Saturday, October 1, 2011

Wanita Dan Lelaki Murahan


Terdengar lelaki-lelaki itu berkata
Wanita sekarang murah
Karang ayat manis sikit
Terus dapat segalanya
Mudah sangat

Aku pejam mata
Pedih rasa di dada
Mengapa?
Ya, kerana aku juga wanita
Dan hidup di zaman ini

Tetapi,
Kau bukan wanita begitu
Bisikan itu memujuk
Benar, hari ini bukan aku
Esok?
Lusa?
Siapa tahu
Allah, jauhkanlah!
Na’uzubillah!

Kalaupun bukan aku
Adik-adikku,
Sepupu-sepupuku,
Saudara-maraku,
Rakan perempuanku,
Wanita seagamaku,
Apa tidak perlu aku sama merasa keperitan itu?

Lelaki disana ketawa
Masih pada topik yang sama
Bangga bercerita sesame mereka
Tentang kejayaan mereka
Menghancurkan maruah wanita

Aku diam
Berfikir
Tentang diriku
Muslimahku
Bagaimana keadaanmu
Moga masih terpelihara

Pesanku pada diri
Kukongsi bersama saudari
Berhati-hati membawa hati
Berjaga-jagalah meniti hari
Dalam meneruskan kehidupan duniawi
Jangan biar ia melebihi ukhrawi
Martabat kita tinggi
Usah biar ia jatuh ke bumi

Lelaki yang layaknya dihormati,
Bertindaklah sebagai pelindung
Bukan penjahanam
Pimpinlah kaum hawa ini
Jangan pula kamu dipimpin oleh nafsu

Tak perlu salahkan wanita
Tak perlu salahkan lelaki
Tetapi salahkan diri sendiri

Lelaki disana masih ada
Sinis bicara dan senyuman mereka
Tetapi mata sesekali mengerling wanita
Mencari mangsa seterusnya

Hanya satu persoalan buat mereka
Mahal sangatkah diri kamu?
Tanpa malu menayang aib sendiri
Malah menyebar aib orang lain

1 comment:

ismi jannati said...

terbaik..khas buat perempuan..kejarlah syurga disane..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails