anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si
anak itu bertanya kepada ayah.....
Anak: Ayah...ayah. . boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sebuk-sebuk nak tanya? Si ayah
mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah...
Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?Si anak
mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?Jerkah ayahnya lagi..
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak
sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari
duit,kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik..
tidur! Dah pukul berapa nih...!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si
ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu
meminta duit sampai10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali
tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan
duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta
wang sebegitu banyak sebelum ini.Dengan perasaan bersalah, si ayah
melangkah menuju kebilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur.
"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni"Si ayah
mengeluarkan sekeping duit kaler merah.Kanak- kanak itu segera bangun
dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah ayah!"Lalu dia mengangkat bantalnya dan
mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit
oleh bantal. Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang.
"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak
itu??Dan dari mana kamu dapat duit tu??"
Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam
kemas duit itu, dia menerangkan. ....
"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari
tu. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."
"Tak cukup duit nak beli apa??" Jerkah ayahnya lagi.
"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni.
Amin nak beli sejam dari masa ayah dipejabat tu. Amin nak ayah balik
kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...
ketik-ketik dari hati:
Subhanallah..begitu besar tanggungjawab seorang yang berstatuskan bapa. Kesibukan seharian di tempat kerja demi mengenyangkan perut ahli baitnya dan memberi keselesaan dari setiap aspek. Sekali baca cerita di atas terasa teruknya si ayah bekerja sehingga tiada masa untuk anaknya. tapi jika difikirkan dari sudut bertentangan, betapa si ayah berkorban masa dan rehatnya demi memenuhi permintaan keluarga cuma dia terlupa isteri dan anak-anaknya juga memerlukan kasih-sayang dan perhatian darinya. Kisah ini membawa aku untuk menyelami hati seorang bapa yang terkadang diabaikan. Kita lupa dalam ketegasan si ayah, terdapat naluri yang sukar digambarkan. Dalam keadaan dirinya yang sibuk dengan kerja luar, diminda dan hatinya sering memikirkan hal-hal keluarganya. Makanan, pakaian, penginapan, keselesaan, keseronokan, pendidikan, kepuasan. Semua itu memerlukan wang, harta, aset di zaman serba maju ini. Ambillah sikap si anak yang tidak memberontak dengan kesibukan ayahnya. Tetapi berusaha mencari inisiatif terbaik buat dirinya juga buat ayahnya.
"Birrul waalidain"
No comments:
Post a Comment