Bismillah wal Hamdulillah
Lama sangat tak update blog.. Sampai dah berhabuk, penat betul mop tadi.. Aishh.. [hiper]
Kenapa tak update?
Malas~ (jawapan senang)
(jawapan rajen)
Diri ini tersangatlah sibuk beberapa hari kebelakangan nie. Sebelum secara rasminya bergelar Mahasiswi UIAM. Pendaftaran hari selasa lepas yang amat mendebarkan hari-hari sebelumnya walaupun tidur tetap lena seperti biasa. Alhamdulillah segala debaran berakhir dengan hembusan nafas kelegaan, Allah memudahkan urusan. Menjadi penghuni di Mahallah Asma binti Abu Bakar, tak dekat mana tapi tak la jauh. Sedang-sedang molek gitu. Walaupun dapat blok H, rasanya blok paling belakang dan diberi amanah pulak menduduki bilik di tingkat 5. Aku redha~ mendaki bersama 4 orang roomates yang telah dikenali sebelum nie, jadi tak perlulah bersusah payah nak berkenal maka bercinta.. erkk.. (yela,tak kenal maka tak cinta kan?).
Selesai mengangkut barang-barang yang sekali pandang macam oramg pindah umah, abi pun sempat tidur akibat kepenatan menggalas beg yang besar, pukul 2pm kena pegi mana tah akak committee tue suruh. Ingat lepas-lepas tue boleh berehat barang sejam dua, melepaskan lelah yang tak lepas tadi. Rupanya terus start Ta'aruf Week. Memang mantap!!
Bermula saat itu, bermulalah 4hari yang memenatkan, menyakitkan, merimaskan, menstresskan dan paling utama, mengantukkan.. Bangun jam 4.30 am sebab nak berkumpul untuk ke masjid (walaupun kul 5 lebih baru bangun) sampai la jam 11.30 pm baru lah kami dibenarkan pulang. Alhamdulillah sepanjang Ta’aruf week/ minggu orientasi takde la sesi ragging, cuma kepenatan yang ditanggung amat-amatlah menguji kesabaran fizikal dan mental. Bila sesi makan, solat dan tidur terasa pantasnya masa berlalu. Tapi bila mula duduk atas kerusi dalam dewan, masa bagai berjalan lenggang-kangkung. Mengantuk hanya Tuhan yang tahu. Belum campur, tengok muka committee yang stressnya lagi teruk. Yela, sebelum nie dah induction pastue nie nak kawal freshie seramai 2300 orang. Mana tak stress. Tapi kita sama-sama penat jugak kan. Jadi bawaklah bersabar, cuba maniskan muka walaupun kopi tanpa gula pun sedap lagi.
Asyik cerita yang tak best je..huhu.. Yang bestnya, Saat nie la kami bersua muka semula dengan kawan-kawan yang lama ditinggalkan kerana keghairahan bercuti. Lepas nie bila masing-masing dah sibuk, bukan je batang hidung, ekor tudung pun tak pasti boleh nampak ke tak (tudung pun ada ekor taw~). Tue je kot yang best. Hehe..
Jumaat lepas, lepas Bai’ah Session rasmilah kami sebagai pelajar UIAM. Keseronokan yang tak terhingga sebab Ta’aruf Week bakal melambaikan tangan. Melepaskan kami. Tapi, rupa-rupanya, ada ‘Campus Tour’ pulak. Wahh~ Aktiviti yang amat,sangat menyakitkan kaki. TAPI demi nak mengenali bangunan, kulliyaat dan segala bagai yang terdapat di bumi IIUM nie, kaki kugagahi jua. Dah la campus tour pakai baju batik. Macam keajaiban rasanya.
Sebelum maghrib kami dibenarkan balik ke mahallah masing-masing. Terujanya. Kerinduan terhadap katil yang tak sempat kenal betul-betul makin membuak-buak. Selesaikan uruskan diri, kemas-kemas sikit, kami meneruskan pelayaran.
Ops!! Tak habis lagi…
Hari nie hari selasa malam rabu, register course tak settle2 lagi. Dari sabtu, isnin dan selasa(hari nie la) berulang-alik nak menyelesaikan semua tue. Tapi Allah masih mahu menguji. Ya Allah moga kesabaran ini berterusan. Permudahkan urusan kami Ya Rahman. Harapnya, semua kesusahan nie terselit natijah yang menenangkan hati. Amin.
p/s: Minta mahap la ye. Entry kali nie saya Cuma nak berkongsi suka dan duka je. Idea pun penat duk perah-perah.(nanti nak upload gambar yg tangkap dari tingkat bilik..hehe..poyo cket~)
No comments:
Post a Comment