Monday, May 9, 2011

Penat juga tersenyum

Bismillah wal Hamdulillah.

Senyum pun penat? Memanglah. Penat senyum tengok gelagat insan (manusia yang lupa) di dinding-dinding facebook kepunyaan mereka.

Kalau yang tidak faham Islam sebenar, senyumnya lain. Kalau yang ada ilmu agama, senyumnya lain. Kalau yang sufi, senyumnya lain. Kalau yang haraki, senyumnya juga lain. (Dah macam gaya Indonesia pulak).

Siapa-siapa yang kenal saya, tentu mereka tahu saya di luar maya macam mana jenis orangnya. Sangatlah diam dan tidak reti bergaul. Saya kekok.

Tetapi, saya mengenali banyak jenis manusia. Macam mana caranya itu semestinya rahsia. Watak luar dan watak dalamnya. Watak putih dan watak hitamnya. Saya kenal gara-gara sikap pendiam (mungkin) terlampau yang bermaharajalela dalam diri saya (sedang berusaha menjatuhkannya dari takhta diri).

Manusia ini pelbagai ragam. Setiap orang berbeza kecenderungan.

Sama ada cenderung;

Tasawuf sahaja.

Tabligh sahaja.

Haraki sahaja.

Politik sahaja.

Motivasi sahaja.

Gedik sahaja.

Sejarah sahaja.

Jihad qital sahaja.

Dll.

Cumanya, salinglah kita hormat-menghormati. Bertolak ansur sesama sahabat atau kenalan yang kecenderungan (dan kefahaman) mereka berbeza dengan kita.

Ini tidak, bila mula menembak terus tak boleh berhenti. Selagi 'musuh' tak mati selagi tu tembakan dilepaskan. Tetapi ianya menyedihkan apabila yang dianggap 'musuh' itu sebenarnya saudara. Tidak beri peluang untuk penjelasan.

Sebab rasa diri lebih tahu dari orang lain, mereka lupa saudara. Sebab rasa kata-kata mereka betul, mereka abaikan hak saudara.

Tersenyum lagi.

Senyum sambil baca hujjah mereka.

Saya tidak kata salah hujjah mereka.

Cuma senyum lihat 'cara' mereka.

Ya, teruskan senyum.

Ada yang membuatkan senyuman saya makin melebar. Bila emosi mereka turut serta dalam 'peperangan tembakan tadi', mereka akan melukis ikon senyum di hujung ayat yang penuh beremosi. Maknanya mereka bukan marah cuma tegas. Hik.

Contoh:

"Aku bukan tak setuju..... Aku cuma berat ambil hujjah sekian sekian je! Tahulah korang semua ilmu lagi tinggi... Dah malas nak cakap panjang lagi..... Dah bagi dalil pun nak bantah lagi...!! Malas nak gaduh.... Assalamu'alaikum! ^_^"

Sebenarnya. saya pun sama juga. Dah kata manusia kecenderungan berbeza, tentulah saya pun begitu juga. Tetapi, saya cuba kawal daripada berdebat sesama saudara seislam. Sebab saya sedar Islam menyatukan ummah bukan memecah-belahkan ummah. Tetapi ummah yang mahu berpecah-belah hanya kerana berbeza ilmu dan kefahaman.

Itu sebab saya lebih gemar tulis di blog. Pertama, tak ramai yang baca (mungkin tiada). Kedua, saya boleh jadikan ianya umum. InsyaAllah, saya tidak mahu terjadi masalah sombong, dengki, marah atau rasa tidak selesa di kalangan sahabat-sahabat saya jika saya terus berhujjah di facebook atau mana-mana forum.

Disini lebih selesa. Sesiapa yang baca mungkin terasa tetapi sungguh saya tak tujukan pada sesiapa atau individu. Ini adalah apa yang saya rasa bila terserempak dengan pelbagai situasi.

Belajarlah memahami situasi. Belajarlah menjaga hati. Walau macam mana sakit dengan kata-kata orang, damaikanlah hati. Bukan bermakna kita kalah, tetapi kita berjaga mengawal hati. Melawan kata-kata mereka ibarat mencurah ron97 ke dalam api (tibai je).

Nak tukar kos psikologi pulak rasa. Tetiba!

Saya sudahi bebelan ini.

Jika buruk tinggalkan, jika ada baik walau secalit ambillah calitan itu untuk diamalkan dan disebarkan.

3 comments:

zoul yazix said...

saya baca. Selepas saudari padam komen saudari di entri saya. Selepas baca entri ini bertambah tambah rasa ingin tahu saya apa komen yang saudari coretkan,

ada teguran tolong lah tegur. Saya tak nak berdebat, cuma nak tahu dan nak ditegur. :)(simbol senyuman yang menunjukkan sedikit kemesraan)

zoul yazix said...

bila gua tengok tepi Hafizah Nasir rupanya! sekarang gua buat simbol senyum rasa malu :)

Jejari Sholehah said...

@Zoul

Blogger femes komen blog saya la! Ahaks

Saya pun tak ingat apa saya komen dan apa saya padam. InsyaAllah, kalau perlu memang saya akan tegur.

Er, kenal ke Hafizah Nasir? Terus tukar guna gua eh. Kenapa nak senyum malu dengan gua.. ^^ (senyun kesopanan)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails