Tuesday, April 20, 2010

I admire him as a

Bismillah wal Hamdulillah.. Dah lama sebenarnya nak post mengenai nie.. Tapi kekangan waktu membataskan dan memerlukan suasana yang damai untuk menulis mengenai perkara ini.



Ya. Saya mula merasai yang saya admire jiddan dengannya. Kenapa baru?
Sudah lama rasanya saya mengenalinya. Tapi setakat mana saya mengenalinya saya sendiri masih tertanya-tanya. Kadang terasa diri ini tidak menghargai dirinya walaupun banyak usahanya untuk membantuku dan membahagiakan diriku. Zalimnya diri nie.


Dulu kurasai kehadirannya tapi kasih sayangnya tidak diperlihatkan. Hubungan kami berkisar kepada perkara-perkara penting sahaja. Aku menghubunginya hanya bila ku rasa perlu dan begitu sebaliknya.


Sekarang aku mulai rapat dengannya. Banyak perkara kami kongsikan. Aku senang hati bertanya itu dan ini kepadanya. Dulu, nak cakap perkara yang penting pon masih berkira-kira. Minat dan matlamat perjuangan yang merapatkan kami. Dia juga sering bercerita dan menerangkan perkara yang aku keliru dan tak tahu.


Dia amat mengambil berat mengenai diri juga keluargaku semestinya. Itulah yang baru kusedari. Walaupun kadang-kadang kelihatan dia endah tak endah dengan apa yang sedang atau akan menimpaku, ternyata aku salah. Seperti satu peristiwa. Mungkin kecil bagi sebahagian orang tapi besar bagiku. Esoknya aku bakal menghadapi 'driving test' dan dengan penuh debaran hanya aku yang tahu. Esoknya sesampai di tempat belajar, diberitahu bahawa aku tak boleh buat test hari nie sebab lesen L tak cukup 30 hari. Sedih dan frust la jugak. Dah tue kena pulak tunggu orang lain buat test baru boleh balik. Dalam duduk merenung nasib, mesej masuk


"camne test ok x" simple je msgnya.


pengirim-habibi (begitulah nama yang kuukir di handset).


Entah kenapa dalam kesunyian yang melanda diri ketika itu, hatiku terasa sebak. Mungkinkah hal sekecil ini sangat difikirkan olehnya. Bukankah ada hal yang lebih penting yang perlu dia lakukan. Terharu juga.


Kalau hendak diceritakan tentang jasa dan kebaikannya padaku teramatlah banyak. Tak terkata. Biarlah Allah yang menghitung dan membalasnya. Dalam tidakku sedar, aku menjadikan dirinya sebagai penguat semangat dalam menghadapi liku-liku kehidupan yang serba mencabar.


ABI...


MY FATHER..


AYAHKU..


Kesabaranmu menghadapi kerenah kami anak-anakmu terutama diriku tidak dapat kami membayarnya.


Ketabahanmu untuk memberi yang terbaik pada masyarakat menjadikan aku lebih kuat berazam untuk merasai keperitan perjuanganmu.


Kelembutanmu dalam beberapa perkara mengagumkan aku kerana kukenalimu dengan ketegasan.


Kecekalanmu menghadapi detik-detik duka dan sakit menjadikan aku lebih matang dan dewasa untuk memikirkan masa depan.


Kesungguhanmu untuk membantu sesiapa dengan kemampuanmu yang kadangkala tidaklah semewah mana membuatku jadi iri hati.




He is my hero, my teacher, my qudwah, my motivator~

Tidak terungkap dengan kata-kata segala penat lelahmu. Yang bermain didepan mataku. Tapi mengapa sekarang baru aku sedari. Aku bersyukur kerana saat ini aku masih boleh berbakti kepadanya. Aku mahu merealitikan apa yang tidak dapat dia kecapi. Gara-gara perlu melakukan tanggungjawab yang lebih penting. Dia mengabaikan impiannya. Aku bersyukur kerana Allah menciptakan aku dari darah dan dagingnya. Semoga darah yang mengalir dalam badanku ini menjadikan aku hebat. Bukan hebat dipandangan manusia tapi hebat dipandangan Allah.



Jika aku tidak mampu merasai perjuangan yang dia tempuhi. Aku sanggup mendengar cerita-cerita dan harapan darinya. Supaya aku terus bersemangat dan kuat sepertinya. Doakan semoga aku dan adik-adikku menjadi anak yang soleh dan solehah yang akan membahagiakan dirinya juga suri dihatinya di dunia dan diakhirat.




Pesanan penaja:
Puas sikit rasa dapat post pasal nie. Sebab tak larat pendam begitu lama. Bukan nak memuji atau promot. Sekadar luahan hati kepada seorang yang bergelar ayah merangkap pengemudi kapal keluarga kami. Yang meluah, hati ini. Yang menaip, jari ini. Yang menilai, orang yang baca nie. So apa pon pandangan anda, saya anggap ia subjektif.

LoVe HiM sO mUcH~

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails