Friday, December 16, 2011

Bukan aku, bukan kamu, tapi KITA

Bismillah wal Hamdulillah.

Lama sudah tak berhapdet blog ni. Semua ni gara-gara fasebuk. Kepada yang masih berkunjung, syukran katsir jiddan (terima kasih banyak sangat) :)

Ketika sedang memerhati news feed kat home fasebuk (lagi), banyak post mengenai aurat wanita dan dikaitkan dengan nafsu lelaki. Nampak masalah ni sangat-sangat perlu perhatian dan dibendung sebaiknya.

Teringat satu kes yang berlaku pada diri sendiri. Lama dah, lupa bila waktu berlaku. Masa tu tengah berjalan dalam shopping complex dengan adik, lalu sebuah kedai emas. Dari jauh dah nampak beberapa pekerja duduk-duduk sambil perhati orang duk lalu-lalang. Buat ketupatkah?

Elok kami sampai depan kedai tu, dengarlah suara berkata-kata.

"Wah, labuhnya baju dia." Suara lelaki.

Suara perempuan pula menyampuk "zaman aku dulu tak ada pun baju labuh gitu". Suara gelak-gelak.

Dan last, sebelum pendengaran kami dibataskan oleh jarak, "Assalamu'alaykum ustazah! Jalan baik-baik"

Gelak lagi.

Kami berpandangan.

*****

Kerap kali saya terbaca, terdengar, dan bermacam ter lagi tentang orang berbahas tentang siapa yang salah dalam masalah keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan masyarakat seperti buang anak, zina, rogol dan bermacam-macam lagi. (sekali ayat skema keluar)

Sekelompok lelaki 'sewajib'nya akan menyalahkan perempuan yang tidak menjaga aurat dan maruah sendiri, katanya a menyebabkan nafsu lelaki tercabar dan teruji.

Sekelompok wanita pula mengatakan lelaki yang tidak menjaga penglihatan mereka, asalkan perempuan semua ditengoknya.

Siapa nak mengalah ni? (Selalunya lelaki yang mulakan kan kan? Hehe)

Jawapannya mudah.

Ayuh, kita kembali pada Al-Qur'an,

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat.” Katakanlah kepada wanita yang beriman, “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya.” (Surah an-Nur : ayat 30-31)

Apa lagi nak digaduhkan. Allah berfirman jelas dalam kitab-Nya, pesanan untuk menahan pandangan dan menjaga kemaluan (maruah) buat lelaki juga buat wanita. 

Selama mana kita asyik menyalahkan pihak lain, kita tak nampak kesalahan pada pihak kita sendiri.

Dalam masalah ini, kedua-dua pihak harus sedar kesalahan sendiri dan memperbaikinya.

Rayuan buat kaum hawa, tutuplah segala perhiasanmu yang indah-indah itu. Simpanlah buat kekasih halal yang telah ditentukan untukmu. Maruahmu itu sangat berharga.

Rayuan buat kaum Adam, tahanlah nafsumu dari kemungkaran yang nikmatnya hanya sementara, tetapi azabnya lama tak terkira.
Sejuk mata memandang kan? Siapa kata tak, meh nak letak ais batu kat mata tu :P

Penting untuk diingatkan, jika wanita tersebut dah lengkap metutup aurat, melabuh dan melonggarkan pakaian, tetapi masih si lelaki memuji-muji dan memandang dengan nafsu, silalah kutuk diri sendiri. *mengeluh

Banyak keburukan tidak menjaga pandangan ni. Antaranya, merosakkan hati, terancam jatuh dalam zina, diturunkan bala, dan lupa akan ilmu. Wal'iyazubillah. Moga dijauhkan dari perkara-perkara tersebut.

Al-Hasan bin Mujahid berkata,

غَضُّ البَصَرِ عَنْ مَحَارِمِ اللهِ يُوْرِثُ حُبَّ اللهِ.

“Menahan pandangan dari apa yang diharamkan Allah akan mewarisi cinta Allah.”


Wallahua'lam ^_^

Saturday, October 1, 2011

Wanita Dan Lelaki Murahan


Terdengar lelaki-lelaki itu berkata
Wanita sekarang murah
Karang ayat manis sikit
Terus dapat segalanya
Mudah sangat

Aku pejam mata
Pedih rasa di dada
Mengapa?
Ya, kerana aku juga wanita
Dan hidup di zaman ini

Tetapi,
Kau bukan wanita begitu
Bisikan itu memujuk
Benar, hari ini bukan aku
Esok?
Lusa?
Siapa tahu
Allah, jauhkanlah!
Na’uzubillah!

Kalaupun bukan aku
Adik-adikku,
Sepupu-sepupuku,
Saudara-maraku,
Rakan perempuanku,
Wanita seagamaku,
Apa tidak perlu aku sama merasa keperitan itu?

Lelaki disana ketawa
Masih pada topik yang sama
Bangga bercerita sesame mereka
Tentang kejayaan mereka
Menghancurkan maruah wanita

Aku diam
Berfikir
Tentang diriku
Muslimahku
Bagaimana keadaanmu
Moga masih terpelihara

Pesanku pada diri
Kukongsi bersama saudari
Berhati-hati membawa hati
Berjaga-jagalah meniti hari
Dalam meneruskan kehidupan duniawi
Jangan biar ia melebihi ukhrawi
Martabat kita tinggi
Usah biar ia jatuh ke bumi

Lelaki yang layaknya dihormati,
Bertindaklah sebagai pelindung
Bukan penjahanam
Pimpinlah kaum hawa ini
Jangan pula kamu dipimpin oleh nafsu

Tak perlu salahkan wanita
Tak perlu salahkan lelaki
Tetapi salahkan diri sendiri

Lelaki disana masih ada
Sinis bicara dan senyuman mereka
Tetapi mata sesekali mengerling wanita
Mencari mangsa seterusnya

Hanya satu persoalan buat mereka
Mahal sangatkah diri kamu?
Tanpa malu menayang aib sendiri
Malah menyebar aib orang lain

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails