Saturday, June 5, 2010

Cara Nabi Muhammad tidur

Bismillah wal Hamdulillah..


Terasa bagai ditarik-tarik untuk membincangkan perihal cara tidur. Tidur adalah salah satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah bagi merehatkan tubuh badan dan minda. Tapi persoalannya bagaimana cara tidur yang betul? Yang betul-betul dapat merehatkan dan mengecas tenaga yang dah weak. Bukan menambah sakit bila bangun(tak termasuk yang buat-buat sakit sebab tak nak ke sekolah atau tempat kerja). Kalau tersalah tidur pon boleh jadi sakit leher,sakit tengkuk(eh, sama je). Berapa jam masa yang diperuntukkan untuk dapat kepuasan tidur. Adakah tidur seharian dapat menggantikan tidur hari-hari sebelumnya yang terpaksa dikurangkan(banyak berlaku pada pelajar yang terlalu rajin study 'last minute'). Jom kita cuba intai. Kebanyakan hadith dibawah tidak dihuraikan kerana sudah jelas maksudnya.


Adab-adab tidur yang diajar Nabi

Antara hadis yang menerangkan adab tidur Nabi SAW adalah sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim bermaksud: “Jika kamu akan tidur maka berwuduklah bagaikan kamu akan sembahyang, kemudian berbaring atas pinggang kanan dan bacalah doa ini (seperti doa yang dijelaskan selepas ini) dan jadikanlah bacaan doa itu yang terakhir daripada bacaanmu (perkataanmu).”

Dalam sebuah hadis diterangkan: Al-Barra’ bin Azib berkata: “Adalah Rasulullah SAW jika akan tidur, mengiring ke sebelah kanan kemudian Baginda membaca: Maksudnya: “Ya Allah aku serahkan diriku kepada-Mu dan menghadapkan mukaku kepada-Mu dan menyerahkan semua urusanku kepada-Mu dan menyandarkan belakangku kepada-Mu kerana mengharap dan takut kepada-Mu, tiada perlindungan dan tiada tempat selamat daripada seksa-Mu kecuali kembali kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab yang Engkau turunkan dan Nabi yang telah Engkau utus.” – (Hadis riwayat Bukhari).

Dalam riwayat yang berasingan yang turut diriwayatkan oleh Al-Bara’ bin ‘Azib, beliau berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW apabila berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan meletakkan telapak tangannya yang kanan di bawah pipinya yang kanan, lalu berdoa: “Rabbi qinii ‘adzaabaka yawma tab’atsu ‘ibaadaka (Ya Tu hanku, peliharalah aku dari azab-Mu pada hari Kau bangkitkan seluruh hamba-Mu).” – (HR. At-Tirmidzi).

Hudzaifah pula meriwayatkan: “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, maka Baginda berdoa: “Allahumma bismika amuutu wa ahyaa (Ya Allah, dengan Asma-Mu aku mati dan aku hidup).” Dan jika bangun dari tidurnya beliau berdoa: “Alhamdu lillaahill adzii ahyaanaa ba’da maa amaatanaa wa ilayhin-nu syuur (Segala puji bagi Allah, yang telah menghidup kan aku kembali setelah mematikan aku, dan kepada- Nya tempat kembali).” (HR. At-Tirmidzi).

Menurut Ummul Mukminin Aisya, yang berkata: “Apabila Rasulullah SAW berbaring di tempat tidurnya, Baginda akan menghimpunkan kedua-dua telapak tangannya, lalu meniup kedua-duanya dan dibaca pada kedua-duanya surat Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Naas. Kemudian disapunya seluruh badan yang dapat disapunya dengan kedua-dua tangannya. Baginda memulakan dari kepalanya, mukanya dan bahagian depan badannya. Beliau melakukannya sebanyak tiga kali.” – (HR. At- Tirmidzi , lihat Kitab Sya mail Muhammad cetakan Telaga Biru, halaman 167-168).


Posisi yag disarankan dan dilarang

Walaupun kita digalakkan mendahulukan posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan) dan berbantal dengan tangan kanan, namun tidaklah menjadi masalah apabila berubah posisinya ke sebelah sisi kiri. Perkara ini berdasarkan sabda Rasulullah:

“Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” – (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Arahan Nabi dalam hadis ini bukanlah merujuk kepada suatu yang wajib kerana dalam kesempatan yang lain Rasulullah SAW juga pernah mengubah kedudukan tidur Baginda. Dalam hadis yang sahih ini, Rasulullah sudah melakukan tidur secara terlentang dengan cara meletakkan satu kaki di atas yang lain sebagai mana maksud hadis:

“Daripada ‘Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah SAW tidur terlentang di masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang lain.” – (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).

Berkaitan dengan tidur telungkup pula ada sebuah hadis yang merujuk kepada tegahan Nabi SAW. Hadis ini bermaksud :

“Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya sama ada ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur telungkup) seperti itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Jadi tidurlah dengan cara mengiring sebaik-baiknya. Mengiring diatas rusuk kanan adalah yang paling disarankan tapi tidak salah mengubah posisi tidur diatas rusuk kiri atau terlentang. Walau bagaimanapun, tidur dengan cara menelungkup (meniarap) adalah dilarang malah mengundang murka Allah swt.


Masa diperuntukkan untuk tidur yang berkualiti

Nabi tidak menyebutkan kadar masanya secara khusus. Baginda sekadar menyebutkan:

“Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas.” (Bukhari-Muslim)

Di dalam riwayat yang lain, Baginda bersabda:

“Hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuk.” (Bukhari-Muslim)

Ini menunjukkan bahawa kadar masanya berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain. Yang penting ialah tidur yang menghilangkan rasa mengantuk dan menghasilkan kecergasan. Pakar-pakar tidur telah bersetuju bahawa keperluan tidur tidak sama bagi setiap orang. Tidur yang optima ialah kadar yang tidak mendatangkan rasa mengantuk ketika sedang memberikan tumpuan kepada sesuatu. Bagi sesetengah orang, kadar optimanya ialah 5-6 jam setiap malam. Namun biasanya bagi yang dewasa ialah 7-8 jam. (Michelle Moore: ‘Catching Those ZZZZ’s’)


Saintis akui cara tidur nabi baik untuk kesihatan

Saintis juga mengakui kedudukan tidur Nabi Muhammad SAW itu adalah model terbaik. Ia mampu memberi kesan kepada kesihatan badan. Tidur cara Nabi Muhammad SAW mampu merehatkan badan dan menjaga kesihatan tulang leher. Pakar perubatan mencadangkan dua kedudukan semasa tidur, iaitu mengiring dengan meluruskan tulang belakang atau menelentang di belakang dengan muka dan badan mengadap ke atas dengan menjaga bengkokkan tulang leher. (Intermountain Spine Institute (1999); (‘Spine Self Care’) Kedua-dua cara ini akan mencegah tulang leher daripada terseliuh (subluxation or mis-alignment of the neck). Di samping itu, dengan berlapikkan bantal yang sesuai ketika tidur, sakit leher, sakit belakang, tekanan saraf (pinched nerves) dan kerosakan kepada tulang belakang (wear of vertebrae and spinal column) akan dapat dicegah. Meniarap merupakan cara tidur yang boleh menimbulkan tekanan ke atas belakang dan leher seseorang. Tidur begini boleh menyebabkan serangan sakit urat saraf dan otot. (Spine Self Care; Ibid) Ajaran Nabi tentang tidur, samada yang berkaitan dengan kepentingannya, tidur tengaharinya, cara berbaring dan lain-lainnya, adalah begitu saintifik sekali. Kajian kontemporari telah membuktikan tentang semua ini. Ini menunjukan bahawa ajaran Nabi adalah suatu ajaran yang seimbang yang boleh membawa manusia kepada keunggulan.


Khotimah


Anak Rasulullah SAW, Fatimah pernah menemui ayahandanya untuk meminta tawanan perang sebagai pembantu rumah kerana penat melakukan tugasan rumah tangga, tetapi tidak dipenuhi Baginda. Sebaliknya, Baginda SAW mengajarkan mereka cara lebih baik daripada itu, iaitu mengamalkan zikir pada waktu hendak tidur dengan membaca pujian bagi Allah (subhanallah sebanyak 33 kali) diikuti Alhamdulillah dan Allahuakbar. Menurut Ab Aziz bin Fathi as-Sayyid Nada dalam Kitab Ensiklopedia Adab Islam, antara adab tidur yang menjadi amalan Nabi SAW dan salafussoleh ialah:

Mengikhlaskan niat supaya tidur itu untuk memberi kekuatan untuk beramal selepas bangkit kelak.

Tidak tidur di tempat terbuka yang mudah dilihat manusia.

Elakkan tidur sewaktu kekenyangan.

Tidur dalam keadaan suci.

Tidur dalam keadaan berwuduk.

Membaca surah dan ayat yang menjadi amalan Nabi SAW sebelum tidur.

Bercelak dengan celak. Ini berdasarkan hadis yang yang bermaksud: Hendaklah kamu tidur dengan bercelak kerana ia dapat mencerahkan pandangan dan melebatkan bulu mata. – (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah dan al- Hakim).

Mengerjakan solat sunat seperti witir sebelum tidur. Ini adalah berpandukan ke pada hadis riwayat Ahmad yang bermaksud:

“Orang yang tidak tidur sehingga dia mengerjakan solat witir adalah orang yang bertekad kuat".

Mengibas tempat pembaringan dengan hujung kain dan mengucapkan Bismillah seperti riwayat al-Tir mizi.

Bersiwak atau bersugi ketika bangun pada malam hari seperti yang diriwayatkan dari Ibn Adiy.


Sebagai kesimpulannya, ada beberapa amalan yang wajar dilakukan bagi menjadikan tidur kita sebagai sumber kerehatan dan sebab mendapat reda-Nya. Manakala posisi tidur yang digalakkan berpandukan kepada hadis adalah di atas dada bahagian kanan. Kemudian perubahan yang berlaku dalam posisi selepas itu tidaklah menjadi masalah selagi tidak berkeadaan telungkup. Jadi sama-samalah kita amalkan agar bila bangkit dari tidur badan menjadi cergas walaupun tidur sekejap. Bukan badan menjadi lebih lesu kerana terlebih tidur. Wallahua'lam.


Tengok gambau pulak~~

Nie gaya tidur atas rusuk kanan...ngehehe(macam xde gmbar lain =P)



erkk..tolong jangan tidur masa nie..Sangat tak seswai~
tempat orang ramai..


Tidur meniarap dimurkai Allah. Kesian baby nie. ("adik..boleh bernafas tak tue?")


Mungkin pakcik nie terlalu mengharapkan tidur yang berkualiti..huhuh


Sujud sambil tidur..eh,eh,tidur dalam sujud..budak2 saja dibenarkan. kakak,abang,atuk,nenek budak tolong jangan cuba-cuba nak buat



seronoknya dia mimpi kuak renang gaya bebas. Dah besar mesti jadi perenang profesional..hee..



walaupun tidur menelentang tak salah, tapi bersopan sikit ye. Dahla dalam keretapi. Kesian orang lain tak dapat duduk. 7orang boleh muat tue..

2 comments:

Mesintaip: said...

Hmmm...saya antara makhluk Tuhan yang mudah sangat diserang kantuk... lebih-lebih lagi semasa memandu...ada penawar ke?

Jejari Sholehah said...

penawarnya adalah TIDUR..hehe...

cuba dapatkan tidur yang berkualiti dan secukupnya(boleh refer post atas ye)..Selain tue,kerapkan bersenam sekuran2 2kali seminggu dan banyakkan minum air masak untuk menambah oksigen dalam badan..Salah satu sbb mengantuk juga adalah kerana oksigen kurang sampai ke otak dan peredaran darah xsempurna..Elakkan tidur lepas subuh dan asar..

wallahua'lam..serba sikit yang saya tahu..InsyaAllah saya cuba buat post mengenai nie..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails