Bismillah wal Hamdulillah.
Ahmad yang baru keluar dari tandas ternampak Farid sedang membasuh kakinya di sink (tempat cuci tangan, muka, gosok gigi). Bersungguh-sungguh dia mengangkat kakinya.
"Hoi, apasal basuh kaki kat situ? Tak senonoh betul la." Ahmad menyergah.
Seusai membasuh kakinya Farid menjawab, "Aku ambil wudhu' la. Dah dalam tandas ada orang aku amek la kat sink ni."
"Aku tak nak tengok kau buat lagi. Pengotor." Kata Ahmad dan terus berlalu pergi.
--------------------
Pernah tak lihat situasi macam ni? Atau anda adalah 'Farid' tersebut?! Haa.
Baik, sejujurnya saya sendiri memang pantang tengok orang basuh kaki (untuk ambil wudhu') kat sink. Rasa macam tak beradab sungguh. Lagi-lagi perempuan. Nak kena angkat kaki dan mengangkang. Tak moleknya.
Kemudian, saya terbaca dua kisah tentang ambil wudhu' di sink. Ia mengubah sikit persepsi saya mengenai perbuatan tak beradab yang saya anggap selama ini.
Kisah pertama.
Kisah seorang muallaf yang baru memeluk Islam. Biasanya orang akan tanya apa yang menyebabkan mereka memeluk Islam. Jawapan lelaki ini hanya kerana lihat dua orang muslim ambil wudhu' di sinki. Dia rasa kagum dengan kesungguhan orang Islam untuk melakukan ibadah walaupun terpaksa berwudhu' di sink kerana tiada disediakan tempat solat apatah lagi tempat ambil wudhu'
Kisah ini tak silap berlaku di luar negara. Seperti yang kita tahu, banyak negara yang kurang kemudahan beribadah buat orang Islam. Tetapi rupanya dengan semangat dan rasa kewajipan untuk beribadah telah menarik seseorang untuk mendekati dan memeluk Islam.
Subhanallah. Hidayah Allah datang dalam pelbagai rupa.
Kisah kedua.
Kisah ni banyak versi. Tak pasti sama ada ia kisah benar atau tak. Tapi yang penting hikmahnya.
Seorang Imam yang berada dalam pesawat nak tunaikan solat sebab waktu dah nak habis. Jadi dia ke tandas untuk berwudhu'. Tau la tandas dalam kapal terbang macam mana kan.
Masa ambil wudhu', Imam tersebut tak tutup pintu. Tiba-tiba salah seorang pramugari datang dan mengherdik Imam tersebut kerana ternampak Imam itu sedang membasuh kaki dalam sink!
Kemudian, Imam bertanya kepada pramugari sombong itu. "Berapa kali awak basuh muka dalam sehari?"
Dengan sombong pramugari itu menjawab, "2 atau 3 kali"
Imam tersebut jawab dengan tenang, "Kalau begitu, kaki saya lebih bersih dan suci dari muka awak kerana saya mencucinya paling KURANG 5 kali sehari."
Pramugari itu terdiam.
Uhuks..
Macam mana, dua kisah ringkas tetapi memberi impak yang besar. Selepas saya baca dua kisah ni, rasa bersalah pulak berfikiran buruk kat orang yang pernah buat tu.
TAPI.
Kalau kemudahan ada, jangan la menggatai nak buat jugak. Jangan kufur nikmat. Tak semua orang fikir positif macam muallaf atas tu.
Macam situasi 'Farid' atas tu, bersabarlah sikit. Bukan sampai berejam kena tunggu si Ahmad tu kan. Lepas tu, perempuan toloooong elakkan. Pergilah rajinkan diri cari gayung ke botol ke untuk basuh kaki. Malu aih!
Itu saja omongan saya. PEACE! (eh, peace lambang yahudi. ngeee)
Assalamu'alaykum.
.
No comments:
Post a Comment