Disini saya cuma mahu kongsikan status saya di facebook dan beberapa pendapat dan huraian mengenainya.
Klik gambar untuk tumbesaran.
Jadi, apa lagi yang boleh diperkatakan dengan sistem sekular yang sudah menghinggapi pemikiran-pemikiran intelektual di negara ini. Bahkan, ia juga telah mula tersebar ke serata dunia. Pemimpin-pemimpin tertinggi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bukanlah orang biasa-biasa yang mempunyai ilmu biasa-biasa.
Yang agak membuatkan saya tertanya-tanya, IPT/IPTS yang melarang pemakaian purdah ini juga terdiri dari IPT/IPTS Islam. Jadi mengapa terjadi sebegini?
Baiklah, saya pernah mengikuti perbincangan dengan salah seorang pensyarah yang juga orang yang membuat peraturan tersebut. Mereka memberi alasan seperti berlaku penyamaran dalam peperiksaan, pernah asrama dimasuki lelaki dengan cara berpurdah dan lain-lain. Saya menghormati alasan tersebut.
Cuma, mengapa penekanan diberi pada pemakaian purdah sahaja? Perkara-perkara maksiat berlaku bermula dari hati. Jika rosak hati seseorang, maka rosaklah seluruh jasadnya. Dengan membiarkan pelajar memakai pakaian yang tidak mengikut syariah, akan menyebabkan bertompok dosa di dalam hati pelajar perempuan yang memakai dan pelajar lelaki yang melihat.
Kalau semata-mata penyamaran, banyak cara lain boleh digunakan. Kalau seseorang mahu buat jahat, macam mana cara sekalipun dia akan buat walaupun mustahil.
Saya bukanlah sesiapa untuk memberi pandangan sebegini. Cuma mungkin ia dapat membuka mata sesiapa yang terbaca. Hanya Allah yang tahu.
Untuk akhirnya, saya bukanlah tidak menyokong larangan pemakaian purdah dalam kampus jika ternyata ada alasan untuk larangan tersebut. Tetapi, laranglah pemakaian ketat dan tidak mengikut syariat dikalangan pelajar dan staff dengan larangan sekers-kerasnya. Demi untuk memelihara hati semua pelajar dan staff di kampus tersebut.
An-Nu'man bin Basyir berkata, "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, 'Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia. Barangsiapa yang menjaga hal-hal musyabbihat, maka ia telah membersihkan kehormatan dan agamanya. Dan, barangsiapa yang terjerumus dalam syubhat, maka ia seperti penggembala di sekitar tanah larangan, hampir-hampir ia terjerumus ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya tanah larangan Allah adalah hal-hal yang diharamkan-Nya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka seluruh tubuh itu baik; dan apabila sekerat daging itu rosak, maka seluruh tubuh itu pun rosak. Ketahuilah, dia itu adalah HATI.'" (HR. Bukhori)
No comments:
Post a Comment