Kita sebagai penduduk bumi sering di uji. Ternyata, dunia ini tempat ujian (daarul ibtilaa'). Sering atau terkadang kita merasa tidak bahagia seperti orang lain. Terasa diri masih kekurangan sesuatu. Kurang harta. Kurang kasih-sayang. Kurang tenang.
Tetapi sebenarnya tiada siapa yang sempurna. Tiada siapa yang cukup segala-gala. Tetapi mereka punya ketenangan. Ketenangan dan kebahagiaan itu timbul dari Ilahi. Dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.
Biarpun miskin papa kedana. Biarpun kaya ringgit berjuta. Yang berbeza itulah taqwa.
Prof. Dr Hamka ada menyentuh perihal bahagia dalam bukunya yang bertajuk, 'Tasauf Moden'.
Dalam membicarakan soal bahagia, Hamka mencatatkan dalam bukunya padangan berikut:
"Kalau kita perturutkan, setiap orang mempunyai kaedah tentang bahagia, sebanyak penderitaan, sebanyak pengalaman, sebanyak kekecewaan.
- Orang fakir mengatakan bahagia pada kekayaan
- Orang sakit mengatakan bahagia pada kesihatan
- Orang yang terjerumus ke lembah dosa mengatakan bahawa terhenti dari dosa itulah kebahagiaan
- Seorang yang sedang rindu dan bercinta mengatakan bertemu dengan kekasih itulah bahagia
- Seorang pemimpin rakyat berpendapat bahawa kemerdekaan dan kecerdasan umat bangsa yang dipimpinnya itulah bahagia.
- Seorang perawan dusun bernama Asma binti Bahdad, yang dikahwini oleh Muawiyah bin Abi Sufyan, berkeyakinan bahawa bahagia itu adalah kembali kedusunnya, di dalam pondoknya yang buruk, walaupun sekarang dia dalam istana yang indah.
- Seorang pengarang syair merasa bahagia jika syairnya jadi hafalan orang.
- Seorang wartawan merasa bahagia jika surat khabarnya dan tulisannya difahami orang."
Begitupun betapa manusia tu berbeza keinginan bahagianya, Imam al-Ghazali mengungkapkan kalimah berikut dalam memberikan jaminan kebahagian sejati kepada manusia. Insan yang mulia itu mengungkapkan bahawa, "Bahagia dan kelazatan sejati, ialah bilamana dapat mengingat Allah"
Jadi, rasailah kebahagiaan dengan menggantung ingatan sentiasa pada Yang Kuasa. Bersyukur dan menghargai nikmat dan kurnia Allah dengan sebagusnya. Letaklah harapan setinggi langit hanya padaNya. Usah terlalu mengharap manusia kerana manusia sering mengecewakan. Tetapi Allah tidak.
Hidup bersama Ilahi, itulah kebahagiaan hakiki. Allah.. Terlalu aku ingin merasakannya..
Andai terasa hidup tidak pernah bahagia, fikirkan sebentar tentang Allah. Mungkin kita bergegas mengejar bahagia dunia yang banyak fantasi dari realiti. Menyebabkan kita lupa memikirkan bahagia akhirat yang abadi ke akhirnya.
Jadilah manusia bahagia! Kita mampu memperolehnya.

No comments:
Post a Comment