Sunday, June 26, 2011

Lebihkanlah kain pada pakaianmu

Bismillah.


Assalamu'alaykum wbt.


"Hujan.. Hujan.. Angkat kain cepat.. Eh bukan kain, angkat jemuran diampaian...."


Amboi suka akak-akak tu bila suruh angkat kain. Bukan angkat kain yang akak pakai tu, jangan. Tak mahulah saya tengok betis bertompok-tompok akak tu.


Iyelah kaki akak cantik. Tapi tak perlulah akak tayang. Turunkanlah kain tu. Kalau basah boleh basuh dalam machine. Tapi dosa dedah aurat tu Allah basuh dengan api neraka nanti. Ish.. Tak takut ke kak? 70 kali ganda lagi panas dari api dunia. Ya Allah. Tak tercapai dek akal kak.


Oh akak tak angkat kain. Tapi kenapa terdedah betis tu? La akak pakai skirt rupanya. Betis tu kena matahari tak panas ke kak? Panas... Kat padang mahsyar nanti matahari sejengkal je atas kepala. Terbako kak, terbako. Hikhik.


Meh kak berteduh bawah bus stop tu. Habis basah rambut akak ni ha. Hujan sekarang ni berasid kata orang. kalau kena rambut ni habislah rosak ye kak. Alah kak. Hujan je pun. Balik boleh syampu. Cantik rambut akak, tebal. Agak-agak berapa helai ni kan?


Hikhik. Yela.. Macam mana nak kira. Banyak sangat. Tapi kan kak, sehelai rambut ni 1000 tahun Allah bakar di neraka. Iniikan pula tak terkira helainya. Isk.. Risaulah saya kak. 


Kenapa saya pakai tudung? Saya nak suami saya rasa special kak. Bayangkanlah, selain ayah dan adik beradik saya, dia je boleh tengok mahkota saya. Mesti dia lagi hargai saya kan kak. InsyaAllah. Tengok kalau permaisuri, mana ada dia pakai mahkota ikut suka. Masa-masa special je. Barulah terjaga mahkota dia.


Pakai labuh-labuh tak panas ke? Kalau panas tu kak pakai apa pun tetap panas. Cuma, saya lagi takutkan panas akhirat kak. Isk.. Seram bila fikir. Tapi kak, selesa tau pakai macam ni. Rasa selamat. Lagi pulak bila lidah ni sentiasa berzikir. Terasa macam ada yang jaga. Sebab bila kita jaga Allah, jaga suruhan Allah, Allah akan jaga kita kak.


Baiklah kak. Hujan dah berhenti. Saya kena pergi dulu. 


Oh kalau nak cari saya, pergi je di Rumah Anak-anak yatim hujung selekoh sana tu. Saya ni nak sangat jumpa mak ayah saya. Tapi belum kesampaian. Harap nanti dapat bertemu di syurga.


"Pinn... Pinn.. Panggg!" (kemalangan la)


Kak.. Saya nampak wajah mak ayah saya.. Akak selalulah jenguk keluarga saya di rumah tu ye.. Terima kasih kak. Terima kasih. Ada kesempatan jumpa lagi ye. Lailahaillah.....






Muslimah,
Jangan kau uji keimanan kami dengan keindahan mu,
Kerana kami bimbang,
Jikalau iman kami hilang ketika memandangmu.
Kami ini pendosa,
Kami ini bukan maksum,
Kami ini bukan para sahabat,
Kami ini bukan para nabi,
Kami bukan malaikat,
KAMI ADALAH PENDOSA YANG SENTIASA BERUSAHA MENJAGA IMAN KAMI.

Maka dengan itu,
Kami rayu padamu,
Bantu kami untuk jaga iman kami,
Bantu kami untuk taat serta setia pada Allah,
Bantu kami jadi abang, adik, suami dan ayah yang baik.

-Muslim yang mengharap




*Berblog sambil menatap hujan, rasa macam bligger profesional pula. Ahaks.

Friday, June 24, 2011

Lanskap Ciptaan Tercantik

Bismillah.


