Monday, March 1, 2010

Usrah muslimah Nadi Ummah

Bismillah walhamdulillah

perkongsian ilmu yg penulis bawakan khas dri blog ustaz nasrudin Tantawi. Sebelum itu, sekadar utk memudahkan memahami. Usrah muslimah disini bermaksud 'keluarga muslim' bkn usrah untuk kaum wanita ye. Selamat menghayati.

Muqaddimah
Umat kini dinodai tanpa belas simpati. Setiap sendinya dilumpuhkan dengan kekejaman yang tidak terperi , sedang umat ini merupakan umat terbaik yang dirancang oleh Allah SWT untuk membina ketuanan al-Ma’ruf dan memusnah kemaharajalelaa
n al-Mungkar.

Di dalam Surah Ali `Imran : 110, Allah SWT berfirman;
كنتم خير أمة أخرجت للناس تأمرون بالمعروف و تنهون عن المنكر و تؤمنون بالله
Maksudnya: Kamu adalah sebaik-baik ummah yang dilahirkan untuk manusia agar kamu menegakkan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah SWT.

Barat dan orientalis Zionisme melalui protokol jahat mereka menjadikan sistem keluarga (usrah) umat Islam sebagai tuju sasar mereka untuk menghancurkan Islam dan gerakannya.


Proses Pelupusan Usrah Muslimah


1. Menganjurkan pergaulan bebas dan merangsang nafsu ke arah ‘Free Sex’. Sementara api hedonisme terus menerus disirami minyak agar umat Islam alpa selanjutnya meninggalkan prinsip-
prinsip Islami. Kesan sampingan yang paling minima, bakal diterima oleh umat Islam ialah mengenepikan aspek agama dalam memilih pasangan hidup mereka, sedangkan ini adalah suatu bahaya besar yang akan menghancur
kan institusi rumahtangga muslim ( Usrah Muslimah ).
2. Konsep rumahtangga barat yang berorientasi maddiyah kononnya sebagai asas kebahagiaan diberi publisiti yang luas. Harta dan kemewahan menjadi target perlumbaan hidup mereka sehingga ianya memberi persaingan hebat kepada kasih sayang dan keharmonian rumahtangga.

3. Pendidikan sekular ( penjarakkan ugama dari kehidupan ) di‘highlight’ kepada masyarakat umat Islam bermula dari peringkat tadika ( Hadhanah ) hinggalah ke tangga universiti. Fenomena ini mencambahkan benih jahiliah sekular dari dalam rumahtangga umat Islam itu sendiri.

4. Kebebasan bersuara tanpa batas dan kawalan sistem dosa dan pahala anjuran barat ditiup kepada masyarakat umat Islam yang akhirnya di atas nama tamadun dan hak asasi manusia, seorang isteri boleh menuntut hak sekalipun di luar kemampuan suami dan suami boleh didakwa kiranya menyetubuhi isteri tanpa kerelaan. Begitu juga seorang anak, bebas bertindak tanpa perlu kepada kawalan ibu bapa.

5. Pembinaan sahsiah dan umah Islamiah dianggap hak peribadi dan di luar tanggungjawab Usrah Muslimah, sehingga amal Islami menjadi satu ruang yang sempit setelah mere
ka mendirikan rumahtangga. Demikian antara kerja jahat musuh yang tidak berhati perut untuk melumpuhkan umat Islam.

Persoalannya sekarang, apakah kita hanya berpeluk tubuh dan menyepi diri menyaksi segala aksi mereka di hadapan mata kepala kita?! Hanya mereka yang tidak memiliki sensitiviti dan basirah sanggup membisu dan menggulung lidah menyaksi segalanya.


Struktur Pembinaan Usrah Muslimah

Pembinaan Usrah Muslimah bermula dari penyediaan konkrit dan tapak yang kukuh. Percubaan membina Usrah Muslimah di tanah lumpur atau di tebing runtuh hanya satu percubaan yang sia-sia malah membahayakan diri. Islam telah melakarkan “Pelan Tapak Kukuh” untuk tujuan pembinaan tersebut.


Tapak Usrah Muslimah

عن جابر أن النبي صلى الله عليه و سلم قال : إن المرأة تنكح على دينها و مالها و جمالها فعليك بذات الدين تربت يداك . رواه الترمذي وقال حسن صحيح
Maksudnya: Dari Jabir bahwa Nabi SAW telah bersabda ; Sesungguhnya perempuan itu dikahwini berdasarkan agamanya, hartanya dan kecantikkannya,
maka selayaknya engkau memilih agama yang pasti membahagiakanmu. [Hasan Sahih, Riwayat at-Tirmizi]

Hal ini turut ditegaskan oleh al-Imam al-Ghazali Rhm di dalam kitabnya Ihya’ Ulumuddin :

“ Proses pengislahan ehwal kehidupan ( berumahtangga ) tidak dapat tidak dengan mengambil perhatian serius terhadap perempuan yang ingin dikahwininya supaya kekal cinta kasih, iaitu perempuan yang ada padanya lapan perkara :

1. Beragama ( keperibadian dan spiritual )

2. Berakhlak mulia ( solehah )

3. Murah mas kahwinnya

4. Tidak mandul

5. Anak dara
6. Berbangsa ( keturunan yang baik )

7. Cantik
8. Tidak daripada kau
m kerabat yang dekat ”

Statement ini tidak bermakna hanya pihak lelaki yang mesti memilih calon isteri yang solehah sebaliknya kaedah yang sama perlu dipraktikkan oleh pihak perempuan untuk memilih calon suami yang soleh.


