Firman Allah Ta'ala: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Al-Baqarah: 45) Firman Allah Ta'ala: "Tidakkah engkau mengetahui bahawa sesungguhnya Allah Yang Menguasai segala alam langit dan bumi? Dan tiadalah bagi kamu selain Allah sesiapapun yang dapat melindungi dan yang dapat memberi pertolongan. ( Al-Baqarah :107)
Taubat membersihkan diri dari dosa2 yang disedari atau yang tidak disedari. Kerana bagaimana hebat dan teliti pun perancangan dan penyusunan kita, kita tidak terlepas dari kesilapan dan kesalahan, samada kesalahan teknikal dalam usaha menjayakan majlis2 atau kesalahan2 yang membawa kepada pelanggaran hukum agama. Dengan melakukan taubat mudah-mudahan Allah Ta'ala mengampuni kesalahan dan dosa-dosa kita yang tidak disedari.
Firman Allah Ta'ala: "(Iaitu) orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar serta perbuatan-perbuatan yang keji, kecuali salah silap yang kecil-kecil (yang mereka terlanjur melakukannya, maka itu dimaafkan). Sesungguhnya Tuhanmu Maha Luas keampunanNya. Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia mencipta kamu (berasa l) dari tanah dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu; maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dialah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertakwa. (An-Najm :32)"
Zikrullah memberikan ketenangan dan kedamaian didalam hati serta Rahmat Allah yang melimpah-
Firman Allah Ta'ala: (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Ar-Rad :28) Firman Allah Ta'ala: “Kerana itu, ingatlah kamu kepada Ku, niscaya Aku ingat (pula) kepadamu (dengan memberikan Rahmat dan Pengampunan)”. (Al Baqarah : 152)
Seterusnya..... Mohonlah kepada Allah setiap hari agar dilindungi dari tipudaya nafsu dan Iblis. Mohonlah agar diberi kemudahan dalam menguruskan segala masalah yg bakal bertandang tanpa diundang. Lebih utama lagi mohonlah keberkatan doa orang2 yang saleh kerana sangat maqbul doa-doa mereka. Lazimkan diri dengan zikrullah samada sewaktu bersendirian atau berkumpulan, ia akan mendatangkan keampunan Allah, memberikan ketenangan jiwa dan Rahmat Allah yang melimpah2.
Abu Hurairah Radhiallahu 'Anh memceritakan beliau mendengar Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Tidak ada jemaah yang duduk sambil berzikrullah melainakn dikerumunilah mereka oleh malaikat, diliputinya mereka dengan Rahmat, diturunkan ke atas mereka ketenangan dan disebutkan mereka oleh Allah Ta'ala di hadapan mereka yang berada di sisiNya.
Dalam kehidupan harian, kita seringa didatangi berbagai ujian, cubaan. Adakalanya ujian dan cobaan ini terlalu berat untuk dipikul. Tetapi Insya Allah, bagi mereka2 yang tetap mendirikan zikrullah samada dalam diri mereka apalagi mengerjakannya bersama keluarganya akan mendatangkan kelapangan dan ketenteraman jiwa. Ini kerana hati orang sentiasa mengamalkan zikrullah, dipenuhi dengan ingatan, harapan dan penyerahan penuh kepada Allah Ta'ala. Dia tahu bahawa Allah Ta'ala akan memberikannya jalan keluar. Dia yaqin bahwa Tuhan yang menjadikan kesakitan padanya akan menunjukki jalan untuk menyembuhkannyaAbu Musa Radhialllhu 'Anh menceritakan bahawa Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti oarang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang mati." Abu Hurairah Radhiallahu 'Anh memberitahu bahawa Rasulullah Salla-Allahu 'Alaihi Wasallam bersabda: " Allah Ta'ala berfirman: Sesungguhnya, Aku adalah sebagaimana yang disangkakan oleh hambaku, adalah Aku bersamanya apabila dia mengingati Aku, jika dia mengingat aku di dalam hatinya, maka Aku mengingati dia dalam hatiKu, dan jika dia mengingati aku dalam jemaah, maka Aku ingati dia dalam jemaah yang lebih baik ( iaitu dalam jemaah para malaikat).Apabila hambaku mendekatiku sejengkal, maka aku dekati dia sehasta. Apabila dia mendekati Aku sehasta Aku dekati dia sedepa. Dan apabila dia datang mendekati akudengan berjalan, maka Aku dekati dia dengan berlari."
Tiada kurnia yang lebih besar dan lebih menguntungkan diri seseorang selain daripada dirinya di ingati dan disebut2 oleh Allah dalam diriNya dan di dalam Majlis2 berserta malaikatnya yang mulia. Orang ini berserta keluarganya dalam perhatian, keampunan dan kebahagiaan.
وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَتَ اللّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاء فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً وَكُنتُمْ عَلَىَ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُون
Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pd tali(agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kpdmu ketika kamu dahulu (zmn jahiliyyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dgn kurni-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kpdmu agar kamu mendapat petunjuk.
(Surah Ali-Imran: ayat 103)
Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pd tali(agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah nikmat Allah kpdmu ketika kamu dahulu (zmn jahiliyyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dgn kurni-Nya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kpdmu agar kamu mendapat petunjuk.
(Surah Ali-Imran: ayat 103)
No comments:
Post a Comment