Alhamdulillah, dah hampir 2 bulan duk buat short semester. Ambil 2 subjek je tapi penat macam ambil 10 subjek. Ok jangan nak tipu. Lebih kurang seminggu lagi nak imtihan dah. Tak perlulah cakap panjang-panjang pasal diri sendiri.


Tadi lepas selesaikan urusan, pos barang semua jalan balik dengan penuh malas. Eh tak malas, jalan pelan-pelan sambil cuci mata. Balik bilik pun tak tahu nak buat apa. Dalam otak fikir-fikir nak lalu jalan mana (banyak jalan boleh sampai mahallah tapi semua tetap jauh) :')


Tiba-tiba rasa nak jalan ikut tepi sungai. Walaupun warnanya sungguhlah tak menarik akibat kerja-kerja pembangunan yang dijalankan, ia tetap menarik mata untuk merasai ketenangannya. Cari-cari tempat sesuai untuk duduk termenung. Last-last duduk kat anak tangga je.


Ingat privacy la sangat duduk kat tangga yang sunyi sepi dari laluan orang, sekali ada jugak yang kenal. Sengih-sengih ubi aje la. 


Hm.. Dengar bunyi aliran air. Tapi jangan tengok la air tu. Hilang feel nanti. Tengok hutan belantara kehijauan. Oh I love green! Very much! Tenang sangat~


ini laut ye kawan-kawan, bukan sungai. hee


Dalam keadaan alone macam tu, macam-macam perkara yang diserabutkan lalu.. Kejap-kejap bergenang ayaq mata. Bercampur baur. Rindu, tenang, damai. Teringat Firman Allah, "maka nikmat Allah mana yang kamu DUSTAKAN?". Tengok dalam surah ar-Rahman. Banyak kali diulang ayat yang sama.


Ingat nak hilangkan sunyi antara bunyi sungai tadi. Tapi mp4 tak bawa, handphone pun tertinggal. Lepas tu, terngiang lagu lukisan alam. Syukran ya Allah, telinga pun boleh jadi recorder. Mulut mengikut perlahan.


Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
(Begitu aturan Tuhan)

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya

Usah mengharapkan ke sesenangan
Dalam perjuangan penuh pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
(Begitu ajaran Tuhan)

HasbiAllah, Hasbunallah
HasbiRabbi jalallahu Ya Allah

Dalam diam taburkanlah baktimu
Dalam tenang buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
(Di) dalam jiwamu itu



Sekarang boleh relate tak, alam dan kehidupan. Allah ciptakan segala makhluk termasuk binatang, tumbuh-tumbuhan malah logam bukan sia-sia. Selain untuk dimanfaatkan digunakan, ada pengajaran dan hikmah buat manusia yang berfikir.


Rangkap ni paling terkesan.


"Dalam suka hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung kurniaanNya"





Wallahua'lam.


P/s: Ye, saya memang tak tahu nak tulis ayat bunga-bunga, Ayat-ayat sentap bagi yang membaca lagi saya tak reti. Sangat segan bila ada yang menjengah blog ni. Cuma, terimalah apa yang ada. Jika bermanfaat, ambillah. Apapun jazakumullahu khair.

Monday, June 20, 2011

Mustaqim (Jalan Lurus)

Perjalanan ini sungguh masih terlalu jauh
Penghujung tidak lagi kelihatan
Mahu berhenti atau teruskan?
Mati itu bila-bila akan tiba
Ayuh, jalan
Kita mahu penghujung yang bahagia dan aman
Tak mahu terdampar di pertengahan.


Ya Allah Ya Maliki Yaumi ad-Din, Tunjukkan kami jalan yang lurus!


Sunday, June 19, 2011

Follow yang menyedihkan

Bismillah wal Hamdulillah.


Nak habaq mai satu benda ja. Awat ceq tak boleh follow blog orang neh! Nak polow! Nak polow! Ok stop.


Sedih tak boleh follow, tak dapat nak update blog sahabat-sahabat. 


Daripada entry ni jadi entry luahan semata, meh saya nak kongsi sesuatu.


