Wednesday, August 18, 2010

Jom cipta sejarah sendiri

Bismillah wal Hamdulillah..


Alhamdulillah hari nie dah masuk hari ke 8 ummat Islam berpuasa. Harapnya ibadah yang dilakukan makin meningkat dan meningkat setiap hari sehingga ke bulan-bulan seterusnya.


Mungkin ada yang rasa kehidupan di bulan Ramadhan nie agak berlainan dengan bulan lain. Sebabnya selama 30 hari berturut-turut tak boleh makan sama sekali diwaktu siangnya. Tapi, sebenarnya itu bukanlah alasan untuk  mengurangkan aktiviti dan tahap keproaktifan diri di bulan yang amat mulia ini.


Jika kita tengok sejarah-sejarah nabi dan sahabat terdahulu, bulan Ramadhan yang membawa seribu barakah ini terjadinya peristiwa besar yang menunjukkan bulan Ramadhan bukanlah penghalang dan menjadi alasan dalam urusan kehidupan kita terutama urusan berkaitam dengan membantu agama Allah ini.


Ada satu kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Syaari mengenai peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku pada bulan Ramadhan. Dimana ketika itu ummat Islam berada dalam keadaan berlapar dahaga. Tapi kerana keyakinan yang kuat pada Allah, ketaatan kepada Rasulullah dan ketua mereka, segalanya menjadi tidak mustahil. Saya berasa sangat teruja mengikuti setiap ucapan yang diberi oleh ustaz pada malam itu. Ianya bagai satu motivasi yang menaikkan semangat dan mengubah persepsi bahawa Ramadhan bukanlah bulan yang mana ummat Islam menjadi lemah, mundur dan tidak aktiv.


Sepatutnya, Ramadhan adalah satu waktu di mana kita perlu mula membina kekuatan diri samada dalaman dan luaran bagi membuktikan suruhan berpuasa daripada Allah adalah satu perintah yang menggerunkan puak kafir. Selain itu ia perlu menjadi contoh dan ikutan dari mereka yang tidak beragama Islam untuk mengkaji rahsia-rahsia disebalik puasa.


Tapi, amat menyedihkan bila perubahan masyarakat Islam khusunya di Malaysia tercinta ini bukanlah seperti yang dijangkakan. Kita seolah-olah ditusuk dengan pemikiran bahawa puasa adalah memenatkan, melemahkan dan menyusahkan. Banyak contoh yang boleh dilihat dengan terang tanpa perlu bersuluh lagi. Bulan Ramadhan di masjid-masjid (tempat belajar), ramai pelajar-pelajar yang bergelimpangan tidur berbeza dengan bulan-bulan lain. Di dalam kelas juga begitu.


Jika dulu disekolah, kadang-kadang cikgu sendiri cakap "disebabkan bulan Ramadhan, cikgu taw sume letih jadi kita belajar tak berat sangat". Kata-kata sebegini sebenarnya akan tertanam dalam minda pelajar-pelajar dan menganggap bulan puasa semuanya kena 'slow down'.


Sebenarnya kita dah terbiasa dengan kesempurnaan. Tak pernah kurang. Jika dibanding dengan Nabi dan ummat terdahulu, mereka terpaksa mengikat perut kerana tiada makanan. Teringat satu kisah semasa perang Khandak tak silap saya. Seorang sahabat mengikat sebiji batu di perut. Bayangkanlah menggali parit bukanlah kerja ringan, memecahkan batu-batu besar. Dia ingin mengadu kepada Rasulullah mengenai kelaparan dan kepenatan yang dirasakan. Tetapi dia ternampak diperut nabi terikat 3 ketul batu. Dia membatalkan niatnya. Subhanallah begitu sekali kekasih Allah bersabar dengan segala ujian yang diterima. Kita? Tak sampai satu hari tak dapat makan dah moyok, melepek, lembik (sori ye kalau tak paham words ni). Ambil contoh ummat terdahulu yang mana iman mereka kental walau bermacam ujian, dugaan dan kesusahan yang diterima. Mereka tetap kuat dan mampu melawan musuh Allah walaupun dalam keadaan berpuasa.


Boleh cari kat youtube pasal The battles of Ramadhan. Menakjubkan. Subhanallah. Nak upload kat sini susah kerana wifi jenama siput.


antara perang yang berlaku dalam bulan Ramadan 




Bak kata ustaz, buatlah sejarah sendiri di bulan Ramadhan nie. Apa sejarah yang kita nak buat? Biarpun tak termaktub sebagai sejarah dunia, tapi ian menjadi sejarah yang hebat yang dilakukan oleh diri kita. Jom cipta sejarah!


**aik, dah pukul 6 lebih? Terasa cepat pula waktu berdetik.
** Aish, nak tulis entry lain tapi lain yang kuar. Next entry (pasal aurat, perempuan tak malu dan lelaki banyak komen).
** Nak pegi cuci mata beli makanan berbuka~ hee....




Ramadhan makin kurang harinya.. Pecut~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails