Tuesday, January 24, 2012

Benda Baik Bukan Untuk Orang Baik Je

Bismillah wal Hamdulillah.

Assalamu'alaykum..

Lama tak mengetik dalam blog. Blog picisan seperti ini hanyalah sebagai laman luahan dan perkongsian sekeping hati yang sentiasa berbolak-balik. Ianya kesukaan dan kegemaran :)

Banyak lagi blog-blog yang bagus dan bermanfaat. Kemunculan blog-blog 'osem' (baca: awesome) juga sangat osem lah! Dapat menarik hati-hati untuk mengenal Islam dengan cara sungguh osem. Menarik jiwa-jiwa terutamanya jiwa remaja untuk mengikuti 'bulatan gembira' (baca: usrah) yang sememangnya osem juga. Oh, banyaknya OSEM. 

Usrah? Eh apa tu? Masa belajar kat sekolah dulu, usrah tu keluarga, kan?

Dah tu apa sibuk-sibuk nak join usrah. Kita semua ada keluarga. Mak, ayah, kakak, hadek-hadek kat rumah. Err, kalau anak yatim piatu tak ada adik-beradik? Err, ada pakcik, makcik atau keluarga kat rumah anak yatim. Hee.

Ok baik. Usrah ni ada juga panggil halaqah, study circle, dan lain-lain. Mengikut kefahaman saya, usrah ni satu kumpulan manusia tertentu, yang mahu memahami Islam dengan lebih mendalam, berkumpul pada masa tertentu, melakukan aktiviti tertentu, dengan tujuan tertentu.

Tak faham kan? Haha.

Mari-mari, saya tunjukkan definisi yang lebih tersusun dan insyaAllah lebih mudah difahami.

"Dari segi bahasa, perkataan usrah (bahasa Arab) bermaksud keluarga.

Kamus Dewan Edisi Ketiga menyatakan, usrah ialah perkumpulan yang melibatkan kegiatan agama seperti perbincangan tentang sesuatu tajuk agama dan sebagainya.

Dari segi istilah, usrah ialah kelompok manusia yang beriman dengan Islam dan berusaha tolong-menolong sesama sendiri untuk memahami dan menghayati Islam; berusaha mempertingkatkan ilmu dan amal, dan menghindari maksiat dan permusuhan berdasarkan firman Allah (maksudnya): 


Bertolong-tolonganlah kamu berbuat kebaikan dan takwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan berbuat dosa dan aniaya dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras seksanya. (Al-Maidah : 2)"

Tapi...!!

Diatas adalah definisi asas. Maksud sebenarnya lebih luas mengikut apa yang kita mahu dan cara dikendalikan. Jika kita mahu usrah yang osem, maka osem lah! Jika mahu usrah 'skema', maka 'skema' lah! Jika mahu usrah santai, maka santai lah! Yang penting, tujuannya bisa dicapai, ilmu dapat dikongsikan, ukhuwwah menjadi makin erat, keimanan dipertingkat!

-Saya pernah join usrah, tapi bosan je. Tak ada pun osem-osem tuh! Semua tudung labuh-labuh, cakap baik-baik, lemah-lembut, rasa tersisih pula saya yang tudung biasa, ilmu pun ciput, rock pulak tu. Huhu.

Nampaknya perkara asas belum settle. Belum mantap memahami rukun-rukun usrah yakni,

1) Ta'aruf - BERKENALAN sesama sendiri dan berkasih sayang dengan semangat cinta kepada Allah dan berusaha menghindarkan sebarang kekeruhan yang merenggangkan persahabatan.

2) Tafahum - Saling BERSEFAHAMAN dalam memahami Islam dan menghayatinya.

3) Takaful - BANTU-MEMBANTU iaitu bekerjasama dalam amal makruf dan nahi mungkar, bersama-samamenggalakkan kebaikan dan bersama-sama menjauhkan kemungkaran

Naqib/naqibah yang kendalikan usrah perlu perhatikan perkara ini. Bukan semata-mata menghabiskan silibus usrah yang mungkin berat bagi sesetengah orang. Ikutlah kesesuaian mad'u.

-Tapi kan....saya tak join usrah. Macam susah nak cari usrah osem ni. Yang ada, banyaknya tak kena dengan jiwa.

Tak susah, kumpul kawan-kawan buat usrah sendiri. Seminggu sekali jumpa, buat aktiviti yang boleh capai tujuan usrah anda :)

-Tapi....kawan-kawan saya tak minat pula. Mereka lebih suka bersosial. Ajak makan cepat, ajak tengok movie cepat, ajak usrah tiba-tiba ada kerja.

Mudah juga :) Jadikan makan sebagai usrah, tengok movie sebagai usrah, jalan-jalan sebagai usrah. No need to mention 'usrah' la kan. Aktiviti bersama akan eratkan persahabatan, saling kenal dengan lebih rapat, tahu bila mereka ada masalah dan bantu selesaikan, masa jumpa cuba timbulkan isu supaya dapat bertukar pandangan walaupun hal kecil, tengok movie yang ada pengajaran dan lain-lain ikut kreativiti masing-masing.

Inilah usrah tanpa sedar namanya. Hehe. Tak perlu terlampau terikat pada perkataan 'usrah' menyebabkan terhenti segala niat untuk kita berbuat kebaikan. Cuma, dalam masa yang sama bergaullah juga dengan mereka yang kita anggap 'skema' ni kerana merekalah yang akan menasihati dan mengingatkan kita.

Sayanglah, kita ada peluang untuk dakwah diri sendiri dan orang lain orang, tapi kita sia-siakan.

Saya pun faham, susah nak ajak orang ber'usrah'. Kadang-kadang susah tu dari diri kita juga. Kita rasa tak layak je nak ajak orang. Rasa macam poyo eh? Hehe. Jadi kita ubah sedikit supaya sesuai dengan jiwa kita sendiri dan jiwa rakan-rakan.


Dulu pun saya ada masalah nak ajak kawan-kawan sama minat dalam Islam dan dakwah. Puas saya fikir cara apa yang sesuai. Ajak kuliah, ajak pergi program, ajak usrah, tapi tak dapat sambutan dari mereka, mula ok la, lama-lama mereka makin menjauh,

Kemudian saya buat cara indirect je, yang saya fokuskan, persahabatan kami tak terputus atau tergantung begitu saja. Saya ajak mereka jumpa, ajak datang bilik, pergi bilik mereka (ni jarang sangat, hee), ajak sembang, ajak shopping (hewhew), dalam masa yang sama tunjuk contoh yang baik (walaupun tak lah baik mana). Nanti lama-lama mereka sendiri akan datang dan cari kita. InsyaAllah.

Masukkan dakwah fardiyyah dalam usrah dan masukkan usrah dalam dakwah fardiyyah. 

Wallahua'lam.

Secebis bahagia kita kongsi, secubit tawa akan kita nikmati.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails