Thursday, December 30, 2010

Harimau udah mengaum dong!

Bismillah wal Hamdulillah..


Tengok tajuk pun dah macam boleh agak apa yang nak di sampaikan, kan? Apa lagi yang sedang hangat sekarang kalau bukan kemenagan Malaysia dalam perlawanan bola Piala sizuka SuzUki 2010. Sebab ramai sangat yang update mengenai ni. Jadi, saya pun ada nak mengomel sikit.


Apa-apa pun,
TAHNIAH HARIMAU MALAYA!


Alhamdulillah kerana ada peningkatan dalam aktiviti sukan di Malaysia. Perbedaan pemikiran dan politik ditolak tepi seketika kerana masing-masing bersatu suara menyokong negara tercinta.


Tapi sedih kerana kerana sebiji bola yang dikejar kemudian ditendang pula, Malaysia dan Indonesia berbalah lagi. Nasib baiklah tidak sampai berperang berbunuhan. Sekadar 'perang' siber dan  perang' media saja.


Saya tak tengok pun perlawanan tersebut. Cuma beberapa minit sebelum perlawanan tamat, saya bukak facebook. Rata-rata update status mengenai perlawanan tersebut. Sempat saya update sekali. ^_^


FB agak lengang ye sekarang.. Banyak posting 'goal' menghiasi.. Beberapa minit lagi.. Adakah makian dan celaan akan kembali terjadi.. Disini saudaraku.. Disana sahabatku.. Jangan terjebak dalam provokasi ciptaan ini.. *dilema*


Sebenarnya buang masa je gaduh-gaduh nie. Baik makan gado-gado (camne ye rasanya?) kan. Dapat jugak kenyangnya. Kita sama-sama serumpun, senusantara, seasia. Patutnya saling menguatkan. Ye dak? (Tapi siapa tak panas bila kena caci, kutuk, maki). Takpe la, kita sabar.



"Seorang yang kuat bukanlah orang yang menang dalam bertumbuk. Akan tetapi, orang yang kuat adalah orang yang mampu menahan dirinya ketika marah."
HR Bukhari dan Muslim
 Ha.. Baru gentleman, gentlewomen kan. ^_^


Bila ada yang cucuk, jangan cepat melatah. Kita buat macam takda apa-apa. 'Cool' kan bak kata remaja sekarang. Tengok cara Nabi ni.


Baginda Rasulullah s.a.w. pernah berdoa kepada Allah s.w.t. seperti mana yang direkodkan oleh Imam Muslim yang berbunyi :


"Sesungguhnya, Muhammad adalah manusia yang boleh marah seperti manusia lainnya. Dan sesungguhnya aku telah berjanji kepadaMu da tidak akan Engkau langgar.Orang mukmin manapun yang aku sakiti, yang aku caci atau aku rotan, maka jadikanlah itu semata-mata sebagai penebus dosa dan sebagai jalan baginya untuk mendekatkan diri kepadaMu."
HR Muslim


Anggaplah Allah nak uji Iman kita. Lagipun yang penat main bukan kita, kita tukang sorak je. "gooooaaaal......!!". Jadi, kita ambil mana yang baik. Jadikan pengajaran untuk masa depan. Contoh, dapat eratkan silaturrahim dengan warga Indonesia yang sama-sama cool. Best kan camtu!


Kak Mas, maaf ye pinjam gambar. Hee~
Tengok tu, bila dah makan bola tido bola mandi bola solat bola puasa bola. Semua nak bola, bola pun tak nak jadi bola. Asyik kena tendang je.


Ada seorang Indonesia ni, dua kali perlawanan dia post kat wall facebook saya kata-kata semangat untuk Indonesia. Tak tahu la sama ada dia ingat saya ni Indonesia atau saja bergurau. Hehe. Macam-macam ya kamu. 



Tapi jika difikirkan sedalam-dalamnya, apa sangatlah kemenangan Malaysia -ni bukan ayat protes ha- selagi keadaan sosial masih belum stabil. Maksiat makin berleluasa. Kekejaman dan kezaliman terus bermaharajalela. Allahu Akbar!


Jangan la kita terlalu tumpu pada perbalahan yang tidak memberi manfaat ini sehingga lupa masalah ummat. Lupa yang Palestin tiada masa pun hendak bersorak.





Allah..


Mereka mencari-cari masa untuk mengukir secebis senyuman. 
Segala celaan sudah ditelan mati.
Badan mereka menanggung peluru dan luka.
Sehinggalah rebah tak berdaya.




P/s: Post kali nie santai-santai je. Jangan panas-panas ye. Apa pun kritikan kita lapangkan dada. Kita kan bersaudara. ^_^


P/s: PM isytihar CUTI jumaat nie!! Tapi, saya memang takda kelas pun. T_T. Ok syukurlah sikit!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails