Tajuk: Saat Lafaz Sakinah
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East
Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda
prechorus:
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Lagu: Hafiz Hamidun
Lirik: Fadzli Far East
Heningnya...
Sunyi suasana...
Lafaz sakinah bermula
Apa rasa
Diterjemah hanya
Sebak abah, tangis ibunda
prechorus:
Adalah aku, wali puteriku
Serah kini amanahku ini pada mu
Nafkahilah dia, curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya
chorus:
Dulu esakkannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna, dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya
Ku akur
Akan pesanmu
Puterimu kini amanahku
Iringilah
Dengan doamu
Bahagia kami dari redhamu
Amat tertarik dengan album far-east yang baru je muncul nie. Dah la memang suka sebab lagu dia bertarannum. So bila nyanyi sekali boleh la lenggok-lenggokkan suara. konon sedap. (perempuan jangan ngada-ngada nyanyi depan bukan mahram ok!). Bila hayati lirik nie dan cuba bayangkan diri sendiri mengambil mana-mana tempat samada si bunga yang disunting, mak ayah dan orang yang bakal memegang tanggungjawab baru, rasa sebak dan sayu. Dalam majlis akad yang kelihatan meriah dengan senyum-senyum dan usikan tetamu. Ada hati-hati yang begitu sarat dengan pelbagai rasa. Sedih,gementar,risau dll. Perasaan ini selalunya dirasai bagi mereka yang betul-betul tahu makna sebenar sesebuah perkahwinan. Tanggungjawab yang perlu dilepaskan. Tanggungjawab yang perlu dipikul. Bukan hanya penyatuan 2 hati, malah bermacam-macam hati. Penyatuan 2 keluarga.
Bagaimana perasaan mak dan ayah yang perlu melepaskan tanggungjawab memelihara dan mendidik puteri kesayangan kepada seorang lelaki. Perasaan si lelaki mengambil-alih amanah yang berat dan terus dinaikkan pangkat menjadi ketua keluarga. Menjadi pengemudi dalam melayari bahtera keluarga. Keluarga bagaimanakah yang ingin dibentuk? Keluarga biasa yang cukup makan dan pakai dan kasih sayang. Keluarga yang hidup serba sempurna malah berlebihan yang mungkin melalaikan. Atau keluarga yang mengutamakan Islam sebagai pegangan yang diharmonikan dengan Tarbiyyah Islamiyyah disulami mawaddah dan Rahmah. Tak lupa, buat si bunga yang dulu tinggal ditaman larangan. Kini sudah dipetik dan akan dibawa pergi. Kali nie bunga tidak boleh lagi hanya mempamerkan keanggunannya tapi perlu menjadi sayap kiri dalam rumahtangga. Mampu mengekalkan kesegaran,kecantikan dan keharumannya buat penyeri keluarga.
erk..terlebih lak komen. Apa pun, sangat suka dengan kelahiran album baru far-east yang memang saya tunggu-tunggu lepas album halawatul iman sebelum nie sangat menambat jiwa, hati juga raga saya. Teruskan dakwah bil lisan umumnya buat penasyid-penasyid di Malaysia. Saya akan sokong kalian. walaupun kadang-kadang download je. huu. maaf bajet lari... Yang penting mesej kan kan? kan?

2 comments:
lirik ni dah bt sya jatuh cinta akan nya... tambah dengan komen anda yg lengkap dari sgala sudut, terima kasih atas perkongsian. assalamualaikum
@Miela Tahril
Alhamdulillah.. Sambil berhibur sambir dapat manfaat.. Alhamdulillah.. Wa'alaykumussalam.. ;)
Post a Comment