:: Bila dirimu resah memilih sesuatu jawapan, tanyalah kepada 1000 orang sekalipun tetapi persoalanmu masih tidak terjawab dan hatimu masih belum tenang. 
Waktu itu, mungkin kamu lupa bertanya pada yang selayaknya. Dialah Pemegang Hati kamu. Dialah penenang resahmu. Dialah pemberi jawapan TERBAIK buatmu ::

♥ Dialah ALLAHU ROBBUNA ♥
Lepas tu, dengar lagu...
Allah Ghoyatuna..!
Ar-Rasul Qudwatuna..! 
Al-Qur'an Dusturuna..! 
Al-Jihadu Sabiluna..! 
Al-Mautu fi Sabilillah asmaa amanina..!
Allah adalah Tujuan kami..!
Rasulullah Teladan Kami..!
Al-Qur'an pedoman hidup kami..!
Jihad di Jalan juang kami..!
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi..!
(Munsyeed: Shoutul Harakah)
Fuh, naik semangat. Jangan down-down ye. *pesan pada diri sendiri*

Thursday, June 16, 2011

Hikmah Musibah

Bismillah wal Hamdulillah.


Sendiri
Tersandar lesu
Pada dinding putih susu
Jemari digenggam rapi
Menahan perit


Kepala didongak
Menatap langit gelap berkabus
Menanti keajaiban itu
Biar tidak jelas
Asalkan puas


Kucing hitam mampir
Bersama dalam kedinginan
Purnama pergi perlahan
Hilang
Kejap
Kemudian langit memerah
Subhanallah
Tersenyum hiba


Gerhana bulan
Tanda keagungan Sang Pencipta
Pertama kali menatap secara langsung
Mungkin kali terakhir
Siapa tahu
Segala puji bagi Allah


Rahmat ini ternyata hikmah
Hikmah sebalik musibah
Kuatkan hati, langkah dan diri
Agar terus bersamaMu
Hingga akhir denyutan nadiku


Mahallah Asma'
4.00 pagi
Khamis
16 JUN 2011





"Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya)." 
(Yunus 10:5)


"Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."

Monday, June 6, 2011

Maaf kerana saya sombong

Bismillah wal Hamdulillah.


Something to share..


Dulu masa kecil, kalau sebut 'ruler' mesti kita fikir pembaris.


"Minah, nak pinjam 'ruler' boleh?" Wah speaking English tuu.


Tapi sekarang, kalau sebut 'ruler' mungkin juga maksudnya penguasa atau pemerintah atau yang menjalankan undang-undang.


Perasan tak. Bila makin banyak kita belajar, baru sedar sebenarnya banyak kita tak tahu.


Dulu, masa sekolah rendah belajar solat. Apa ustaz atau ustazah ajar, kita ikut tanpa persoalkan apa-apa.


Masuk sekolah menengah, kita belajar dalam solat ada perkara wajib ada perkara sunat. Sunat ab'ad, sunat muakkad. Baru kita tahu, baca qunut waktu solat subuh adalah sunat.


Makin tinggi belajar, kita dapat tahu pulak ada pelbagai pandangan mazhab. Ada yang kata perkara tu sunat, ada yang kata makruh, ada yang kata haram.


Lepas tu, mulalah kita berdebat. Isu kecil je. Ulama' pun tak berdebat. Mereka saling menghormati pandangan. Kita pulak yang sibuk nak menangkan. Rasa kita saja yang faham ye?


Hm, kenapa kita rasa makin hebat makin sombong dengan ilmu yang seciput tu. Bandingkan dengan ilmu Allah Yang Maha Luas. Dia Maha Mengetahui segala yang nyata dan yang ghaib. Siapa kita nak rasa bangga diri.


Jom muhasabah.



"Katakanlah: "kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habis lah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)". (Al-Kahfi : Ayat 109)


Cuba celupkan satu jari dalam lautan, air yang tersisa dijari itu sahaja ilmu kita. Berbanding lautan ilmu Allah. Allah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails