Thursday, August 26, 2010

Ramadhan makin berlalu

Bismillah wal Hamdulillah.

Alhamdulillah exam cct (Creative and Critical Thinking) sudah selesai di jamu kemarin. Imtihan Ulum Hadis dan Bahasa Melayu Lanjutan pun sudah habis dilapah siang tadi. Mentang-mentang baru habis jawab BM tadi konon nak buat ayat bombastik. Kebaboom! -aik ada background meriam pulak- Seterusnya imtihan Tilawah (Hafazan + Tajwid) akan menyusul dengan hidangan yang lebih lazat mungkin? Oh! Tidak sabar rasanya menanti (Majaz ma'nawi..mehehe)

Hari nie dah masuk 16 Ramadhan, lagi 14 hari nak raya. Baju raya,langsir,sofa,duit raya. Eh, bukanlah raya yang nak diperkatakan sebenaqnya. Sedar tak sedar, hanya tinggal lebih kurang 14 hari lagi untuk kita tukar ke gear 6, tekan minyak kuat-kuat supaya boleh pecut laju selaju-lajunya -bukan rindu serindu-rindunya- untuk mengumpul pahala yang berganda-ganda di bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan nie. Dan yang paling penting agar dapat memburu malam al-Qadar yang dijanjikan Allah yang mana malam ini lebih baik dari 1000 bulan. Perhatian! lebih baik dari 'SERIBU' bulan. Tapi, hanya hamba-Nya yang benar-benar terpilih sahaja akan dipertemukan dengan malam al-Qadar itu. Tak rasa tercabarkah kita? Tak rasa cemburukah kita? Tak rasa excited kah untuk merebut malam yang dijanjikan itu? Fikirkan!

Manusia berebut nak tebus point maxis, dapatkan diskaun celcom blue yang ciput. 
Allah bagi bonus lagi menarik untung 1000 bulan!

nota sisipan: Antara gaya/cara berfikir yang terdapat dalam al-Qur'an ialah 'Inquisitive Thinking Style' (tak diterjemah ke bahasa Melayu takut maknanya lain pulak). Inquisitive boleh difahami sebagai 'ingin tahu'. Macam mana nak bagi ada perasaan ingin tahu? Jawapanya dengan bertanyakan soalan. Lagi banyak soalan, lagi banyak kita berfikir dan lebih bertambah pengetahuan. Cuba tengok budak-budak berumur antara 3/4 tahun yang ketika itu dalam proses mengenal dunia. Banyak yang mereka tanyakan. "ibu, kenapa bulan tue ikut kita?"..."kakak,kenapa matahari panas?"..."ayah,macam mana kereta boleh bergerak sendiri?"

Bertanya adalah satu proses pengajaran dan dan pembelajaran yang sangat efektif! Cuba perhatikan cikgu-cikgi dalam kelas. "Lepas huruf 'F', huruf apa????" kanak-kanak riang menjawab "G cikgu...." kanak-kanak yang agak lembab lambat akan berfikir 'yeke huruf G?' lalu dia membelek buku atau menyanyi "A, B, C, D, E, F, G". Begitulah contoh proses 'Inquisitive Thinking'. 

Terlintas contoh lain pulak. Seorang penceramah dum dam tung tang bagi ceramah penuh bersemangat. Kita yang mendengar pun 'angguk-angguk geleng-geleng'(bukan tidur ye),seolah-olah faham. sambil dalam hati sebut 'ohh macam tue'...'la, yeke'...'eh,ada pulak gitu'..Tiba-tiba encik penceramah tue tanya "Ha, cuba kamu andaikan satu situasi berdasarkan apa yang saya terangkan tadi. Insan terpilih akan disoal". Baru la kita mula memerah otak. Kalau dengan mudah kita dapat jawab apa yang disoal bermakna kita faham. Tapi kalau siku-siku orang sebelah, cuit-cuit orang depan "oit,hang paham dak yang bahagian nie,aku tertidoq tadi". Kawan tue pun jelaskan serba sedikit. Jadi kita tahu yang kita kurang faham/tak faham langsung apa yang diterima. Walaupun kelihatan kita faham mi'ah bil mi'ah 100% apa yang disumbatkan dalam telinga.

Dalam al-Qur'an pun terlalu banyak ayat-ayat yang menggunakan persoalan. Supaya manusia berfikir. 

(Dan sebagai buktinya): tidakkah orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu telah mengembara di muka bumi, lalu mereka menyaksikan bagaimana kesudahan orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka, sedang orang-orang itu lebih kekuatannya dari mereka? Dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit atau di bumi; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. 
[ Surah Fatiir : 44 ]

ok tutup mengenai nota sisipan -dah jadi macam entry belajar CCT pulak-

Hmm. Kat mana tadi?

Yup! Lailatul Qodar.

Fikirlah. Samada kita mahu mensia-siakan malam yang Allah janjikan begitu sahaja. Ataupun nak berputus asa sebab dah berusaha pada Ramadhan-Ramadhan lepas tak dapat bertumu Laila al-Qodar. Atau mungkin dah penah jumpa dulu, so sekali seumur hidup cukuplah -bagi yang diberi kesempatan- Fikir, renung dan bertindak.

Jom tadabbur sikit Surah nie.



Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, [1]

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? 
[2]

Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. 
[3]

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); 
[4]

Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! 
[5]


(Surah al-Qodr : Ayat 1-5)

Tahu dah, ramai yang hafaz Surah  nie 'in arabic'. Siap ada yang tiap kali solat mesti baca surah nie kan? Hehe.. tapi ehh baru tahu maksudnya pasal malam al-Qodr. Tak pun, lama dah tahu maksud Surah nie tapi sekadar tahu. Tak rasa nak buat sesuatu. Tak rasa penting. Sekarang, tepuk hati yang berhabuk dengan dosa tue, jom kita pertingkatkan ibadah, kita tambah iman. 



pic: Suasana ummat Islam di sebuah masjid yang tidak diketahui kedudukannya, beribadah utk mendapatkan malam lebih baik dari seribu bulan -al Qadr-


Jadi, dengan rendah hati saya nak ajak kawan-kawan, sedara-sedara seislamku kita pergi memburu. Memburu Lailatul Qodar. Perbanyakkan dating dengan Allah, rajin-rajin baca love letters from Allah -alQur'an- Semoga kita dipertemukan dengan malam idaman mukminin. Bukan sibuk cakap pasal malam pertama kahwin je. Ingat, malam pertama di kubur macam mana? Bahagia atau menderita?


اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة بكلمة لا إله إلا الله ولا تختم علينا بسوء الخاتمة


"Alangkah bahagianya jika mati dalam bulan Ramadhan, malam al-Qodar, yang penting ketika sedang beribadah, lepas bertaubat bersungguh-sungguh di hadapan Allah" -monolog-


p/s: Entry nie sebenarnya untuk mengetuk hati empunya blog, disamping berkongsi dengan rakan-rakan. Bukanlah baik sangat diri nie, tapi masih berusaha untuk yang jadi terbaik. (^__^)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails