Thursday, February 17, 2011

Tension kena kritik!

Bismillah wal Hamduillah.


Pernah tak anda di kritik? Tentulah pernah. Apa sahaja yang kita lakukan, tentunya tidak semua orang akan berpuas hati. Dalam 100 orang yang menyokong, sudah tentu terselit beberapa orang yang menentang.


Saya adalah seorang yang sering berfikiran negatif, dulu. Ya, itu dulu. Sekarang saya cuba dan sedang mengubah diri saya kearah 360 darjah! Tak percaya? Sesiapa yang mengenali saya memang sukar untuk percaya. Saya sendiri seakan tidak percaya. Tapi itulah yang sedang saya usahakan.


Saya seorang pendiam, kerana takut percakapan saya salah dan di kritik. Saya sangat pemalu, kerana risau kelakuan saya jelik lalu di kritik. Saya mengasingkan diri, kerana bimbang kehadiran saya mengganggu dan akan di kritik. Di facebook di blog, saya berfikir seribu kali untuk memberi pandangan terhadap sesuatu isu, kerana saya rasa tidak layak dan akan di kritik.


Dulu saya tak pernah fikir semua ini. Saya sering mengharap pada orang lain. Jika ada kawan ganggu di sekolah, saya ada cikgu. Jika ada urusan rasmi perlu di buat, saya ada ayah. Bertandang di rumah saudara-mara, saya akan membuntuti mak. Jika tiada yang boleh bantu saya, saya tak nak buat! Saya tak nak pergi! Saya tak nak keluar rumah! Ergh!


Lama-kelamaan saya mula berubah. Pengalaman dan suasana mematangkan saya. Tetapi perubahan yang sangat lembab! Saya ingat semasa belajar di Nilai, saya menangis selepas balik dari meeting. Setiap kali meeting, saya akan jadi sasaran kerana terlalu senyap. Tiada idea atau pandangan yang saya lontarkan. Saya cuba tapi bukan boleh dipaksa. Bila dalam kelompok, saya jadi blur dan blank! Tak kira sesama perempuan atau campur perempuan dan lelaki.


Kenapa saya cerita semua ni? Sekadar untuk berkongsi semangat. Berkongsi rasa. Sebelum ni saya terlalu risau untuk menyampaikan apa yang tertanam dalam di sudut hati. Kali ini biarlah ia menjadi tatapan. Sebagai salah satu tindakan saya dalam membuang segala negatif yang mula bersatu di dalam darah dan daging.


Dari satu seminar yang saya pergi baru-baru ni, ada disuruh untuk ceritakan segala cita-cita, matlamat, impian dan lain-lain kepada orang. Tampal kat dinding. Tulis kat buku, baca hari-hari. Antara sebab saya yakin dan berusaha untuk terus mengubah diri adalah selepas ke seminar tersebut.


Seminar yang sangat superb! Memang! Memang apa pun berbalik pada diri kita sendiri. Tapi seminar dan penceramah-penceramah di situ memberi gambaran yang sangat lengkap dan padu kepada hati saya. Seolah-olah mereka dah tunjukkan jalan dan pintu menuju kejayaan di DUNIA dan AKHIRAT. Tinggal saya bukak pintu tersebut dan meneruskan perjalanan. 


Jika mampu, saya nak ajak semua orang yang saya kenal sama-sama merasai apa yang saya rasa. Tapi mungkin kerana saya masih pada permulaan, jadi ada sedikit kesukaran untuk meyakinkan mereka. Tak sukar sebenarnya, hanya perlu duduk dan dengar. Cuma cara untuk mereka duduk tu perlu usaha. Alangkah bagus jika program seperti ini diperluaskan.


Bagi mereka yang dah hebat, mungkin biasa je. Tapi bagi orang seperti saya, ianya LUAR BIASA. Dari sekolah dah berpuluh-puluh program motivasi, keinsafan, jati diri yang saya pergi. Tapi ini sangat berlainan sama sekali. Alhamdulillah, Allah bukakan hati ini.


Cukuplah setakat ini. Ya Allah, tetapkan hatiku pada agama-Mu. Ya Rahman, tetapkan jalanku di atas landasan-Mu. Ya Rahiim, izinkan aku mengecap sedikit bahagia walau dalam keperitan di dunia. Ya ghafur, beriku peluang merasai keindahan Redha-Mu di sana kelak.




T___T 


T__T


T__T


T__T




Sekarang, saya mula sedar. Dengan kritikanlah saya bangkit. Dengan pandangan sinislah saya bangun. Dengan kutukanlah saya bertindak. Jika tidak, saya akan terus duduk menangisi nasib. Jika tidak, saya masih senyap di sudut rahsia. Jika tidak, saya hanya diam walaupun mereka tidak mempedulikan saya. Dan paling teruk, mungkin saya terus rela diri sendiri dihina, rela agama diinjak-injak, rela Allah dan Rasul dipermainkan. Saya TIDAK RELA! Saya MAHU BERTINDAK!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails