Bismillah wal Hamdulillah.
Hari ini 16 Mei 2011. Hari guru. (Walaupun kat sekolah dulu selalu sambut tarikh lain-lain =.= )
Jadi, murid kalian yang mithali ini dengan rendah hati tetapi meninggi diri mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada guru guri, cikgu cikgi, ustaz ustazah, mu'allim mu'allimah, murobbi murobbiah, mursyid mursyidah dan semua yang pernah memberi ilmu walaupun satu huruf.
Khususan kepada pengajar di:
*Tadika Islam Puchong.
*Sekolah Rendah Islam Nurul Hidayah.
*Sekolah Rendah Islam Al-Amin Gombak.
*Sekolah Menengah Islam Puchong.
*Sekolah Menengah Agama Tinggi KKB.
*Centre for Foundation Studies, IIUM Campus Nilai.
*International Islamic University Malaysia.
T_T
"Tiada kata secantik bahasa untuk ku puji adinda"
Bait-bait lagu dari P.Ramlee bermain-main dipinggir telinga. Bila mahu berbicara tentang cikgu, hati ini sering dilanda sebu. Terlalu rindu pada cikgu-cikgu yang banyak beri ilmu kepada diri ini. Sama ada ilmu secara formal atau tak formal.
Ya Allah..... Rahmatilah guru-guruku.
Guru-guru datang dan pergi. Yang kekal hanyalah ilmu. Itu sebab tiada kata-kata indah dapat digubah kerana tidak mampu mencari ayat paling indah untuk dinukilkan buat semua guru-guru berjasa ini.
Ya Allah...... Jika aku mampu, inginku kumpulkan semua guru-guruku dan kembali menuntu dengan mereka.
Antara yang melekat kuat diingatan. Cikgu Zahrah di tadika. Guru pertama yang aku kenal disekolah. Baik tetapi garang. Apa pun, aku sangat sayang padanya. Seronoknya memoir di tadika.
Mu'allimah Hamidah. Cikgu Matematik sekolah rendah. Terima kasih cikgu. Kerana sikap ambil beratnya, membuatkan aku minat Math. Sampai sekarang. UPSR dapat A padahal sebelum tu selalu dapat C! T_T
Guru yang sudah tiada. Arwah Ustaz Rosli. T_T Banyak sungguh yang ingin diceritakan tentang ustaz ini. Saat-saat akhir bersamanya semasa beliau sakit. Masih mampu buat lawak. Masih mampu kenakan aku. Andai kutahu umurmu tidak panjang, akan ku rakam memori itu.
Serius sedih. Rindu sungguh kat cikgu..! Nak jumpa depan-depan. Nak wish depan-depan. Nak ucap terima kasih sangat-sangat atas ilmu yang membesarkan aku sampai ke tahap ini.
Rindu rotan dan denda. Sebab tak solat sunat. Sebab masbuk. Sebab tertidur masa tazkirah. Sebab markah sikit. Sebab tak hafaz. Sebab cadar tak tegang.
Pernah kena pulau gara-gara silap-faham. Pernah dipandang serong kerana orang lain. Tak kisahlah, yang penting kamu guruku.
Memang malu jika difikirkan. Tetapi itulah cara untuk aku tak lupakan dan tak sia-siakan ilmu. Terima kasih.
Ya Allah.... T_T
Speechless........
No comments:
Post a Comment