Sekian lama tidak menjengah. Tidak berkesempatan menarikan jemari di atas papan kekunci laptop. Jari ini lebih diperuntukkan utk keypad handphone bg mereply message2 yang masuk. huhuh. Setelah beberapa ayat ditaip, mata memandang luar rumah. Mencari idea. *idea2 mari ke sini memenuhi ruang minda*
Malam tadi singgah bersantai di dataran Putrajaya, berhadapan masjid Putrajaya. Selepas menyantap sate Kajang haji Samuri. nyummy. Sangat ramai manusia malam tue. Malam jumaat keliwon. Nape ea? ntahla.. Sampai je adik suruh bawak main kat playground 'kapal'. Jom2. Bawak je la. Dah puas tengok mereka belari sana sini, adik Sanah ajak pegi tepi tasek. Memandangkan ada yang bole jaga budak2 kecik tue main, dgn berbesar hati kami pon pergi meredah kegelapan malam. Adik Amen pon ikut skali rupanya. Sempat berbisik kat adik " sebenarnya tak suka la pegi tasik nie, lagi2 malam camnie, mesti ada yg 'dating2' ". Sampai je berhampiran tasik, sudah dijangka mata akan dijamu pasangan2 dalam gelap. " tue suami isteri kot " Sanah berkata sekilas. " hurmm..ye la kot " kami berHusnuzzon. Aku berbisik lagi " alamak, kad pencegah maksiat tertinggal kat umah la. Kalu tak, boleh TERJAH diorang. hehe " kami gelak kecil. Hati rasa tidak sedap tapi keterujaan melihat keindahan dan ketenangan tasik terus membawa kaki mampir ke tasik tersebut.
أم خلقوا من غيرشئ أم هم الخلقون
(Surah Al-Thur: 35)
“Apakah mereka ciptakan tanpa pencipta, atau apakah mereka menciptakan diri mereka sendiri?"
Indahnya. Ikan-ikan berenang girang di air seolah-olah menyambut gembira kehadiran kami. Memandang langit yang hitam pekat, hanya beberapa butir bintang kelihatan berkelipan. Subhanallah. Begitu indah ciptaan Allah yang mampu mendamaikan hati, tapi ramai yang tidak menyedarinya. Keindahan gelap malam yang Allah kurniakan disalah guna. kerana gelapnya malam, usaha pecah pintu rumah selamat dilakukan. Kerana gelapnya malam, si perempuan menunggu pelanggan di kaki2 jalan,di lorong2 sempit dengan bayaran yang sgt mudah ; setin air minuman dan kondom!! Kerana sunyinya malam, berduyun2 motor beserta pemandunya cuba melawan fitrah memecahkan kesepian malam dengan aktiviti tidak berfaedah pd kacamata penulis yg dipinjamkan Allah ini. ASTAGHFIRULLAH. Allah. Allah.Jangan Kau palingkan hatiku Ya Allah dari Agama-Mu,
Biarpun banyak persinggahan yg perlu aku lalui dan hadapi,
Permudahkan dan ringankan kakiku utk terus melangkah menuju Redha-Mu,
Andai aku berhenti melangkah krn lalai dgn ujian keseronokan dunia,
Tegurlah daku dgn Rahmat-Mu,
Aku insan yg sering lupa.
Biarpun banyak persinggahan yg perlu aku lalui dan hadapi,
Permudahkan dan ringankan kakiku utk terus melangkah menuju Redha-Mu,
Andai aku berhenti melangkah krn lalai dgn ujian keseronokan dunia,
Tegurlah daku dgn Rahmat-Mu,
Aku insan yg sering lupa.
sambungan...Tiba-tiba kelihatan budak2 kecik datang menghampiri kami. Adik2 yang main kat kapal tadi datang. Suasana hening bertukar sedikit riuh. Tapi aku sukakan keriuhan ini. Suara adik2 tercinta menghiburkan hati yg gersang ini. Dah puas duk kat tasek kami pegi pulak kat dataran. Ramai manusia. Ada yang berkeluarga. Ada dengan kawan-kawan. Tak lupa yang bersama pasangan. Jalan-jalan tengok orang berbasikal, yang bergambar dgn aksi2 yg melucukan pastu tengok adik2 main sejenis permainan moden semestinya (berlampu+buleh terbang *tak tau apa namanya*)..huhu..
Sesudah penat+puas+haus, kami pun pulang. Tapi masih ramai lagi yang memenuhi ruang dataran.
:: emm,tak dapat nak upload gambar :( ::
Sesudah penat+puas+haus, kami pun pulang. Tapi masih ramai lagi yang memenuhi ruang dataran.
:: emm,tak dapat nak upload gambar :( ::
No comments:
Post a Comment