Justeru perempuan turut diberi tanggungjawab yang sama oleh Allah SWT untuk menegakkan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran.

Di dalam Surah at-Taubah : 71, Allah SWT berfirman:
والمؤمنون و المؤمنات بعضهم أولياء بعض يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر ويقيمون الصلوة ويؤتون الزكوة ويطيعون الله ورسوله أولئك سيرحمهم الله إن الله عزيز حكيم
Maksudnya: Lelaki dan perempuan yang beriman sebahagian mereka adalah penolong bagi sebahagian yang lain ke arah menegakkan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran, mereka mendirikan solat, mengeluarkan zakat serta mentaati Allah dan Rasul, mereka ini akan dirahmati Allah, sesungguhnya Allah Maha Perka
sa lagi Maha Bijaksana.

Sabda Rasulullah SAW :
إذا جاءكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه إلا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض
Maksudnya : Apabila seorang lelaki yang engkau redhai agama dan akhlaknya masuk meminang, maka terimalah ( kahwinilah ! ) jika tidak akan berlaku fitnah dan kerosakkan yang besar di muka bumi.
( Riwayat at-Tirmizi )
Haikal Usrah Muslimah

Tapak yang kukuh tanpa seni bina yang berkualiti juga tidak memberi sebarang erti. Usrah Muslimah sayugianya memiliki haikal yang lengkap dan sempurna menepati ‘Pelan Induk’ yang telah diutuskan oleh Allah SWT kepada nabiNya Muhammad SAW.

Ustaz Said Hawa telah menggariskan sepuluh perundangan Usrah Muslimah yang wajib dilaksanakan : [1]
Qanun 1 : Kebersihan dan Kesucian ( النظافة و الطهارة )
Qanun 2 : Sistematik, Penyusunan dan Kekemasan ( التنظيم و الترتيب و حسن الههيئة )
Qanun 3 : Ketenteraman dan Kerahsiaan ( خفض الصوت و كتمان الأسرار )
Qanun 4 : Sistematik Ilmu dan Ibadah ( تنظيم العلم و العبادة )
Qanun 5 : Belanjawan ( الإقتصاد في الطعام و الشراب )
Qanun 6 : Komunikasi dan Interaksi ( العلاقة و آداب التعامل )
Qanun 7 : Kesihatan dan Pergerakan Jasmani ( العناية بالصحة و الرياضة )
Qanun 8 : Kawalan penghuni dan Nahi Mungkar ( حماية البيت و أهله من الشذوذ )
Qanun 9 : Kejiranan dan Tetamu ( الإحسان إلى الجار و إكرام الضيف )
Qanun 10 : Adab Keluar Masuk ( مراعاة الأدب في الدخول و الخروج )

Tip Usrah Muslimah Cemerlang

Di dalam Surah ar-Ruum : 21, Allah SWT berfirman :

ومن اياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا اليها وجعل بينكم مودة ورحمة
Maksudnya: Dan di antara tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri daripada jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia jadikan di antara kamu rasa kasih sayang ....

Objektifnya :
1. Rumahtangga yang dibina atas dasar taqwa dan kesinambungan dakwah.

2. Menghiasi rumahtangga dengan Biah Islamiah.

3. Kreatif dalam memeriahkan suasana rumahtangga seperti tazkirah, qiam, jaulah, ziarah, infaq dan persekitaran yang ceria seperti gubahan bunga, penyusunan perabot, pelan pembinaan rumah, halaman yang segar dan sebagainya.

4. Mendalami tanggungjawab dalaman dan luaran suami isteri melalui pembacaan, perbincangan dan pengamatan.
5. Menjadikan rumahtanggga sebagai Markaz Dakwah.

6. Mengamal konsep Tanasuh dan Tafahum.
7. Menunaikan hak-hak suami isteri seperti kepuasan seks, kerahsiaan dan seumpamanya.

8. Tidak mudah buruk sangka terhadap pasangan dan mengamalkan sikap berlapang dada dalam sesuatu perkara.

9. Pengurusan ekonomi yang sederhana dalam rumahtangga. Kreatif menambah sumber kewangan rumahtangga untuk kegunaan peribadi dan dakwah.

10. Melibatkan diri dalam mana-mana organisasi atau jemaah Islam dan mengikuti perkembangannya
seperti keterlibatan dalam program sebagai persiapan untuk menghadapi cabaran dakwah dan bertanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi.

Khulasoh


Usrah Muslimah adalah madrasah yang bertanggungjawa
b penuh melahirkan individu muslim yang memahami tugas dan peranan mereka sebagai hamba Allah. Lantaran itu, kejayaan sesebuah Usrah Muslimah dinilai sejauh mana ianya mampu melahirkan individu muslim yang memiliki identiti dan kualiti Muslim Rabbani. Kegemilangan Usrah Muslimah tidak hanya terhenti pada rupa wajah zahir dan kebahagiaan sementara yang dikecapi di dunia ini sebaliknya bergantung kepada nilai ukhrawi yang wujud pada Usrah Muslimah tersebut.

Disediakan oleh:

Hj Nasrudin at-Tantawi & Syukriah binti Zakaria

http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

_____________________________________

[1] Sila rujuk kitab : كي لا نمضي بعيدا عن احتياجات العصر karangan Us Said Hawa. m/s 48 Cetakkan Darul Salam. ( cetakkan ketiga 1992 )

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails