Wednesday, June 16, 2010

Hukum Wanita Pakai Stokin


Bismillah wal hamdulillah.


Alhamdulillah kesyukuran yang tak terhingga atas nikmat yang dikurniakan Allah kepada kita sehingga ke saat ini. Untuk entry kali nie, anggap la ia sekadar perkongsian yang nampak remeh dan simple tetapi perlu diambil berat terutamanya bagi mereka yang berjantina 'perempuan'. Kalau mereka yang lahir lelaki tapi hari nie bertukar perempuan. Sekarang juga, mohon keampunan Allah. Lelaki tulin tidak terkecuali untuk cakna tentang nie kerana anda juga mungkin mempunyai adik, kakak, mak atau isteri yang tentunya 'perempuan'. Ke ada siapa-siapa isterinya lelaki? Bertaubatlah. Hehe.


Ok. Saya nak ianya dibincang secara santai tetapi serius. Supaya pembaca yang sudi membaca entry nie, akan baca sampai habis. Kalau masih ada yang tak suka dengan cara nie. Ikut suka la nak buat apa.


Sebelum tue, suka saya menyenaraikan siapakah mahram bagi seseorang wanita itu. Mahram seorang wanita ialah lelaki yang haram dikahwininya buat selamanya sama ada kerana keturunan, perkahwinan atau susuan. Ia merangkumi;

1. Bapa kandung
2. Bapa mertua
3. Bapa susuan
4. Anak kandung
5. Anak tiri (yakni anak suami)
6. Anak susuan
7. Saudara lelaki kandung
8. Saudara lelaki susuan
9. Anak saudara lelaki
10. Bapa saudara

Di hadapan mahram-mahram di atas, tidak diwajibkan wanita menutup badannya kecuali kawasan antara pusat dan lutut sahaja. Ini adalah pandangan jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’e dan Abu Hanifah). Jadi menurut jumhur ulamak; aurat seorang wanita di hadapan mahram-mahramnya hanya antara pusat dan lutut sahaja.

Selain darinya perlulah ditutup seluruh badannya kecuali muka dan tapak tangan.

Siapa yang rasa kaki wanita tue aurat? wahh.. Bagus-bagus ramai yang angkat tangan. Yang angkat tangan sambil tunduk malu-malu pun ada.

Untuk mengetahuinya, kita ambil rujukan dan dalil dari al-Qur'an dan al-Hadith. Aurat wanita semasa solat ialah seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Hal ini disepakati fuqaha’ berdasarkan dalil-dalil berikut;

Apa yang Allah dah bagitahu dalam al-Qur'an:

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا

…dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.

(An-Nur 24:31)

Maksud ‘kecuali yang zahir’ dalam ayat ini sebagaimana yang ditafsirkan Ibnu Abbas r.a. ialah wajah dan dua tapak tangan wanita.

Aisyah melaporkan,

أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ

Asma’ bint Abu Bakr telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” (Hadis riwayat Abu Dawud.)

Hadis di atas menunjukkan bahawa kaki termasuk aurat tatkala Nabi s.a.w mengecualikan hanya wajah dan tangan.

Fuqaha’ sepakat menyatakan demikian kecuali 'kaki', ada fuqaha’ yang mengatakan ia dimaafkan jika terbuka.

Rasional pendapat yang mengatakan kaki bukan aurat ialah,

“Menutup dua kaki semasa solat adalah disunatkan (digalakkan) serta bukan kewajipan yang tiada tawaran (rukhsah). Ini adalah kerana dua kaki bukan aurat yang wajib ditutup. Takwilan seperti ini dikuatkan oleh sebab adanya keperluan wanita membuka kedua kaki jika wanita berjalan. Sekiranya mereka menutup kaki, maka keadaan itu akan menyusahkan. Disamping itu, sesungguhnya kaki wanita bukan merupakan daya tarik bagi lelaki ketika dia melihat kakinya, tidak seperti ketika melihat wajahnya. Kalau wajah sahaja bukan aurat, walhal ia lebih banyak menjadi daya penarik lelaki, maka apatah lagi kaki. Justeru itu, kaki bukanlah aurat wanita”.


Hujjah diatas agak lemah kerana ianya adalah dari logik aqal manusia jika dibandingkan dengan dalil-dalil diatas. Logik aqal bila bertembung dengan nas, nas perlu diutamakan dahulu.

Memandangkan zaman sekarang, dengan kewujudan stokin dan sarung kaki alasan untuk sukar berjalan tidak lagi kelihatan wajar digunakan. Malah berbagai jenis fesyen, warna dan corak stokin yang ada di pasaran sekarang. stokin bola, stokin yang boleh masukkan jari, stokin wudhu' pun dah diwujudkan. jadi apa alasannya? Tambahan, boleh jaga kulit kaki dari kotoran. Juga dapat tutup parut-parut atau panau yang terdapat di kaki. Ops. Heheh.



Terkadang ketika bermain ditepi pantai ataupun dirumah yang terdapat lelaki ajnabi(lelaki-lelaki asing, iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya) sering juga kita melengahkan mengenai penjagaan aurat kaki(termasuk la empunya jari yang menaip..huu). Tapi sama-samalah sedaya-upaya kita sebagai muslimah berusaha untuk menjaganya walau dalam apa keadaan sekalipun. Biarlah stokin kita basah atau kotor sekalipun daripada diri kita dikotori denga dosa. Astaghfirullahal 'azim.

Tak dinafikan, ada pendapat dari Imam atau ulama' lain yang mengatakan tidak wajib menutup aurat kaki. Tapi biarlah kita berpegang dengan dalil-dalil yang kuat. Raikanlah perbezaan pendapat mereka. Istiqomahlah bagi yang dah pun mengenakan stokin dan masih yang belum, berubahlah dari sekarang.

Sebelum itu, disini saya nak tekankan hukum pakai stokin tue tak wajib. diulangi TAK WAJIB PAKAI STOKIN. Tapi yang wajib adalah menutup aurat kaki. Kalau nak labuhkan baju untuk tutup kaki pun tiada masalah tapi tak sesuai dengan keadaan sekarang. Terutama masa keluar rumah. Kemudahan dah ada, gunakanlah sebaiknya.

Buatlah sesuatu kebaikan kerana Allah. InsyaAllah beroleh pahala yang besar. Janganlah pakai hanya kerana fesyennya yang cun-melecun. Yang paling penting, syariat Allah terjaga.

Disini ada video yang boleh anda tonton mengenainya,
klik sini untuk mencuci telinga dan mata


bukan untuk dijual, sekadar nak kenalkan bagi siapa-siapa yang tak kenal stokin kaki


Wallahua'lam.

Yang mana baik dan benar ambil dan amalkanlah kerana ianya dari Allah. Yang mana buruk dan salah buanglah dan tegurlah sesama muslim.Kita berusaha sama-sama ye. Chaiyok2 muslimat wan nisaa’ wal banaat..^_^

1 comment:

wardatullah said...

salam. fizah,,,same2la kite berusaha u terus menghindari dosa. cu dah terbiasa pkai,,bile x pkai rase teramat berdosa..tp terpksa,,contoh time org dtg umah,tetamu la, n ade kenduri kat umah,,yg mane kite jemput sedara je..adus,,serba salah x pkai. alhamdulillah, thanks to Allah menggerakkan hati cu u visit ur blog..syukran laki...syg nti..=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails