Friday, November 5, 2010

Jom sedut dgn vakuum habuk yang menguasai blog ;p

Bismillah wal Hamdulillah.


Akhirnya cipta rekod sebulan lebih tak update blog. Urusan-urusan yang banyak membuatkan saya terlupa sebentar dengan keadaan blog yang nampak sudah banyak sawang labah-labah. Hehehe. 


Bila jenguk blog, ada yang berkunjung. Ada yang post shoutbox. Ada yang tanya bila nak update. Jadi, jemari malas dibawa ke keyboard supaya menaip.


Nak kata takda langsung masa nak update, tipulah. Tapi masa yang amat terhad. Nak pikir apa yang nak diupdate, banyak tapi nak keluarkan jadi entry tue yang payah. Okey, sudahlah beralasan ye Hafizah. 


Hari ni dah masuk hari ke tiga ummi dan abi tiada dirumah. Pemergian mereka untuk menyahut seruan mengerjakan ibadah Haji di Baitullah. Seronoknya jika dapat menjejakkan kaki ke sana. Semoga diberi kesempatan oleh Allah untuk menziarahi rumah-Nya yang Mulia. Amin.


Sejak itu juga, aku berada dirumah bersama adik-adik tersayang. Walaupun masih dalam fatrah exam dan masih berbaki 3 papers, hati dan diri ini masih mahu bersama mereka menggantikan ummi abi selama peninggalan mereka.


Terasa jugaklah susah berdikari. Even, setiap hari just ulang benda sama.Tapi sebagai elder sister, jadi tanggungjawab untuk pastikan semuanya terkawal dan ikut flow. Selain tue, nak melayan kereneh adik-adik yang masih kecil. Yang perlu perhatian dan kasih sayang lebih. Adik-adik besar yang tak kurang banyak jugak ragamnya. Huhu.


Yang bagusnya, banyak persoalan yang pernah bermain difikiran terjawab. Contohnya, kenapa mak marah betul bila adik main air atau main dalam bilik air. Dulu hanya fikir, ala budak-budak memang suka main benda yang jarang dapat. Sekarang baru rasa sendiri. Kalau budak kecik main air, baju basah pastue nak kena tukar baju lain. Padahal baju tue baru sejam tadi pakai. Kalau tak tukar kang jadi penyakit ke apa ke kita tak taw.


sebahagian je nie~


Dulu masa ummi masak, saya tolong kutip dan basuh barang yang digunakan. Bekas yang guna isi ikan, penapis santan yang tinggal hampas, kulit-kulit bawang dalam singki, kulit telur kat tepi periuk. Bila dah rasa sendiri, patutlah tak sempat nak buat secara teratur. Yela nak masak untuk keluarga bukan boleh santai-santai. Nak masak bukan satu jenis lauk. Nak kena ada yang berkuah, sayur. Untuk seimbangkan. Patutlah.


Dulu bila adik mula batuk-batuk, ummi cukup risau. Kalau pukul 12 malam, masa tue jugak kalau boleh nak pegi beli ubat. Bagi saya, alaa baru batuk sikit. Minum air banyak esok lusa baiklah. Tapi bila dah rasa, baru taw kenapa risau sangat. Budak-budak dengan orang besar/dewasa ni lain. Kalau melarat kan susah. Kalau kita sakit boleh mengadu. Tapi budak-budak? Mau dia menangis 3 hari 3 malam kita pun dah tak tahu nak buat apa.


Macam-macam lagilah. Tapi semua ni hanya kita yang rasa. Nak cerita secara details pun tak tahu. Nie pun hanya cebisan tugas-tugas yang mak kita lakukan. Bila difikirkan, dah bertahun-tahun ibu-ibu buat tanpa pernah ada rasa nak berhenti dari melakukan tanggungjawab nie. Besarnya jasa seorang ibu. Saya yang baru beberapa hari nie terfikir jugak, macam mana nanti datang rasa penat dan jemu buat perkara-perkara nie. Tunggang terbaliklah rumah. 


Tue belum lagi tanggungjawab cari nafkah untuk keluarga. Yang kebanyakannya dilakukan oleh para bapa. Tapi saya tak rasa sangat sebab pasal duit, adik lelaki yang uruskan. Saya hanya order je apa nak. Hehe. Tapi kena fikir jugakla kan. Nak beli pape pun kena sesuai dengan budget.


Ok la, tue je yang nak dikongsi buat masa nie. Banyak lagi mencurah-curah tapi ada perkara lain kena selesaikan. InsyaAllah blog nie akan diaktifkan semula. Semoga dipermudahkan.


Bagi yang masih exam, buat yang terbaik demi Islam. Perbaiki semula niat kita agar tak terpesong ke arah lain. 


Jangan lupa doakan untuk mangsa-mangsa bencana ribut, banjir, taufan dan lain-lain. Semoga kita dijauhkan dari bala yang dahsyat. Itu semua teguran dari Allah untuk kita.


Satu lagi, buat pejuang Islam. Teruskan usaha untuk mencapai kemenangan hakiki. jika kalah, bukan selamanya akan kalah. Allah belum datangkan kemenangan. Ingatlah dan yakin dengan janji Allah. Kemenangan bersama orang-orang yang benar. Allahuakbar!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails