beberapa hari tak masuk blog. Rindu kat sahabat blogger yang lain. Huhuhu. Cuti nie asyik pegi jalan-jalan je. Seronok tue memang la tapi penat betul. Pegi umah sedara, makan-makan, picnic kat Sungai Congkak, merayau kat Mid Valley sambil buat muka pelik. Lepas nie nak pegi zoo Melaka pulak Pastue pegi stadium Melaka tengok bola. Tengok bola? Ohh.. Tak pernah-pernah pegi jauh semata-mata nak tengok bola sebijik yang orang duk kejar-kejar tue. Nasiblah, tiba-tiba ada peminat bola dalam umah nie. Ohh lagi.. (apa aku nak buat masa diorang duk tengok bola nih?)
Nie la kehidupan orang yang ramai adik. Kita pun jadi cam budak kecik jugak. Pegi picnic kat Sungai, kita duk tepi dengar lagu sambil baca buku je. Kalau tak ikut bosan la pulak tinggal sorang kat umah. Lagipun nie la masa nak bergembira dengan family terchenta.
Tengah fikir2. Nak pegi zoo jap lagi nak bawak laptop tak. Boleh mengonlinekan diri kalau boring-boring tengok muka cipan dan zirafah. heheh. Tapi nak memikul laptop nie satu hal pulak. Kot beberapa jam dalam tue. Aduih. Em, macam tak yah je. Baik berkenalan semula dengan makhluk ciptaan Allah yang pelbagai rupa tue. Ish3. Saya sayang binatang.
Biarlah kita berkorban sikit untuk orang lain. Bukan selalu dapat peluang camnie. Lagipun kalau tak cukup sorang kan tak lengkap, lagi-lagi kakak sulung yang takde mesti tak meriah. Hahah. (perasan sekejap). Nak pegi tengok bola pakai baju ape nie? Serius tak taw. Pelik dan janggal sungguh rasanya. Ke nak duk dalam kereta je. Hoho. (minta-minta la acara tengok bola dibatalkan last minute). Heheh. Tak pun cari suis besar bagi blackout stadium malam nie. (suis kecik pun belum tentu jumpa). Jangan. Pentingkan diri kalau camtue. Huhuh~
Jom le join sekali. Tapi transport dan biaya sendiri. =P
No comments:
Post a Comment