Bismillah
Tinggalkan pesan sebelum pergi
Agarku tidak tercari-cari
Sebelum masuk pandai ketuk pintu
Minta izin malu-malu
Jadi keluar juga perlu begitu
Beritahu dahulu
Tak perlu berterima kasih jika tak mahu
Atas juadah dan layananku
Kulakukan kerna kamu tetamu
Tambahan pula teristimewa
Mungkin kamu lupa
Bukan tetamu saja perlu dimulia
Hati pemilik rumah juga mesti dijaga
Apabila kamu berlalu tanpa pesan
Jadi ragu untuk menerima kamu sebagai tetamu
Andai berkunjung lagi
Sakit tahu
Ini bukan rumah persinggahan
Datang bila mahu
Pergi tanpa beritahu
No comments:
Post a Comment