Sunday, July 25, 2010

Gerakan SUBUH!!!

Bismillah wal Hamdulillah..


Datang blog nak tampal poster sat...


Stop jap baca nih.. Jom pakat meriahkan majlis..



Jangan banyak alasan.. Kita jadikan solat subuh macam solat raya... Takbir!! Allahuakbar!
(err..nanti kejutkan saya sama ek...)

Senaman Pankreas

Bismillah wal Hamdulillah..


Setelah sekian lamanya menyepi, daku kini kembali! hee~


Entry kali nie sekadar melepaskan segala bentuk tekanan, segala macam stress... Terasa ingin berkongsi gambar² berikut...


Bagi yang kekurangan wang untuk beli MPV, nie cara TERBAIK lah!



protes ke mogok sbb bus stop tue tak dibaiki?



bangolow??what..? raikan~ *muka tahan gelak*



ingat! jangan kuat²! kurangkan volume ludahan..haha..



memandangkan bas takde seatbelt, gunakan helmet untuk keselamatan...



stylo habis~~ *brr..sejuk*

hahah! 


Lawak semata-mata.. Tak gelak? Stress lagi? Ishh.. Bahaya nih.. Bacalah sebanyak mungkin love letter from Allah (al-Qur'an al-Kareem).. InsyaAllah makin tenang dan damailah hati...
^__________^

Tuesday, July 13, 2010

Langkah permulaan bukanlah mudah :(


Bismillah wal Hamdulillah

Lama sangat tak update blog.. Sampai dah berhabuk, penat betul mop tadi.. Aishh.. [hiper]

Kenapa tak update?

Malas~ (jawapan senang)

(jawapan rajen)

Diri ini tersangatlah sibuk beberapa hari kebelakangan nie. Sebelum secara rasminya bergelar Mahasiswi UIAM. Pendaftaran hari selasa lepas yang amat mendebarkan hari-hari sebelumnya walaupun tidur tetap lena seperti biasa. Alhamdulillah segala debaran berakhir dengan hembusan nafas kelegaan, Allah memudahkan urusan. Menjadi penghuni di Mahallah Asma binti Abu Bakar, tak dekat mana tapi tak la jauh. Sedang-sedang molek gitu. Walaupun dapat blok H, rasanya blok paling belakang dan diberi amanah pulak menduduki bilik di tingkat 5. Aku redha~ mendaki bersama 4 orang roomates yang telah dikenali sebelum nie, jadi tak perlulah bersusah payah nak berkenal maka bercinta.. erkk.. (yela,tak kenal maka tak cinta kan?).

Selesai mengangkut barang-barang yang sekali pandang macam oramg pindah umah, abi pun sempat tidur akibat kepenatan menggalas beg yang besar, pukul 2pm kena pegi mana tah akak committee tue suruh. Ingat lepas-lepas tue boleh berehat barang sejam dua, melepaskan lelah yang tak lepas tadi. Rupanya terus start Ta'aruf Week. Memang mantap!!

Bermula saat itu, bermulalah 4hari yang memenatkan, menyakitkan, merimaskan, menstresskan dan paling utama, mengantukkan.. Bangun jam 4.30 am sebab nak berkumpul untuk ke masjid (walaupun kul 5 lebih baru bangun) sampai la jam 11.30 pm baru lah kami dibenarkan pulang. Alhamdulillah sepanjang Ta’aruf week/ minggu orientasi takde la sesi ragging, cuma kepenatan yang ditanggung amat-amatlah menguji kesabaran fizikal dan mental. Bila sesi makan, solat dan tidur terasa pantasnya masa berlalu. Tapi bila mula duduk atas kerusi dalam dewan, masa bagai berjalan lenggang-kangkung. Mengantuk hanya Tuhan yang tahu. Belum campur, tengok muka committee yang stressnya lagi teruk. Yela, sebelum nie dah induction pastue nie nak kawal freshie seramai 2300 orang. Mana tak stress. Tapi kita sama-sama penat jugak kan. Jadi bawaklah bersabar, cuba maniskan muka walaupun kopi tanpa gula pun sedap lagi.

Asyik cerita yang tak best je..huhu.. Yang bestnya, Saat nie la kami bersua muka semula dengan kawan-kawan yang lama ditinggalkan kerana keghairahan bercuti. Lepas nie bila masing-masing dah sibuk, bukan je batang hidung, ekor tudung pun tak pasti boleh nampak ke tak (tudung pun ada ekor taw~). Tue je kot yang best. Hehe..

Jumaat lepas, lepas Bai’ah Session rasmilah kami sebagai pelajar UIAM. Keseronokan yang tak terhingga sebab Ta’aruf Week bakal melambaikan tangan. Melepaskan kami. Tapi, rupa-rupanya, ada ‘Campus Tour’ pulak. Wahh~ Aktiviti yang amat,sangat menyakitkan kaki. TAPI demi nak mengenali bangunan, kulliyaat dan segala bagai yang terdapat di bumi IIUM nie, kaki kugagahi jua. Dah la campus tour pakai baju batik. Macam keajaiban rasanya.
Sebelum maghrib kami dibenarkan balik ke mahallah masing-masing. Terujanya. Kerinduan terhadap katil yang tak sempat kenal betul-betul makin membuak-buak. Selesaikan uruskan diri, kemas-kemas sikit, kami meneruskan pelayaran.
Ops!! Tak habis lagi…
Hari nie hari selasa malam rabu, register course tak settle2 lagi. Dari sabtu, isnin dan selasa(hari nie la) berulang-alik nak menyelesaikan semua tue. Tapi Allah masih mahu menguji. Ya Allah moga kesabaran ini berterusan. Permudahkan urusan kami Ya Rahman. Harapnya, semua kesusahan nie terselit natijah yang menenangkan hati. Amin.

p/s: Minta mahap la ye. Entry kali nie saya Cuma nak berkongsi suka dan duka je. Idea pun penat duk perah-perah.(nanti nak upload gambar yg tangkap dari tingkat bilik..hehe..poyo cket~)

Friday, July 2, 2010

Debu-Debu Dosa

Bismillah wal Hamdulillah

Kali nie, mari kita sama-sama bermuhasabah sejenak menginsafi dosa-dosa sebelum ini yang banyak kita lakukan..  Semoga Allah memberi keampunan yang luas buat diri kita.. Aminn..



Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
...Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi 

 

Yakin dan percayalah janji Allah buat hamba-Nya yang beriman. Bahagia itu telah Allah sediakan, jika tidak didunia insyaAllah di Syurga. 

Dunia adalah penjara bagi mukminin dan syurga buat fasiquun.  Gapailah kebahagiaan hakiki di sana nanti.

 

Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit. Diturunkan ke lubuk hati orang beriman. Mereka tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan 

~Syed Qutb~

 

Dunia menghina mereka yang menanti dihadapannya. Oleh sebab itu, ambillah daripada nikmat duniatanpa menghina diri dan maruah kamu 

~Sheih Abdul Kadir~ 

Thursday, July 1, 2010

Website Holy Quran

Bismillah wal Hamdulillah..
Tadi check e-mail, jumpa link yang AMAZING.. Sangat teruja.. Boleh ambil manfaat darinya.. Boleh dengar bacaan al-Qur'an, baca, get translations each aayah, download..
Kat bawah nie serba-sikit keAMAZINGan this website.. Try masuk dulu..(sekarang tgh dengar bacaan dari Syeikh Saad Said al-Ghamidi dari web tue sambil berblogging)

It is an amazing website for the Holy Quran.
  1. Just put the mouse on any line and you will find the translation of that line.
  2. Or you can click the translation at the top of the page in the left corner for the entire Surah.
  3. On the left side for this website you can choose Surah (from all 114 Surah).
  4. Moreover you can choose any Aayah,
  5. Can search by the page number
  6. Also you can select the Qari whose recitation you want to listen …Please circulate for public benefit. Thanks and best regards

Hah, klik bawah nie ye.. Semoga bermanfaat..^_^
Tanzil : Quran Navigator

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails