, rasa tersisih pula saya yang tudung biasa, ilmu pun ciput, rock pulak tu. Huhu.

Nampaknya perkara asas belum settle. Belum mantap memahami rukun-rukun usrah yakni,

1) Ta'aruf - BERKENALAN sesama sendiri dan berkasih sayang dengan semangat cinta kepada Allah dan berusaha menghindarkan sebarang kekeruhan yang merenggangkan persahabatan.

2) Tafahum - Saling BERSEFAHAMAN dalam memahami Islam dan menghayatinya.

3) Takaful - BANTU-MEMBANTU iaitu bekerjasama dalam amal makruf dan nahi mungkar, bersama-samamenggalakkan kebaikan dan bersama-sama menjauhkan kemungkaran

Naqib/naqibah yang kendalikan usrah perlu perhatikan perkara ini. Bukan semata-mata menghabiskan silibus usrah yang mungkin berat bagi sesetengah orang. Ikutlah kesesuaian mad'u.

-Tapi kan....saya tak join usrah. Macam susah nak cari usrah osem ni. Yang ada, banyaknya tak kena dengan jiwa.

Tak susah, kumpul kawan-kawan buat usrah sendiri. Seminggu sekali jumpa, buat aktiviti yang boleh capai tujuan usrah anda :)

-Tapi....kawan-kawan saya tak minat pula. Mereka lebih suka bersosial. Ajak makan cepat, ajak tengok movie cepat, ajak usrah tiba-tiba ada kerja.

Mudah juga :) Jadikan makan sebagai usrah, tengok movie sebagai usrah, jalan-jalan sebagai usrah. No need to mention 'usrah' la kan. Aktiviti bersama akan eratkan persahabatan, saling kenal dengan lebih rapat, tahu bila mereka ada masalah dan bantu selesaikan, masa jumpa cuba timbulkan isu supaya dapat bertukar pandangan walaupun hal kecil, tengok movie yang ada pengajaran dan lain-lain ikut kreativiti masing-masing.

Inilah usrah tanpa sedar namanya. Hehe. Tak perlu terlampau terikat pada perkataan 'usrah' menyebabkan terhenti segala niat untuk kita berbuat kebaikan. Cuma, dalam masa yang sama bergaullah juga dengan mereka yang kita anggap 'skema' ni kerana merekalah yang akan menasihati dan mengingatkan kita.

Sayanglah, kita ada peluang untuk dakwah diri sendiri dan orang lain orang, tapi kita sia-siakan.

Saya pun faham, susah nak ajak orang ber'usrah'. Kadang-kadang susah tu dari diri kita juga. Kita rasa tak layak je nak ajak orang. Rasa macam poyo eh? Hehe. Jadi kita ubah sedikit supaya sesuai dengan jiwa kita sendiri dan jiwa rakan-rakan.


Dulu pun saya ada masalah nak ajak kawan-kawan sama minat dalam Islam dan dakwah. Puas saya fikir cara apa yang sesuai. Ajak kuliah, ajak pergi program, ajak usrah, tapi tak dapat sambutan dari mereka, mula ok la, lama-lama mereka makin menjauh,

Kemudian saya buat cara indirect je, yang saya fokuskan, persahabatan kami tak terputus atau tergantung begitu saja. Saya ajak mereka jumpa, ajak datang bilik, pergi bilik mereka (ni jarang sangat, hee), ajak sembang, ajak shopping (hewhew), dalam masa yang sama tunjuk contoh yang baik (walaupun tak lah baik mana). Nanti lama-lama mereka sendiri akan datang dan cari kita. InsyaAllah.

Masukkan dakwah fardiyyah dalam usrah dan masukkan usrah dalam dakwah fardiyyah. 

Wallahua'lam.

Secebis bahagia kita kongsi, secubit tawa akan kita nikmati.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails