Bismillah wal Hamdulillah
http:
Sesetengah orang berpendapat bahawa di dalam kehidupan ini duit itulah yang paling utama. Sehingga terdengarlah suatu istilah yang menyebut “ ada duit semua jadi”. Akan tetapi ramai diantara kita yang lebih waras mengatakan bahawa ketenangan dan kebahagiaan itulah yang lebih utama. Sebab duit itu adalah cara untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan.
Tak hairanlah kenapa ramai yang sanggup berbelanja beribu-ribu semata-mata untuk melancong ke merata dunia. Untuk apa? Untuk mendapatkan suasana yang permai dan selesa yang mendatangkan ketenangan dan kebahagiaan.
Saya terbaca di dalam sebuah buku lain1 mengatakan bahawa, kesedapan ruh itu lebih utama dan lebih tinggi berbanding kesedapan fizikal. Contoh, seorang meminum air sirap yg sejuk selepas makan dan seorang yang meminum air sirap yg sejuk setelah baru menghabiskan marathon di tengah panas terik. Siapa yang lebih merasakan kenikmatan air sirap tersebut?
Tinggal sekarang, apakah makna kesedapan ruhani itu sebenarnya?, apakah kesedapan ruhani itu pada memuaskan hawa nafsu?. Kalau kesedapan ruhani itu pada memuaskan hawa nafsu tentulah seorang raja yang ada segala-galanya daripada perempuan, harta, makanan, rumah besar, dan sebagainya tidak akan bosan.
Mari kita renung suatu cerita. Ada seorang kaya yang berjiran dengan seorang yang miskin. Setiap hari si kaya ini makan makanan yang mewah dan sedap. Di hadapannya akan dihidangkan berbagai-bagai lauk pauk yang cukup menyelerakan. Sedangkan si miskin ini langsung tidak mampu untuk membeli sebarang lauk pauk. Setiap hari dia hanya akan memakan nasi kosong. Akan tetapi hari demi hari berlalu, si kaya ini kelihatan makin kurus, sedangkan si miskin tadi bertambah berisi dan sihat. Bertanya si kaya tadi kepada si miskin, “apakah rahsiamu wahai jiranku?, kamu kelihatan gembira dan sihat, sedangkan kamu miskin.”. Jawab si miskin tadi “Aku tidak mampu membeli lauk-pauk seperti kamu, lalu setiap hari, aku cuma makan nasi kosong sahaja. Akan tetapi aku akan bau masakan yang dimasak dari rumah kamu sebelum aku menyuapkan nasi ke mulutku. Lalu dengan bau itu aku akan bertambah berselera untuk makan”.
Tak disangka-
Si miskin dengan sedihnya menuju ke rumahnya dengan langkah yang tidak bermaya. Keluar sahaja dari mahkamah, hakim tadi bersegera mendapatkan si miskin itu. Hakim lantas memberi pinjam wang 100 dinar kepada si miskin dengan pesanan agar si miskin membawa wang itu ke mahkamah pada esok hari.
Keesokan harinya, si miskin pun menyerahkan wang 100 dinar kepada si kaya. Tiba-tiba hakim mencelah, “jap, jap, sekarang, kamu si polan (si miskin) kamu hendaklah menjatuhkan wang 100 dinar itu satu persatu ke lantai.”. Si miskin pun menurut arahan hakim tanpa banyak soal. Setelah wang 100 dinar itu semuanya habis dijatuhkan, sang hakim berkata kepada si kaya, “Maka bunyi duit itulah bayaran yang telah kamu terima daripada nilai bau yang dicuri oleh si miskin”, sambil mengarahkan si miskin untuk mengutip kembali duit-duit yang dijatuhkannya sebentar tadi.
Dari kisah ini dapat kita ambil beberapa pelajaran, bukanlah kaya atau miskin seseorang itu menjadi tanda ketenangan atau kebahagiaan yang dia miliki. Dan bukanlah duit itu dapat menjadikan kita lebih tenang ataupun lebih bahagia. Kerana bersama kesenangan, kesedapan, kenikmatan itu Allah SWT telah pasangkan dengan perasaan bosan. Sebab itulah salah satu kriteria syurga nanti adalah tidak akan bosan selama-lamanya.
Hidup di dunia yang tenang dan bahagia itu perlulah dipasangkan dengan perasaan bersyukur atas apa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita, melaksanakan perintahnya, berbuat baik sesama manusia, berusaha sedaya upaya melakukan amal kebajikan tak kira bila dan di mana pun kita berada.
Apabila seorang meniatkan perkahwinannya itu untuk cuma mendapatkan nikmat hubungan suami isteri dan merasakan kerehatan sahaja, maka dia akan mendapati bahawa perkahwinan itu bukanlah seindah dan semudah itu. Perkahwinan itu datang bersama dengan tanggungjawab dan tugas menjaga isteri, saling bertoleransi, saling berkorban demi seorang yang lain, bersabar atas kelemahan dan kekurangan pasangan, saling melindungi antara satu sama lain dan berbagai-bagai lagi tugas dan tanggungjawab yang akan terpikul di atas bahu sang suami mahupun isteri.
Akan tetapi apabila niat kita untuk memasuki satu fasa baru dalam hidup, mendewasakan diri, menghadapi dugaan dan cubaan bersama-sama isteri tercinta, saling kuat-
1 Islam yang semestinya difahami – Syeikh Ali at-Thantawi
No comments:
Post a Comment